Friday, 16 November 2012

TIPS DIY MEMBAIKI KLIP KONEKTOR RIBEN LAPTOP YANG TERPATAH/TERCABUT

MASALAH
Ramai yang sedia maklum, jika memakai Laptop perlu membuat kerja selenggaran untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sekali, jadi ramai owner yang cuba-cuba menservis sendiri laptop mereka.Tapi, kadang-kadang kelalaian owner menyebabkan berlaku kerosakkan pada laptop mereka,

Kadang-kadang bila cuba buka Casing Laptop untuk mencuci dan bersihkan Heatsink serta Kipas, akan terjadi kemalangan terpatah atau tercabut klip konektor keyboard atau klip konektor riben power switch board atau sebagainya.


SOLUTION

Aku ingin terangkan jenis-jenis konektor klip yang biasa ada pada motherboard Laptop dan cara DIY.

Untuk connector pada motherboard ada 2 jenis.

 1)Jenis klip
DIY-Yang ni kalau klip konektor riben dia tak dapat tekan- ambil salotep dan tampal tape.

2)Jenis slot
DIY-Yang ni kalau slot patah, ambil plastik nipis keras, slot kan kebawah riben dalam konektor, ambil slotep dan tampal tape.

Kat bawah ini, aku terangkan, macamana cara membaiki konektor untuk jenis klip no.1.








Ini tips aku untuk korang(pembaca dan folower blog aku), kalau korang alami masalah ini, kalau berani cabut semua klip dia, dan cuba try masukkan balik.

Kalau tak boleh, tak perlu masukkan klip dia balik , buat macam cara yang aku terangkan jenis no 2, cari plastic keras tipis slotkan keatas riben flex, ambil salotep tampal tape tu - cara ni biasanya 100% akan berjaya, aku dah baiki banyak kalau rosak macam yang disebutkan ini.

Jika berminat nak baiki  masalah Laptop atau PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.










Wednesday, 14 November 2012

BAIKPULIH ASUS EeePC 1015B BERMASALAH HANG MASA BIOS POST

MASALAH
Masalah netbook ASUS EeePC 1015b ini boleh Power-On.Tapi Hang masa BIOS POST (Power-On Self Test) .

Logo Asus Eee PC tu akan Hang dan netbook ini tak Boot Loading Windows langsung, walaupun dibiarkan Power-On dalam 10minit.Sistem BIOS menu pun tak dapat masuk walaupun key F2 telah di tekan.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah BIOS hang ni, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  yang boleh menyelesaikan masalah BIOS Hang jika cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard tidak berjaya dilakukan.


Masalah netbook ASUS EeePC 1015b berjaya diselesaikan selepas IC BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.





Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...