Thursday, 4 August 2011

BAIK PULIH MOTHERBORD FOXCONN BLANK SCREEN (MATI)



MASALAH
Masalah PC ni adalah, bila tekan suis power Komputer hidup(boleh on ) tapi Komputer tak boot dan monitor tiada signal.Aku try reset balik motherboard system bios (biasa berlaku, bios setting conflict) sila refer link ni macaman nak reset bios http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/06/tips-deletereset-bios-password-dengan.html, tapi tiada apa yang berlaku (Komputer masih dalam keadaan sama).Aku try test guna PCI video card keran PC ni guna built-in Display (Display video built-in sekali pada motherboard) .Tapi masalah masih sama.

Jadi aku pun buka motherboard untuk check defect pada komponen motherboard, didapati 5 Capacitor  berdekatan dengan soket CPU rosak.Jadi kena tukar Capacitor yang rosak ini.

Macamana nak tau sama ada  Capacitor rosak atau tidak:
  1. Pemerhatian Secara Fizikal :(kepala Kapacitor kembung, pecah)
  2. Pengujian menggunakan Multimeter : (Kapacitor perlu dicabut dari motherboard dan di test antara kedua +ve dan -ve).(Cara ni perlu pengetahuan asas elektronik)   

Tools yang perlu untuk cabut Kapacitor motherboard
  1. Solder iron
  2. Solder Sucker
  3. Soldering lead
  4. Tangan yang tahan pegang panas 

Cara korang kena letak timah banyak - banyak dekat kaki kapacitor lepas tu sedut dengan solder sucker.Buat sehingga lead disedut semuanya.Boleh juga buat kerja ni 2 orang, seorang tukang cairkan lead, seorang lagi cabut kapacitor, tapi buat dengan hati-hati, takut track pcb motherboard tercabut kerana pcb motherboard ni jenis multileyer.

Solder iron jika boleh, guna solder gun brand Hakko yang warna biru dalam rm80.Sebab heat solder cap ayam mungkin terlampau panas, boleh rosakkan PCB atau juga tak berapa nak panas nak cairkan lead kaki kapacitor.





BAIK PULIH SIAP:






Disini aku sebutkan beberapa simptom dan kerosakkan yang mungkin korang akan alami jika kapacitor pada motherboard korang mengalami kerosakkan.Tanda-tanda ini mungkin akan dialami ataupun tidak,tapi korang boleh refer pada post ni untuk agak apa yang rosak pada PC: 

  1. Motherboard tak dapat POST (keluar logo brand Motherboard atau system cheking).
  2. Memory Test Fails.
  3. System kadang-kadang atau selalu reboot dengan sendiri.
  4. Operating System tak boleh nak loading Startup atau install(lepas format).
  5. System kadang-kadang atau selalu  freezes (hang).
  6. Kadang-kadang atau selalu dapat 'Blue Screens of Death'(BSOD) atau hard freeze bila dalam keadaan hdd heavy laod drive activiti (Either RAID, SCSI, atau standard ATA)
  7. CPU temps agak tinggi dari yang sepatutnya walaupun dalam keadaan idle.
  8. Motherboard mengalami blankscreen (seperti contoh yang dialami motherboard Foxconn)
      

Tuesday, 2 August 2011

BAIK PULIH ACER ASPIRE 4920 ON/OFF SUIS RIBEN KOYAK SERTA COVER HOUSING PATAH





MASALAH
Masalah laptop ni adalah, RIBEN suis power untuk ON/OFF Laptop koyak kerana owner cuba untuk buka housing Laptop.Penutup atas dimana suis power laptop terletak juga patah disebabkan percubaan buka housing/casing laptop yang gagal. Apabila housing Laptop tak boleh di buka, menyebabkan kejadian ini terjadi dan Laptop tidak dapat dihidupkan balik.Owner laptop ni dah try cari riben ganti untuk laptop tapi tak berjaya (Ada model-model laptop yang tertentu(biasanya model yang jarang rosak) spareparts memang susah cari dan kalau ada pun mahal harganya).

Jadi nasihat aku, jika korang nak buka Housing laptop sila berhati-hati dan teliti dan kalau boleh cari bagaimana cara nak buka laptop korang (download  manual cara buka).Jika tak berani sila minta tolong kawan/kedai  yang biasa buka dan tau macamana nak buka laptop.ok



BAIK PULIH SIAP:








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...