Tuesday, 10 May 2011

TIPS KURANGKAN KOS BAIK PULIH LAPTOP ROSAK BLANK SCREEN(BGA CHIPSET ROSAK) & KEROSAKKAN LAIN

Kebanyakkan owner laptop tak faham dengan kerosakkan membabitkan BGA chipset contohnya ATI atau Nvidia.Mungkin kedai yang buat repair tak terangkan juga.

Kerosakkan ini berlaku bila foundation pada kaki BGA ke motherboard ada [retakkan].Ini berlaku disebabkan overheating problem.

Ada 2 tempat [CRACK] satu pada foundation(ball) BGA atau dekat dalam Bga chipset ini sendiri.Cuba lihat gambar ini.

 

 Foundation BGA Chipset(Rosak vs Tak Rosak)  

Keadaan dalam BGA chipset (Nvidia)  


Dan cara terbaik nak pastikan kat tempat mana rosak adalah dengan teknik reflow. Kena hantar pada repairer yang profesional(ada HOT blower rework station dan peralatan yang secukupnya).Jangan hantar pada mereka yang tiada peralatan, chipset BGA mungkin akan LEBIH teruk rosak.Jika terlalu panas akan jadi masalah BGA ball short atau masalah BGA poping/popcorn(kembung bisul).Bila dah jadi macam ni memang dah kena tukar board baru atau BGA chipset baru(saya tak suggest buat).

BGA Poping/popcorn( kembung bisul)   


BGA chipset memang electronics parts yang rumit untuk tekel.Perlu ada BGA IR rework mechine(harga beribu-ribu) serta profesional testing equipment contohnya osiloskop.Dan tak ada kedai yang boleh buat 100% perfect repair tukar BGA chipset (hanya dari kilang yang 100% perfect).Dan REPAIRER tak tau mana satu bahagian yang rosak, sebab tu aku AKAN nasihat buat reflow dulu untuk pastikan mana yang rosak(dan jika Laptop rosak banyak kali masalah yng sama better tukar motherboard yang baru(betul-betul baru bukan refurbish jika owner masih sayang pada laptop tersebut) dan jika tidak, jual je sebagai spareparts dan beli yang Baru(sekarang rm1,200 sudah dapat laptop baru-waranty 2 tahun).Sila refer post aku pasal masalah Overheating pada laptop.


Pastikan kedai yang korang pilih untuk membaiki laptop anda itu bersesuaian dengan kerosakkan laptop korang. Sekiranya laptop korang mengalami masalah hardware seperti motherboard, pastikan kedai yang anda pilih itu mempunyai peralatan membaiki motherboard yang secukupnya dan mempunyai technician sendiri untuk membaiki laptop korang bagi mengelakkan laptop korang di 'SUBCON'kan kepada kedai lain bagi mengelakkan KOS BERGANDA(markup).Biasanya, ada kedai letak harga mahal sebab dia jadi broker je.Dia tak buat repair hanya jual barang, dia akan hantar laptop yang rosak kepada orang yang buat repair.Benda ni, kita tak boleh salahkan kedai tu juga, dia pun cari makan, mesti dia akan markup dari harga asal.Jadi korang yang nak repair, pastikan kedai tu ada peralatan secukupnya.

Contoh Workstation Repair dan Komponen ganti yang perlu ada 

Pastikan korang menghantar pada laptop repairer yang korang tau skillnya dan mempunyai peralatan yang secukupnya dan jika tukang baik pulih ada website atau blog pastikan entry post yang ada di websitenya adalah dari tukang repair itu sendiri bukan copy paste dari blog orang lain(perbuatan copy&paste sudah biasa di internet), pastikan korang kenal technician itu (rumah atau kedai) sebelum menyerahkan laptop korang untuk di baiki.

Ringkasan untuk tips:
  1. Hantar Laptop pada orang yang punya knowledge yang mendalam tentang masalah laptop tersebut supaya kerosakkan Laptop dibaiki di tempat yang sepatutnya serta pastikan kedai/repairer memang buat baik-pulih supaya kes harga markup tidak terjadi.
  2. Hantar Laptop pada kedai/repairer yang mempunyai peralatan repair hardware yang secukupnya supaya kualiti repair mencapai taraf yang sepatutnya dan kerosakkan pada komponen lain dapat diminimumkan .
  3. Hantar Laptop pada kedai/repairer yang korang sudah kenal kedai/rumah untuk claim waranty
  4. Hantar Laptop pada kedai/repairer yang berdekatan dengan lokasi terdekat (tapi mesti yang cukup syarat diatas) .

Monday, 2 May 2011

JOM BELAJAR BACKUP DATA DARI HARDISK LAPTOP BAD SECTOR

Ada kawan 1 forum dengan aku ada masalah ini.Dia minta tolong.Bawah ni dia punya post kat forum tu:

Assalamualaikum dan salam seMalaysia...
Masalah saya :: Saya ada 2 hardisk
1) Western Digital 640GB
2) Seagate 500GB


Hardisk WD saya beli pada tahun 2009 manakala Seagate baru 2 minggu lepas.. Hari tu saya pasang hardisk baru tetiba plak hardisk WD ni mcm ada masalah...saya copy file dari Seagate ke WD selalu je lag dan kdg2 failed.. selalu Data error (cyclic redundancy check)..ada gak yg ok tapi tak byk.. Pagi ni tadi saya chek guna 'hdd regenerator 2011 trial'...terdapatlah beberapa tompok Bad Sector... Dalam hdd tu byk software dan video edit saya.. jadi pada korg berbaloikah sy terus guna HDD nih.. kalau tgk pada kerosakan mungkin dalam 100GB/640GB... Kalau dapat repair..Sofware apa yg terbaik nak repair bad sector nih.. Adakah software mcm HDD regenerator nih berfungsi 'marking' dan 'tampal' sector tu supaya data tidak disimpan padanya atau dia membaiki sector terus? Aku syg ngan HDD tuh..huhu Harap2 yg pernah ada pengalaman bagi tau pilihan software yg korg pernah guna...aku tgk HDD Regenerator mcm ok gak..tak adakah ia berkesan atau tak...

Ok.Macamana setuasi kat atas jadi tiba-tiba pada Laptop korang .Windows tak boleh Start/boot,data penting banyak kat dalam laptop.Macamana nak setel masalah ni.








Ok.1st sekali buat cara yang macam gambar yang aku post.Cabut Hardisk Laptop dan guna external HDD converter ke USB utk sambung ke Laptop atau PC korang,kalau tak ada usb external Hardisk tu tapi motherboard PC korang ada support Sata Hardware, boleh juga.Pastikan PC/Laptop korang dapat detect hardisk yang corupt tu.Buat Hdd tu sebagai slave dulu.Kalau dapat detect tapi tak dapat access data dalam hardisk tu(kalau dapat detect guna tera copy untuk backup) korang guna software recovery ni dulu.Offkan antivirus Windows korang sebelum backup


1.Easy Recovery Pro 6.0 (ada yang dah [crack] cari kat google)
2.FileScavanger kalau Software no 1 tak dapat recover data korang


Lepas Korang dapat data penting yang perlu tu korang boleh guna software ni untuk repair bad sector.Korang Google


1.Lowlevel Format(Hardisk brand korang)DOS version(yang ni memang cara old school nak repair bad sector).Dulu ada motherboard bios dia support LowLevel format(zaman windows95), tapi sekarang untuk motherboard latest dah takda dah function tu.


Kalau tak jumpa, cari Maxtor LowLevel Format Dos version punya boleh pakai.Kalau nak repair bad sector memang lama,kadang-kadang 1hari pun tak selesai lagi.Lepas ni korang jangan simpan data penting lagi kat HDD tu buat temporary je atau simpan data tak penting, yang penting korang burn je(DVD 7.5gb baru rm3) je.LowLevelFormat biasa digunakan apabila Bad sector terlalu teruk pada harddisk

Ada cara lain selain dari cara yang aku terangkan kat atas.Korang Google software ni Hiren Boot CD.Benda ni macam Life CD (Winlite,UBCD).Laptop korang akan boot dari Hiren Boot CD ni,pastikan setting boot Bios korang set 1st boot untuk CDRom.Run kan HDD regenerator ni untuk repair bad sector pada hardisk korang.Kalau bad sector tu minor mungkin korang dapat Start windows OS pada Laptop korang balik.Hiren Boot Cd ni dalam ISO file jadi korang kena burn file ni ke dalam CD.Selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...