Friday, 27 July 2012

KERJA CONVERT CASING HOUSING ACER ASPIRE 4736z DARI ACER ASPIRE 4935




MASALAH
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4736z  ni, Casing Housing telah pecah sebab terjatuh.Bahagian yang rosak, adalah casing bawah, casing atas serta cover power-on button.












SOLUTION
Masalah untuk Casing Housing Laptop pecah ini, boleh dibaiki tanpa menukar dengan housing yang baru, tetapi mengambil masa yang agak lama dan kerjanya leceh.

Cara lain yang mudah serta cepat, adalah dengan penukaran Housing Laptop yang sama model.Tetapi untuk cara ini,  stock Laptop ganti  available kena ada.Jika tidak, mungkin agak sukar untuk cepat tukar.Harga juga menjadi masalah yang utama.Kebiasaannya, Kedai akan charge kos rm300 keatas jika banya parts Laptop perlu ditukar.

Untuk masalah Laptop ACER ASPIRE 4736z  ini, owner nak cepat, sebelum dia jumpa aku, dia dah tanya beberapa kedai, semuanya quote rm400 keatas untuk tukar Housing Laptop ini.

Kebetulan aku ada stock available Laptop ACER ASPIRE 4935  yang  mempunyai cover bawah yang sama tapi cover atas , keyboard serta cover power button yang berlainan.Kedua -dua model tersebut boleh di swap dengan sedikit modifikasi.

Cuci Kipas HeatSink Laptop



Kerja-Kerja Convert Laptop 4736z Siap

Laptop siap tukar Housing cover dalam masa 3jam dan berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.




RESET PASSWORD BIOS LAPTOP ASUS F81Se


MASALAH
Masalah Laptop ASUS F81Se  ni, ada PASSWORD dekat Bios.Tapi owner, terlupa password tersebut.

Jadi, bila owner, nak mengubah serta set, setting hardware Laptop di Bios, fungsi tersebut, tak dapat dilakukan.

Owner Laptop ASUS F81Se  ni, dah guna beberapa cara, antaranya, buka bateri cmos, guna utiliti reset bios kat Hiren Boot CD.Tapi tak berjaya reset PASSWORD Bios tersebut.

TROUBLESHOOTING
Untuk masalah reset PASSWORD ini, ada beberapa cara yang boleh digunakan, antaranya:
  1. Cabut Bateri Cmos/RTC
  2. Guna Password Generator
  3. Guna BackDoor password
  4. Guna Utiliti Bios (Bios! , KillBios , Cmos Pwd , Bios Password Cracker) sebahagian tools ini ada di dalam Hiren Boot CD.
  5. Guna Eeprom Bios Programer untuk flash firmware bios baru.
SOLUTION
Oleh kerana cara 1-4 yang aku listkan diatas telah dicuba serta digunakan oleh owner.dan cara tersebut tidak berjaya untuk buang PASSWORD pada Bios Laptop ASUS F81Se  ini, maka pilihan terakhir adalah cara ke 4, iaitu Flash Bios baru guna Eeprom Bios Programer.
Laptop ASUS F81Se  ni juga, ada masalah Time/Tarikh tidak betul, dan apabila di check pada bateri Cmos, bacaan bateri adalah bagus, iaitu 3V.

Apabila, aku check pada bahagian soket bateri Cmos, didapati, soket tidak mempunyai joint yang bagus pada motherboard.Masalah ini, berjaya dibaiki selepas solderan baru dilakukan pada soket CMOS di motherboard Laptop.





Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki  masalah bios pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.




TOOLS UNTUK RESET PASSWORD BIOS
http://www.softpedia.com/get/Security/Decrypting-Decoding/CmosPwd.shtml

http://www.hirensbootcd.org/download/

Sumber:
http://www.askvg.com/how-to-reset-remove-bypass-a-bios-or-cmos-password/



Friday, 13 July 2012

BELAJAR MENGESAN KEROSAKKAN SERTA TIPS BAIKI LAPTOP HP-COMPAQ BERDASARKAN LED BLINKING CODE


Makna Kerosakkan Berdasarkan Blink Codes Untuk Notebooks HP-Compaq
Jumlah  Blink Code atau Beeps Eror
Kedudukan Blinking Code
Komponen Yang Perlu Di periksa
Komponen Yang Kemungkinan Rosak
Tips Penyelesian Masalah
Sentiasa menyala
Battery power LED
Battery Laptop
Battery
The AC adapter disambung dan batteri sedang charging, tapi tak cukup charge untuk Power On notebook.
Sentiasa menyala
Power adapter LED
Power adapter
Ada Voltage telah disupply oleh Power adapter  pada Laptop
Power Adapter  berkeadaan baik.
Sentiasa terpadam
Power adapter LED
Power adapter
        1. Tiada Power yang dibekalkan ke laptop
          2. IC Power motherboard laptop telah faulty/rosak
          1.Cuba guna Adapter Power yang lain.
          2. Ganti Adapter Power yang baru
          3. Ganti IC Power untuk motherboard

Untuk Laptop baru yang baru digunakan pertama kali ,  korang akan perasan yang LED putih dekat dengan jack power adapter akan sentiasa blinking.
Keadaan ini disebabkan bateri masih berada dalam keadaan mode shiping.
Untuk selesaikan masalah ini,  Power Off laptop, dan biarkan   bateri discharge selama 30 minit. Selepas tu cuba Power On Laptop semula
1
 Caps Lock/Num Lock LED

CPU
CPU tidak berfungsi
Reseat atau replace dengan Processor yang lain.
Servis motherboard laptop
2
Caps Lock/Num Lock LED
BIOS
BIOS gagal  untuk berfungsi, kemungkinan corupt
Reset  BIOS dengan cabut bateri Cmos.Flash Bios baru.
Service Motherboard
3
Caps Lock/Num Lock LED
Memory
Memori Ram atau Slot Ram tak berfungsi
1. Reseat Ram dan cuba servis Ram dan Slot ram.
2. Test Ram di Bios
3. Tukar Ram yang dipastikan rosak dengan yang baru.
4. Servis motherboard laptop
4
Caps Lock/Num Lock LED
Graphics
Graphics controller tidak berfungsi
Servis motherboard laptop
5
Caps Lock/Num Lock LED
System board
System board/Motherboard gagal berfungsi
Servis motherboard laptop
6
Caps Lock/Num Lock LED
BIOS
BIOS authentication failure
1. Reset  BIOS dengan cabut bateri Cmos.Flash Bios baru.
2. Service Motherboard
LED Sentiasa Blinking
AC power adapter LED
AC power adapter LED
Power adapter
Power tidak mencukupi atau motherboard laptop mengalami shorting
Beep
Varies
Varies
Varies
1. Reseat Ram dan cuba servis Ram dan Slot ram
2. Servis motherboard laptop

Sebelum ni, aku ada post kan, bagaimana nak mengesan kerosakkan pada Compaq Presario CQ40 berdasarkan error Led CapsLock dan Numlock diLink ini.

Untuk Post kali ini, aku telah susun jadual blink code yang sebelum ini dan dengan beberapa penambahan yang baru.
Jadual ini boleh diguna pakai bagi model HP-Compaq , antaranya :

  1. Compaq Presario CQ40 / 41 / 42 / 20 / 35 / 50 / 60
  2. HP Pavillion dv7 / dv5 / dv4 / dv3500 / dv3

Semoga, jadual ini dapat membantu, serba sedikit jika korang mengalami masalah pada Laptop HP serta Compaq.

Tuesday, 10 July 2012

BAIKPULIH COMPAQ PRESARIO CQ35 LCD VIDEO BERGOYANG

MASALAH
Masalah Laptop COMPAQ PRESARIO CQ35 ni video LCD bergoyang dan bergetar. Kena goyang-goyang sikit panel LCD,  baru video berkeadaan baik.

Sebelum ini owner, telah bawa Laptop ni ke tempat lain dan diberitahu LCD telah rosak dan kos penukaran LCD baru yang diminta adalah dalam RM400.


Owner kurang bersetuju dengan harga yang diberikan, dan cuba untuk bawa repair ditempat lain.
Selain itu, Laptop ni bermasalah panas walaupun pakai intel chipset, suhu dalam keadaan idle pun dah 75-80 celsius.

SOLUTION
Masalah Video bergoyang ni ada 3 penyebab.Dan ketiga-tiga penyebab ini punca dari masalah hardware Laptop, biasanya, aku akan confirmkan dulu kerosakkan, baru bagitahu custemer, kerosakkan sebenar Laptop mereka :
  1. Riben Flex LCD 
  2. LCD panel (Logic Controller Board)
  3. Motherboard (biasanya bahagian chipset display atau bahagian pembekal power ke chipset display atau Processor)
Untuk laptop COMPAQ PRESARIO CQ35  ni, masalah adalah berpunca dari Kabel Flex LCD yang longgar serta pin connector penyambung kabel Flex LCD sudah oxidiation/kotor.






Laptop berkeadaan baik, selepas  kerosakkan LCD dibaiki serta heatsink kipas Laptop di cuci dan di servis, suhu laptop dalam keadaan idle dapat dalam 55 celsius. .
Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Monday, 9 July 2012

POLL BRAND LAPTOP / NETBOOK / PRINTER / LCD MONITOR TERBAIK 2011-2012

Di bawah ni, adalah Poll serta reveiw yang dilakukan oleh website Laptop magazine bagi model-model keluaran 2011 hingga 2012 untuk pasaran antarabangsa.
Poll dan reveiw ni, mengambil kira dari beberapa aspek, antaranya:
  1. Design laptop
  2. Keyboard dan Touchpad Laptop
  3. Teknikal Support
  4. Display dan audio Laptop
  5. Software yang disediakan
  6. Value dan specification Laptop yang ditawarkan.
  7. Customer reveiw
Semua, aspek ini diambil kira dan memberi  mata pada Brand untuk berada , dikedudukan / ranking  untuk tahun 2012 samada di kedudukan 1st atau seterusnya.

Dari rangking ini, dapat dilihat untuk tahun 2012 Brand Asus berada dikedudukan  ke-7, tidak seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini dan dibawah brand Samsung dan Sony.

Kemungkinan besar, masalah pada Laptop brand Asus, adalah masalah pada costemer support dan waranti, sebagaimana yang dibincangkan di forum Lowyat.net http://forum.lowyat.net/topic/2212590

Brand lenovo berada di tempat ke-2, dan HP berada ditempat ke-3 (walaupun sebelum ini, banyak complaint tentang masalah overheating dan kualiti pada Laptop keluaran HP, terutamanya pada Brand Compaq).


SUMBER LAPTOP POLL ANTARBANGSA
http://www.laptopmag.com/mobile-life/acer-gateway-brand-rating-2012.aspx

http://www.laptopmag.com/mobile-life/apple-brand-rating-2012.aspx

http://www.laptopmag.com/mobile-life/asus-brand-rating-2012.aspx

http://www.laptopmag.com/mobile-life/dell-brand-rating-2012.aspx

http://www.laptopmag.com/mobile-life/hp-brand-rating-2012.aspx

http://www.laptopmag.com/mobile-life/lenovo-brand-rating-2012.aspx

http://www.laptopmag.com/mobile-life-samsung-brand-rating-2012.aspx

http://www.laptopmag.com/mobile-life/sony-brand-rating-2012.aspx

http://www.laptopmag.com/mobile-life/toshiba-brand-rating-2012.aspx



LAPTOP-NETBOOK TERBAIK POLL MALAYSIA 2011-2012
Untuk pemilihan Laptop, ada beberapa aspek yang perlu diambil perhatian, sila baca post tread dibawah, untuk penambahan ilmu.


PRINTER TERBAIK POLL MALAYSIA 2011-2012



 LCD MONITOR TERBAIK POLL MALAYSIA 2011-2012





Ini adalah keputusan poll  yang telah dilakukan di beberapa forum yang berasal dari Malaysia serta reveiw poll yang dilakukan oleh 1 website popular antarabangsa.

Diharapkan poll-poll ini, dapat dijadikan sedikit rujukkan serta panduan oleh pembaca blog Wangsa Maju Computer Repair untuk memilih perkakasan komputer yang baru untuk tahun 2012 ini.Tapi jangan terlalu bergantung pada pendapat dari Poll-Poll ini, kerana biasanya Poll-Poll adalah bergantung kepada populariti serta pendapat pengguna yang mungkin tidak memiliki pengetahuan yang tinggi tentang sesetengah produk Komputer.



SUMBER LAPTOP POLL DI MALAYSIA
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=324765

http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/89269-laptop-terbaik-pilihan-anda/




Thursday, 5 July 2012

TIPS BAIKPULIH ASUS EeePC 1215B /1215N /1215T TOUCHPAD PROBLEM



MASALAH
Masalah Netbook ASUS  EeePC 1215B  ini adalah touchpad netbook ni, problem intermittent atau kadang-kadang kurang sensif atau tak berfungsi lansung untuk seketika.

Antara model yang diketahui mengalami masalah ini adalah  ASUS  EeePC 1215B /1215N /1215T serta ASUS G73JH-A1/A3.

Dekat youtube ada beberapa video yang membincangkan masalah touchpad ini serta penyelesaian masalah ini.

Jika korang terkena masalah ini perlu , ambil perhatian  yang Asus Service Center dah tahu masalah pada model yang disebutkan.Dengar-dengar, diorang ada release trackpad firmware dan hardware yang baru untuk solvekan masalah ini.

 Pilihan ada ditangan owner untuk hantar ke  Asus Service Center  atau baiki sendiri.

SOLUTION :
Penyebab masalah touchpad untuk netbook ini dikatakan berpunca dari masalah grounding serta berlaku masalah shorting antara motherboard dengan perlindung aluminium foil touchpad.


Ini menyebabkan berlakunya efek seperti ada jari yang permanent menyentuh permukaan touchpad netbook itu.(Korang boleh buat ujikaji dengan cuba letak satu jari pada touchpad dan guna 1 lagi jari untuk gerak cursor mouse dalam masa yang sama).


Penyelesaian masalah ini ,buka netbook dan cuba isolate grounding di bahagian touchpad atau buka/potong aluminum foil tape pelindung touchpad (ganti dengan tape yang tak coductive)  dan buat grounding antara grounding body Laptop dan Touchpad.


Langkah-langkah untuk korang buka bahagian touchpad netbook ini boleh tengok di post website ini http://www.insidemylaptop.com/disassemble-asus-eee-pc-1215b-laptop/

Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...