Tuesday, 8 May 2012

[NOTEBOOK] REVIEW ACER ASPIRE TIMELINE-X 4830T - RM1599




REVIEW

Baru-baru ni, aku temankan saudara aku untuk beli Laptop baru bagi wife dia.

Wife dia ni Cikgu, sebelum ni dah ada Laptop, tapi sebab berebut dengan anak dia, jadi nak kena beli 1 lagi Laptop lain.

Oleh sebab dia rasa kurang arif sangat nak cari Laptop yang memenuhi budget dan specification yang dia nak, jadi saudara aku ni, minta tolong aku ikut dia untuk carikan Laptop baru tu.

Ciri-ciri laptop yang dia mahukan adalah, yang tahan lama, bateri tahan lama ketika digunakan ,  ringan serta nipis. Wife dia hanya guna untuk kerja-kerja sekolah,  untuk tengok movie dan dengar lagu sahaja.Budget adalah bawah RM2000.

Selepas compare dengan Design ,Brand dan model serta harga, aku sugest pada dia untuk beli  Aspire TimelineX series 4830T harga dalam RM 1599 + 6 free gift .

Aspire TimelineX series 4830T ni ada 1 spec lagi iaitu 4830TG, harga agak tinggi dalam RM 2K++ keatas dan pakai display chipset Nvidia.

Aspire TimelineX series 4830TG ni, aku tak suggest beli kerana ada masalah dengan overheating baca ni.

Antara ciri-ciri yang menjadi pilihan aku adalah dalam lingkungan pada post ini http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/03/tips-membeli-laptop-baru-yang-tahan.html
  1. Chipset yang digunakan oleh Laptop.
  2. Waranti yang ditawarkan pada Laptop (manufacture waranti).
  3. Spareparts senang dicari serta design Laptop yang senang untuk upgrade . 
  4. Hardware contohnya Audio, Wifi , Bateri memenuhi kualiti dan standard serta tahan lama.
  5. Kualiti Body/Housing/Hinges(Engsel Design) Laptop.
  6. Design housing laptop senang untuk penyenggaraan, contohnya bersihkan kipas dan heatsink.












Dibawah ni adalah specsification Laptop :
Quick Overview
  • Acer Aspire ACER ASPIRE TIMELINE-X 4830T
  • Intel Core i3-2350M-2.3GHz (64 bit, dual core, Hyper Trading Technology)
  • Mobile Intel® HM65 Express Chipset
  • 14" HD 1366 x 768 resolution, Acer CineCrystal™ LED
  • 2GB DDR3 /Max RAM Supported 8 GB , Speed 1066 MHz / PC3-8500 /Slots Qty 2
  • 500GB HDD/5400rpm
  • Intel® HD Graphics 3000
  •   DVD±RW (±R DL) / DVD-RAM – fixed / Read Speed 24x (CD) / 8x (DVD)/Rewrite Speed 16x (CD) / 6x (DVD-RW) / 8x (DVD+RW) / 5x (DVD-RAM) Write Speed 24x CD) / 8x (DVD±R) / 4x (DVD±R DL) Interface Serial ATA-300
  • Sound Acer 3DSonic stereo speakers , microphone
  • Gigabit Ethernet, Wake-on-LAN ready
  • Multi-in-1 card reader (SD™, MMC, MS PRO & xD)
  • Bluetooth® 2.1 EDR
  • Camera Integrated webcam / Resolution 1.3 MegapixelCapture / Resolutions 1280 x 1024
  • Acer InviLink™ Nplify™ 802.11b/g/n Wi-Fi CERTIFIED™
  • Multi-gesture touchpad, supporting two-finger scroll, pinch, rotate, flip
  • Acer Crystal Eye HD webcam, 1280 x 1024 resolution
  • OS: Windows 7 Premium.
  • Battery 48.8 W 6000 mAh 6-cell Li-ion standard battery pack ,Estimated battery life: 8 hours
  • 2.3 kg with 6-cell battery pack
    Connections & ExpansionInterfaces 2 x USB 2.0 ¦ HDMI ¦ VGA ¦ Headphone/SPDIF combo jack ¦ Microphone input ¦ LAN
    Memory Card Reader Yes ( SD Card, Memory Stick, Memory Stick PRO, MultiMediaCard, xD-Picture Card )

    Environmental StandardsENERGY STAR Qualified Yes

    Manufacturer WarrantyService & Support Traveler warranty - 1 year


    Sumber:
    http://www.expertreviews.co.uk/laptops/1287394/acer-aspire-timelinex-4830t


    Thursday, 3 May 2012

    BAIK PULIH HOUSING/CASING LAPTOP HP PAVILLION NX9010 PECAH





    MASALAH
    Laptop HP Pavillion NX 9010 ni aku punya, laptop lama, beli pada tahun 2004. Aku dah tak pakai dah, sebab ada laptop lain, bagi anak aku je, buat main dengan tengok cerita kesukaan dia.

    Asal original Laptop ni hanya guna ram 256MB, hardisk 40GB dengan running Windows XP, tapi aku telah upgrade RAM 1GB, hardisk 80GB dengan Windows 7.

    Laptop ni, bagi aku antara Laptop yang tahan lama, tapi kelemahan dia, adalah berat (3.5kg kalau sekali dengan beg kulit dia dah 4kg) dengan body yang besar.

    Masalah laptop HP Pavillion NX 9010 ni adalah housing cover panel LCD dah pecah dan retak disebabkan oleh anak aku (selalu pijak, duduk atas laptop ni) dan paling latest, dia mengamuk dengan mak dia dan campak Laptop ni.

    Bila dah dibaling-campak, memang la habisla housing tu pecah, nasib baik Laptop ni berat serta housing covernya tebal  jadi kesan dari balingan tu tak jauh dan hanya merosakkan cover panel LCD, bukan LCD atau komponen yang lain.




    SOLUTION :
    Untuk cari cover atau housing laptop lama, biasanya susah diperolehi dan kalau jumpa pun, harganya mahal, dan kalau nak murah biasanya perlu mencari berbulan-bulan lamanya.

    Jadi cara untuk mengurangkan kos serta cepat untuk baiki adalah dengan cara DIY sendiri atau hantar pada pembaik pulih Laptop yang menawarkan upah yang berpatutan.

    Jadi, pada entri post kali ni, aku nak berkongsi tips pada pembaca blog aku, bagaimana nak baiki sendiri jika housing Laptop  retak atau pecah.

    Sebelum tu, sila jangan buang bahagian housing yang pecah, kutip semua bahagian yang ada untuk gumkan semula.

    Bahan-bahan yang perlu ada untuk baiki cover panel LCD adalah:
    1. 3ton Epoxy - rm9.90
    2. Pisau
    3. Salotep
    4. Permanent maker
    5. Scraper
    6. Laptop skin atau Fiber Glass stiker











    BAIKI HURUF KEYBOARD YANG ROSAK


    Laptop ni juga keyboard key dah rosak berekat/retainer kecil bawah key tu akibat dicabut oleh anak aku, jadi disini aku nak bagi tips jika nak jimat duit, tukar dulu dengan butang lain yang jarang guna, contoh butang menu (butang antara alt dan ctrl sebelah kanan yang sama saiz) .

    Kalau. korang cari key ni kat kedai komputer, biasanya takda jual dan biasanya kena tukar 1 keyboard baru atau second, kalau ada jula pun mahal dalam rm30-rm10 untuk 1key.


    Ambil berekat dia, dan butang alt atau ctrl yang diambil berekat tu korang gum kan je guna UHU gum atau Glue gun permanent pada keyboard, tapi sebelum tu cabut getah membrane key tu dulu guna pisau.


    Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

    BAIKPULIH ASUS Eee PC 10005A POWER INTERMITTENT

    MASALAH

    Masalah netbook ASUS Eee PC 10005A ni adalah kadang-kadang boleh Power-ON , kekadang tak boleh Power-ON, takda Power.


    Masa netbook ni boleh Power-ON, kalau tersentuh sikit je kabel charger kat power jack conector, netbook terus Power-OFF, takda power.Tapi ni, owner yang bagitahu, bila aku test, netbook langsung tak boleh Power-ON, bila test voltage pada charger netbook, ada bacaan iaitu 19V.





    SOLUTION :
    1st sekali, aku suspek masalah berkemungkinan berpunca dari power jack conecter netbook .

    Aku buka cover bawah netbook ni untuk periksa  power jack conecter netbook, dan pemeriksaan keterusan litar (continuity test)  di lakukan.  Power jack conecter netbook aku test pada motherboard berkeadaan baik.Jadi bermakna masalah sebenar mungkin adalah berpunca pada komponen power charger netbook.

    Selepas, diperiksa, didapati kabel power charger netbook telah fail (ujian ohm pada multimeter hanya memberikan separuh bacaan ohm pada bahagian +ve kabel, sepatutnya bacaan adalah 0 ohm).


    Kabel power adapter charger ni bila test pada adjustable power supply tester aku, boleh Power-ON netbook, tapi untuk sementara sahaja, dalam 10 minit, netbook Power-Off sendiri.Bila check balik, memang voltage hanya dapat separuh sahaja pada jack kabel.



    Netbook berkeadaan baik, selepas  charger lama diganti dengan yang baru. .Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...