Tuesday, 18 December 2012

BAIKPULIH ACER ASPIRE 6935G MASALAH BIOS CORRUPT

Masalah Laptop ACER ASPIRE 6935G ini, Laptop tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi apabila selepas dia cuba upgrade BIOS Laptop ini.Semasa kerja upgrade BIOS dilakukan Laptop terus hang dan dia telah Power-Off Laptop supaya Laptop reset.Selepas itu, Laptop bermasalah seperti yang diceritakan. 


SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON  disebabkan BIOS ini, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  boleh menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.

Masalah ACER ASPIRE 6935G berjaya diselesaikan selepas IC BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Thursday, 13 December 2012

TIPS UPGRADE WINDOWS 8 UNTUK TABLET HP SLATE 2 WINDOWS 7


Salam, baru-baru ni, ada custemer aku minta untuk upgradekan  Tablet HP Slate 2 nya dari OS asal Windows 7 kepada Windows 8.

Alasan owner  Tablet HP Slate 2  ini, untuk upgrade OS Tablet ini kepada Win 8 adalah disebabkan OS  Windows 7 asalnya terlalu slow.

Alasan ini aku bersependapat, kerana untuk kebanyakkan tablet di pasaran yang menggunakan Windows 7 memang agak laging serta lambat dan fungsi touchscreen pada tablet amat tidak sensitif  dan lambat response(kena tekan beberapa kali baru berfungsi).

Ok, pada post ini aku akan ceritakan serba sedikit cara bagaimana untuk membuat USB Windows8 installer serta upgrade Windows 8 bagi tablet atau netbook atau laptop korang.

Bahan-bahan yang korang perlukan adalah:
  1. Usb Pendrive 4GB
  2. File installer Windows 8
  3. Software Windows 8 RTM USB disk creator
CARA  UNTUK MEMBUAT USB WINDOWS 8 INSTALLER
Mula-mula korang download installer Windows 8 ini.Installer ini adalah dalam bentuk iso file.Untuk info, Windows 8 ada 2 versi.
  1. Windows8 x86 (32 bit dan 64bit)
  2. Windows8 x Arm
Kedua-dua versi ini adalah berlainan platform atau hardware.Untuk Windows8 x86 (32 bit dan 64bit), ini adalah untuk Laptop dan Tablet windows yang kita biasa guna sebelum ini.Software yang boleh install seperti Microsoft Office adalah sama seperti untuk komputer korang guna sebelum ini. 

 Tetapi untuk Windows8 x Arm adalah versi untuk Tablet yang menggunakan processor ARM contohnya Samsung Galaksi Tab ataupun Ipad.Software seperti Microsoft Office adalah yang spsial punya yang telah didesignt untuk processor ARM.

Baca di LINK ini untuk lebih info pasal Windows 8

Lepas tu korang, cari USB pendrive (sekurang-kurangnya perlu ada 4GB).

Korang download  Windows 8 RTM USB disk creator.Utiliti ini perlu ada .NET FRAMEWORK 4 

Selepas siap, cucuk sahaja pendrive yang telah dibuat tadi pada slot tablet korang.Pilih boot menu/ boot pendrive.Format dan install Windows 8 ini sama seperti untuk Windows Vista atau 7.Pilih untuk buat clean format.
Selepas berjaya Format dan Install,  perlu diingatkan, ada sesetengah Tablet/Laptop/Netbook memerlukan driver installation yang perlu korang download di website pengeluar asalnya kerana driver yang sedia ada di dalam installer Win8 kadang kala tidak disupport untuk hardware tersebut.Selamat mencuba.

Jika berminat nak baiki  masalah  pada Tablet atau tab serta Laptop atau Netbook, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.











Monday, 3 December 2012

BAIKPULIH TOSHIBA SATELLITE L640D MASALAH BLANK SCREEN

MASALAH
Masalah Laptop TOSHIBA SATELLITE L640D ini boleh Power-On.Tapi Blank Screen masa BIOS POST (Power-On Self Test) .

Logo Toshiba tu tak keluar langsung, walaupun dibiarkan Power-On dalam 10minit.Hanya ada lampu led laptop yang menyala.
SOLUTION
Biasanya untuk masalah BIOS tak keluar ni, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  sudah boleh menyelesaikan masalah BIOS tidak POST jika cara mencabut bateri CMOS dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard tidak berjaya dilakukan.

Tapi untuk masalah Laptop ini, ic bios asal terpaksa ditukar kerana motherboard Laptop gagal POST Bios walaupun IC telah beberapa kali di program semula.
Masalah TOSHIBA SATELLITE L640D berjaya diselesaikan selepas IC BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Thursday, 29 November 2012

BAIKPULIH COMPAQ PRESARIO V3000-INTEL MASALAH ERROR - 105


Masalah Laptop COMPAQ PRESARIO V3000-INTEL  ini, Laptop bermasalah keluar error 105-Unsupported wireless broadband device detectedSystem Halted. Remove device and restart
MASALAH
  1. Laptop bermasalah keluar error 105-Unsupported wireless broadband device detectedSystem Halted. Remove device and restart
SOLUTION
Biasanya untuk masalah ini  ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuangnya, antaranya dengan cabut bateri cmos Laptop atau flash/Program balik BIOS IC  dengan file bios yang baru.

Dibawah ini adalah antara cara yang aku telah lakukan untuk baiki masalah ini:
  1. Reset Bios
  2. Reset Bateri / Cabut Bateri
  3. un-plug wireless card.
  4. Cuba program balik Bios File menggunakan usb Pendrive
Semua cara diatas tak berjaya, kerana sistem BIOS Laptop Hang/Stuck dekat error -105 tu.Hendak masuk ke sistem BIOS menu pun tak boleh.

Cara yang 100% gerenti success,  ialah aku program balik IC Bios secara manual menggunakan   EEPROM Programmer .


Laptop berkeadaan baik dan sistem HSF laptop telah diservis dan di cuci.

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios Corrupted/Hang pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.




Tuesday, 27 November 2012

KERJA BAIKPULIH TUKAR KEYBOARD BARU ACER TIMELINE X 4837TG

MASALAH
Masalah Laptop ACER TIMELINE X 4837TG ini adalah keyboard tak berfungsi semua keynya.

SOLUTION
Untuk masalah sebegini, aku akan check menggunkan usb keyboard dulu, aku cabut riben keyboard Laptop yang asal dan test guna external untuk mengesahkan yang disebutkan tadi tidak berpunca dari Windows.

Setelah diperiksa, telah disahkan keyboard asal telah rosak.Penukaran keyboard baru dilakukan untuk Laptop ACER TIMELINE X 4837TG ini.
Jika berminat nak baiki  masalah  pada keyboard Laptop/Netbook, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Monday, 26 November 2012

BOLEH KE UPGRADE GRAFIK CARD LAPTOP?

Salam, aku terpanggil untuk buat POST ini, apabila lihat banyak pertanyaan di email aku yang bertanyakan tentang masalah upgrade grafik untuk Laptop ataupun netbook .

Biasanya, apa yang sudah kita ketahuai, untuk Laptop, hardware yang biasa dan senang untuk upgrade adalah Ram, Hardisk atau yang agak susah sikit dalam kerja upgrade ini adalah  Processor/CPU.

Untuk info, Laptop yang mengunakan Grafik chipset adalah samada dari NVIDIA atau AMD/ATI RADEON, dan kebanyakkan Laptop jenis ini yang berharga RM3k kebawah tidak boleh di upgrade Grafik chipsetnya kerana beberapa faktor yak akan aku terangkan.

Untuk Laptop atau netbook yang hanya menggunakan intel dedicated grafik (Intel GMA, Intel HD) untuk display processornya, jawapanya untuk persolan diatas adalah TIDAK BOLEH.

BEZA GRAFIK CHIPSET BOLEH UPGRADE VS TAK BOLEH UPGRADE

Laptop yang menggunakan Grafik chipset ini yang aku tau ada 2 jenis, iaitu:
1) Menggunakan Display chipset (Video chip / Grafik chipset)  dan disolder di motherboard + heatsink berkongsi dengan processor + chipset lain.(jenis ni video chipset boleh tukar dengan chipset baru atau used yang sama jenis dan tidak boleh di upgrade dan guna Video chipset siri lain - penukaran chipset memerlukan mesin khas - IR BGA Rework Station)


2) Mengunakan Display card slot MXM + heatsink berkongsi dengan processor + chipset lain atau berlainan sistem Heatsink atau kipas.


Ok. berbalik pada persoalan tajuk POST ini, adakah pertanyaan tu merujuk pada tukar Grafik atau Upgrade grafik.

Kalau tukar grafik chipset (GPU) yang rosak, boleh dilakukan tapi perlu mesin khas seperti yang aku sebutkan diatas, tapi perlu tukar dengan chipset model yang sama la, dan tak boleh tukar chipset GPU yang lain.

Hmm, jika persoalan tu , untuk upgrade Grafik pula.Dibawah ini adalah jawapan aku.
Jawapan untuk Soalan ini adalah: Boleh jikalau spesifikasi Laptop mempunyai ciri yang berikut:

1) Laptop  perlu ada atau mempunyai slot MXM.Kalau takda, lupakan la niat tersebut. 


Apa itu slot MXM. (MXM) adalah singkatan daripada Mobile PCI Express Module. Ianya adalah seperti  PCI-E x16 interface yang ada desktop PC untuk memasang Grafik card.

MXM interface ini telah diperkenalkan oleh  Nvidia  untuk menjadi interface bagi laptop yang menggunakan GC untuk beberapa tahun dahulu, tapi tidak banyak model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar Laptop yang menggunakan teknologi MXM ini.

Untuk info, tidak seperti  PCI-E x16, MXM ini mempunyai banyak type dan tak semua type boleh di rojak dipasang pada motherboard Laptop, contohnya Type IV cards hanya boleh  fit pada Type IV interface di  motherboard  dan  tidak untuk motherboard type lain .

  1. MXM type I (value cards): HD 3450 and 9300M GS
  2. MXM 2.1 type II (mainstream card): Nvidia GeForce 9600m GT ddr3, ATI HD 3650, ATI Radeon 4670 512MB ddr3 / 1GB DDR2
  3. MXM 2.1 type III/HE: Nvidia GeForce GTX 280m, Nvidia  9700M GT , ATI Radeon 4870
  4. MXM 2.1 type IV : 9800M GTX

 Version terkini (Q4 2011):

  1. MXM 3.0 type A: Nvidia Quadro 2000m, AMD Radeon 6770m GDDR5
  2. MXM 3.0 type B: Nvidia GeForce GTX 680m, AMD Radeon 7970m
  3. Rare/nonstandard MXM 2.1 type II cards: Asus g60 GTX 260m & GTS 360m, Toshiba GT 240m

Ada beberapa hal, yang korang kena faham, jika korang nak upgrade GC korang ini.
  1. Warranti mungkin akan void serta merta, apabila korang cuba buka dan upgrade laptop
  2. Mencari GC ini agak sukar dipasaran Malaysia, walaupun tidak mustahil
  3. GC mungkin tidak  compatible dengan motherboard Laptop korang walaupun  TYPE MXM card yang hendak digunakan sama famili dengan card MXM asal.
  4. BIOS update mungkin dapat solve problem compatibiliti tersebut, tapi  upgrade BIOS update juga ada risiko nya.
  5. Heatsink perlu berada betul-betul diatas chipset.
  6. Walaupun korang boleh  Power-ON dan  boot Windows, GC mungkin akan mengalami  overheating ,kerana laptop tidak di designed  untuk menggunakan GC yang baru korang upgrade itu.
Kebaikan untuk Laptop yang mempunyai slot ini pula, adalah;
  1. Kebolehupayaan untuk upgrade Grafic card sekira ada penguluaraan card baru bagi Type card yang disupport oleh motherboard laptop.
  2. Kebanyakkan Laptop yang menngunakan GPU ini biasanya selalu mengalami overheating, dan cara solution, adalah dengan menukar GPU yang baru, jika ada slot MXM ni, pembaikkan menjadi lebih mudah kerana hanya perlu beli card MXM GPU yang baru dan slotkanya sahaja seperti PC. 
Dibawah ini adalah List senarai brand/model laptop yang menggunakan teknologi MXM.

BUANG PASSWORD BIOS ACER ASPIRE 4752G


Masalah Laptop ACER ASPIRE 4752G ini, Laptop bermasalah untuk format Windows, ini kerana Laptop minta password Bios dahulu jika ingin masuk Windows Laptop ini.Masalahnya owner dah terlupa password bios yang digunakan.

MASALAH
  1. Laptop minta password Bios dahulu jika ingin masuk Windows Laptop
SOLUTION
Biasanya untuk masalah password, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuangnya, antaranya dengan cabut bateri cmos Laptop atau menggunakan utiliti seperti Master password generator atau guna utiliti crack password berbentuk Dos (biasanya korang boleh jumpa utiliti ini didalam CD Hiren).

Cara ini, owner telah guna, tetapi password bios tetap tak boleh buang.Ini kerana, kebanyakkan Laptop atau Laptop terkini, menggunakan IC Eeprom yang tetap akan menyimpan memorinya walaupun bekalan kuasa diputuskan.


Jika cara yang disebutkan diatas tak menjadi, untuk reset IC Eeprom ini, ada beberapa cara lain lagi yang boleh digunakan.

Iaitu, Flash atau program balik bios di OS Windows atau dari Dos (sama seperti cara korang upgrade version Bios latest), cara ini memerlukan korang download file Bios model Laptop/Netbook dari website pengilang. Cara ini, hanya boleh digunakan untuk laptop yang masih boleh running dan boot Windows atau masih hidup dan jika laptop korang mengalami Blankscreen, cara ini tidak dapat digunakan.

Cara lain pula adalah, dengan cara menjumper kaki IC Eeprom  untuk men shortkan IC ni supaya password dirosakkan.Tetapi cara ini agak merbahaya kerana biasanya IC Eeprom boleh rosak dan % kejayaan mengunakan cara ini adalah hanya 50%.

Cara yang lain yang 100% gerenti success,  ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual menggunakan   EEPROM Programmer .

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Monday, 19 November 2012

BAIKPULIH COMPAQ V3000 - INTEL MASALAH LCD PUTIH KESELURUHAN


MASALAH
Masalah Laptop COMPAQ V3000 - INTEL ini ada masalah white screen (WSOD) atau LCD skrin putih dan owner sudah test di external monitor tapi dan signal pada monitor berada dalam keadaan baik.

Perlu difahami yang model laptop yang menggunakan intel chipset biasanya tiada masalah overheating seperti model Laptop yang menggunakan Nvidia atau AMD Radeon (overheating chipset Nvidia atau AMD Radeon salah satu simtomnya adalah white skrin juga).

White Screen problem biasanya menunjukkan power ke LED atau inverter ada, tapi signal video tiada.

Kerosakkan ini, aku rasa terjadi pada pembahagi signal video di LCD connector  atau Logic Controler di LCD .


Biasanya jika korang kena WSOD  atau skrin putih ni. Ada 3 kemungkinan
  1. Kabel riben LCD rosak / rengang di connector
  2. LCD rosak
  3. Signal video di motherboard tiada.
Kenapa LCD panel tu jadi putih.Ini kerana hanya Backlight LCD (LED/CCFL) tu je yang berfungsi.Video signal pada LCD tiada, ada 2 kemungkinan
  1. Power untuk   video pixel  LCD (logic controller LCD) bermasalah
  2. Data signal video LCD bermasalah 

SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, aku akan check bahagian signal video di motherboard serta LCD Logic controller.




Laptop telah dibaiki dan masalah whitescreen ini telah tiada, kipas dan heatsink Laptop telah dicuci dan Laptop berada dalam keadaan yang baik. 

Jika berminat nak baiki  masalah Laptop masalah skrin putih pada Laptop/Netbook , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.



BAIKPULIH SAMSUNG TAB P1000 DIGITIZER TOUCHSCREEN PECAH

MASALAH
Masalah Tablet SAMSUNG TAB P1000 ini, TOUCH SCREEN telah pecah. Menurut info dari owner, tablet ni terjatuh  dari tingkat 1 rumah nya. dan sebahagian cover casing tep telah terkopak.

Owner ni dulu adalah ex-custemer aku, pernah repair laptop dia yang bermasalah.



SOLUTION
Biasanya untuk masalah TOUCH SCREEN  pecah ni, perlu tukar dengan TOUCH SCREEN  yang baru.

Harga spareparts ini biasanya berbeza-beza, untuk kedai atau lokasi .




Jika berminat nak baiki  masalah  pada Tablet atau tab, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Friday, 16 November 2012

TIPS DIY MEMBAIKI KLIP KONEKTOR RIBEN LAPTOP YANG TERPATAH/TERCABUT

MASALAH
Ramai yang sedia maklum, jika memakai Laptop perlu membuat kerja selenggaran untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sekali, jadi ramai owner yang cuba-cuba menservis sendiri laptop mereka.Tapi, kadang-kadang kelalaian owner menyebabkan berlaku kerosakkan pada laptop mereka,

Kadang-kadang bila cuba buka Casing Laptop untuk mencuci dan bersihkan Heatsink serta Kipas, akan terjadi kemalangan terpatah atau tercabut klip konektor keyboard atau klip konektor riben power switch board atau sebagainya.


SOLUTION

Aku ingin terangkan jenis-jenis konektor klip yang biasa ada pada motherboard Laptop dan cara DIY.

Untuk connector pada motherboard ada 2 jenis.

 1)Jenis klip
DIY-Yang ni kalau klip konektor riben dia tak dapat tekan- ambil salotep dan tampal tape.

2)Jenis slot
DIY-Yang ni kalau slot patah, ambil plastik nipis keras, slot kan kebawah riben dalam konektor, ambil slotep dan tampal tape.

Kat bawah ini, aku terangkan, macamana cara membaiki konektor untuk jenis klip no.1.








Ini tips aku untuk korang(pembaca dan folower blog aku), kalau korang alami masalah ini, kalau berani cabut semua klip dia, dan cuba try masukkan balik.

Kalau tak boleh, tak perlu masukkan klip dia balik , buat macam cara yang aku terangkan jenis no 2, cari plastic keras tipis slotkan keatas riben flex, ambil salotep tampal tape tu - cara ni biasanya 100% akan berjaya, aku dah baiki banyak kalau rosak macam yang disebutkan ini.

Jika berminat nak baiki  masalah Laptop atau PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...