Monday, 17 October 2011

MEMBAIKI FUJITSU LIFEBOOK S6311 MASALAH ERROR 02FE/02FC DAN OVERHEATING

MASALAH

Laptop fujitsu Lifebook (S6311) ini problem dia, masalah overheating serta error masa laptop POST.Laptop ni owner beritahu , akan selalu shutdown sendiri, dan sebelum masalah tersebut terjadi, kipas HFS laptop berbunyi dengan kuat.Owner juga beritahu yang sebelum ini,dia sudah pergi kedai Komputer lain di Wangsa Maju dan tukang repair disitu menyarankan untuk ganti kipas (quotation kedai tersebut minta  dalam rm100-300).
Dari kes ini, aku dapati sesetengah kedai komputer mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan permasalahan notebook tanpa mengira kos yang bakal di keluarkan oleh pemilik notebbok itu sendiri sedangkan masih ada cara lain untuk menyelesaikan permasalahan tersebut tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.Ini biasanya disebabkan penukaran komponen baru dapat :
  1. Menjimatkan masa untuk cari kerosakkan laptop/notebook korang yang kadang-kadang memakan masa yang lama.
  2. Pulangan keuntungan yang cepat dan meminimumkan kos untuk waranty jika hardware yang ditukar/baiki rosak balik.
  3. Pengurangan untuk kos operasi kedai, kerana kos untuk mengaji seorang technician yang betul-betul mahir untuk troubleshoot agak sukar dan tinggi. 
Aku cadangkan kepada pemilik pemilik notebook/laptop untuk mencari kedai komputer yang betul sebelum menghantarkan notebook/laptop korang untuk di baiki dan pastikan kedai komputer itu sendiri mempunyai technician yang mahir untuk mengendalikan atau membaiki notebook/laptop korang.

Aku check kipas dan sistem HSF laptop, didapati kipas dah jem (tak dapat bergerak bila diputar dengan jari terasa ketat).Sistem HSF juga diselaputi habuk (habuk dah menutupi aliran udara heatsink)

Jadi kipas laptop  yang jem tu  aku servis dan test, kipas masih boleh digunakan, tidak perlu tukar.Tapi ada masalah lain pula keluar eror masa bios POST:

ERROR
02FE: Fan Error occurred during previous boot.
ERROR
02FC: Fan Error. System is turned off.


Ada 2 option je boleh pilih, tekan F1 untuk resume loading windows atau tekan F2 untuk masuk Bios.Error ni tak dapat reset, aku check kipas (kipas bergerak), aku check temp CPU (suhu normal 45-48 celsius).Aku juga buat sistem diagnostic Laptop (laptop berkeadaan baik).Aku try cabut bateri cmos Laptop dan tinggalkan selama 2 jam,untuk reset bios, keadaan Laptop masih sama.2 pilihan je tinggal:
  1. Check kipas balik
  2. Reflash Bios untuk reset laptop

SOLUTION: 
Kipas laptop aku check, dan didapati wayar kuning (wayar sensor kipas) intermitent (nak check, kena ada pengetahuan tentang asas elektronik), putus sikit jadi motherboard Laptop tak dapat kenal(communicate) dengan kipas.Jadi 3 tiga-tiga wayar merah +ve, hitam-ve, kuning aku buat baru bagi mengelakkan kerosakkan lain dari berulang.Laptop di test dalam berkeadaan baik.





Wednesday, 5 October 2011

CUCI & SERVIS SISTEM KIPAS HEATSINK LAPTOP/NETBOOK ANDA SUPAYA BERTAHAN LAMA


Jika pakai Laptop/Notebook/Netbook, kepentingan buat maintanance cuci-servis bahagian dalam laptop secara berkala adalah perlu sama juga macam korang guna Komputer PC , sekurang-kurangnya 1 tahun sekali. KEPENTINGAN CUCI -SERVIS SISTEM HSF INI ADALAH SUPAYA LAPTOP/NETBOOK DAPAT BERTAHAN LAMA

Ini adalah untuk menjaga jangka hayat laptop korang supaya bertahan lama dan tidak mengalami masalah overheating .Ini disebabkan , apabila sistem HSF (Heatsink Fan) laptop berfungsi, ia akan menyedut udara dari luar dan udara ini ada partikel-partikel seperti debu, pasir halus bersamanya.Dan bila debu-debu ini terperangkap, didalam heatsink, ia akan berkumpul menjadi tebal serta menghalang dari udara masuk dan keluar dari heatsink.

Kadang-kadang semut halus juga, suka bersarang didalam laptop.
Kalau laptop dah ada problem baru nak buat, sediakan la duit korang banyak-banyak untuk baik pulih laptop jika tersalah hantar ke kedai Komputer yang cekik darah.Nak servis Laptop ni korang boleh buat sendiri, tak perlu nak habiskan wang rm40-60 untuk hantar kekedai Komputer untuk buat servis.

Apa tanda-tanda Laptop korang mengalami masalah overheating
  1. Fan laptop berbunyi kuat dan tiada angin keluar dari ventilation laptop
  2. Laptop selalu hang
  3. Laptop selalu dapat masalah Blue screen (BSOD) 
  4. Laptop sering OFF sendiri dan kadang-kadang restart secara tiba-tiba.
Apa yang akan terjadi jika debu serta habuk terlalu banyak didalam sistem HSF Laptop:
  1. Bilah kipas boleh patah
  2. Kipas overload dan overworking, memendekkan hayat kipas 
    Ada beberapa perkara nak kena tengok masa buat servis motherboard laptop dan sistem HSF,

    Pastikan cabut dulu battery cmos(bios) laptop selepas dah buka casing laptop, sebab untuk elakkan motherboard dari kena elektrik static dari tangan atau berus masa nak cuci habuk laptop.Ini juga boleh menyebabkan masalah yang awak kena (laptop tak boleh booting).

    Apa Tools dan Software yang perlu untuk servis-cuci bahagian dalam laptop:

    Tools: 
    1. Skru driver
    2. Berus Cat
    3. Thermal Paste/Compound
    4. Battery Pack 5V(Untuk test kipas Heatsink)
    5. Minyak Gris atau Penyebur Aerosol WD40 (sebagai pelincir dikawasan kipas berpusing)
    Software
    1. HW Monitor
    Manual untuk buka Casing housing Laptop

    1. Model/Brand Laptop Disassembly Help 
    Ada 1 lagi solution paling mudah dan cepat dan paling murah untuk selesaikan masalah overheating disebabkan pengaliran udara disekat oleh habuk yang terkumpul :
    1. Guna blower elektrik atau vakum cleaner untuk sedut debu (cara ini hanya untuk sementara sahaja dan kurang efektif untuk selesaikan masalah overheating laptop, kerana bila dah 1-3 tahun tak pernah servis cuci, debu ni akan jadi bentuk serat kain yang tebal, dan jika blow dan sedut dari luar hanya sikit sahaja debu dapat keluar semula dan biasanya bila dah 1-3 tahun tak pernah servis thermal compound akan jadi keras (thermal compound ni gunanya sebagai heat tranfer antara processor/chipset ke Heatsink) dah tak bagus untuk heat tranfer).
    Dibawah ini antara contoh  Laptop yang pernah aku servis dan mengalami masalah overheating kerana debu terkumpul di dalam heatsink sehingga menyekat pengaliran udara..

    DELL STUDIO 1535


    ACER ASPIRE 4736Z





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...