Thursday, 29 September 2011

TIPS BAIK PULIH LCD LAPTOP BERMASALAH JADI PUTIH WSOD (White Screen of Death)

White Screen of Death (atau dikenali sebagai stop error, WSoD, whitescreen, White Box/Screen of Doom, atau hanya dengan panggilan White Death)  biasanya terjadi apabila OS terkena critical system error atau disebabkan  software bugs ataupun device drivers yang corrupt.


Tetapi WSoD juga boleh berlaku apabila ada Hardware Laptop yang Faulty atau malfunction.


Jadi post ini, aku nak bincang pasal masalah WSoD pada Laptop/Notebook yang disebabkan kerosakkan hardware.Dah lama aku perhatikan sejak akhir-akhir ini banyak pula laptop sekarang  ni yang bermasalah dgn LCD displaynya,terutama yang  jadi putih pada keseluruhan satu skrin lcd tu, masalah ni terjadi, bukan untuk satu Brand sahaja tapi pada kebanyakkan brand yang lain.Mungkin ada pembaca blog aku pernah mengalami masalah seperti ini dan kalau pernah kena, apa , korang rasa penyebab puncanya serta solution/atasi untuk masalah ini.Ada baberapa jenis kerosakkan untuk problem skrin putih ni dan kerosakkan ini menjurus pada hardware yang berlainan.


  1. LCD Laptop lama-lama menjadi putih keseluruhannya .
  2. LCD Laptop putih separuh  
  3. LCD Laptop ok bila LCD di tekan  tapi putih jika tekanan pada LCD tiada
  4. LCD Laptop putih  

SOLUTION

Bagaimana cara yang paling berkesan serta murah untuk mengetahuai sama ada LCD panel rosak atau ada Hardware lain yang terbabit.
Biasanya untuk mengesan kerosakkan WSOD pada LCD yang permanent , pengujian perlu lakukan menggunakan external monitor serta LCD tester (yang dah pecah pun boleh asalkan masih nampak video) bagi mengelakkan diagnostic yang salah.

Untuk kerosakkan WSOD pada LCD yang hanya berlaku kadang-kadang atau berkeadaan baik bila ada tekanan pada dibahagian-bahagian panel LCD atau pada kedudukkan tertentu, sila check kabel LCD, biasanya jika melibatkan kerosakkan pada riben ada 2 kemungkinan.
    1. Connection connector riben LCD tertanggal atau longar.Cuba try buka casing LCD Panel dan try reseting balik connection connector LCD tu.Buat pada connector LCD serta di Motherboard laptop. 
    2. Wayar riben LCD putus atau reput.Biasa jika wayar riben LCD putus disebabkan terkepit dengan hinges Laptop  
    Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi  012-2411959/Hafizam.

    Monday, 12 September 2011

    TIPS BAIK PULIH WINDOWS BSOD (Blue Screen of Death) ERROR CODE


    Korang pernah kena tak masalah BSOD ni, biasanya jika pernah guna microsoft Windows akan dapat masalah ni (Layar Biru) pada Windows.BSOD ni  nama penuhnya dipanggil Blue Screen of Death (atau BSoD, Blue Screen, juga bluescreen), atau juga nama rasminya ialah Stop Error [1] atau bug check, adalah error screen yang biasa dialami oleh Microsoft Windows family apabila mengalami critical error, atau system crash yang tak boleh dibaiki.

    Semua version dari microsoft Windows biasanya mempunyai masalah ni dari win3.xx, win98, win2000, winXP , win Vista serta Windows 7 dan kemungkinan Windows 8 yang akan datang tapi mungkin nama kena tukar jadi Black Screen Of Death (BSOD) .

    Kebiasaan antara tanda-tanda Windows nak kena Blue Screen ini, Komputer korang terasa slow dan berat (melibatkan kerja dan performance) dan kemudian mengakibatkan Windows Crash serta terjadi Bugs yang akhirnya menyebabkan komputer korang tidak boleh Boot Windows sama sekali.

    Korang jangan panik dan terburu-buru terus format/menginstall Windows baru (ini last option) atau terus bawa ke Pembaik pulih/Kedai Komputer.Cuba check Error Code yang dikemukakan oleh Blue Screen Tersebut.Contoh seperti gambar dibawah ini.

    Cuba check error code tersebut di internet (taip je error code tu).Kat atas ni antara BSOD Code Error biasa kena pada Komputer dan cara penyelesaiannya. Dibawah ni adalah link untuk mengenal error code BSOD yang lainhttp://en.wikipedia.org/wiki/BSOD  serta http://www.mydigitallife.info/bluescreenview-view-blue-screen-crash-information/

    Biasanya ada 4 cara untuk baiki masalah BSOD ini:

    1. Repair installation Windows (guna recovery partition atau CD windows)jika BSOD berpunca dari Windows corrupt atau terjankit virus dan sila format baru sahaja jika dah takboleh baiki.
    2. Guna HDD regenarator jika rosak pada bahagian MBR Windows
    3. Uninstall driver/software yang bermasalah di safe-mode windows (  Masuk ke safe mode saat masuk ke Windows dengan menekan F8 masa booting Windows, buang driver atau software2 yang menyebabkan Windows mengalami error atau corrupt, restart komputer ) untuk BSOD berpunca dari driver.Korang boleh guna software ni http://www.nirsoft.net/utils/bluescreenview.zip untuk cari software atau driver yang menjadi punca masalah BSOD.
    4. Cuci sistem HSF komputer jika BSOD berpunca dari hardware terlalu panas
    5. Cuci servis/tukar Ram jika BSOD berpunca dari Ram

    Jika korang masih tak tau apa nak buat untuk atasi masalah ini pada PC atau Laptop, ada forum yang bincangkan masalah BSOD ni, korang boleh cuba tanya dekat situ:

    http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=298516

    http://forum.lowyat.net/topic/346230/+2060



    Wednesday, 7 September 2011

    BAIKPULIH ACER ASPIRE 4935 LED WHITE SCREEN (WSOD) PROBLEM & TIADA SIGNAL PADA EXTERNAL MONITOR



    MASALAH  
    Acer Aspire 4935 ini ada masalah white screen (WSOD) dan owner sudah test di external monitor tapi tiada signal (Laptop tak Post).Laptop lansung tiada tiada bunyi post (laptop tak boleh boot up - kemungkinan bios corupt) tapi boleh Power-UP.

    Biasanya jika korang kena WSOD ni. Ada 3 kemungkinan
    1. Kabel riben LED rosak / rengang di connector
    2. LED Skrin rosak
    3. Signal video di motherboard tiada.
    Kenapa LCD panel tu jadi putih.Ini kerana hanya lampu Backlight LED (LED/CCFL) itu sahaja yang berfungsi.Video signal pada LED tiada, ada 2 kemungkinan

    1. Power/Voltan untuk   pixel  LED (logic controller LED) bermasalah
    2. Data signal video LED bermasalah 

    PENYELESAIAN:

     Ada 1 cara penyelesaian: Laptop terpaksa dibuka untuk mencari kerosakkan dan dibaik pulih..


    Problem(masalah) LED Laptop white screen (WSOD) masih sama (tiada signal dari motherboard laptop ke LED panel) apabila di test dengan LED panel Laptop.White Screen problem biasanya menunjukkan power ke LED atau inverter ada, tapi signal video tiada,kerosakkan ini, aku rasa terjadi pada pembahagi signal video di LED connector kerana external monitor pada Projektor Port ada signal selepas motherboard dibaiki sebelum ini oleh aku.



    BAIK PULIH :
    LED skrin aku check berada dalam keadaan baik dan Laptop telah ditest di external monitor.Jadi masalah, berkemungkinan berpunca dari komponen electronik di motherbord.Jadi kena buka housing Laptop untuk pastikan kerosakkan.

    Untuk Laptop ini ,penyebab kerosakkan ini adalah pada komponen electronic yang membekalkan  voltan/power ke logic controller LED telah rosak.


    Laptop berkeadaan baik.Heat Sink serta kipas telah dicuci.Laptop telah di test dan berada didalam keadaan stabil.

    Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

    Tuesday, 6 September 2011

    BAIK PULIH NETBOOK ASUS EeePC 1016P MASALAH WHITE SCREEN (WSOD)



    MASALAH

    Masalah netbook ASUS EeePc 1016P ni adalah white screen (WSOD) (owner telah hantar netbook ini untuk repair dikedai lain sebelum dihantar pada aku, tapi tidak dapat dibaiki).Signal  Video LCD netbook  hanya ada(keluar) pada kedudukkan tertentu.Apabila Lcd lid berada  pada kedudukan hampir nak tutup, baru ada signal video pada LCD, tapi bila Lcd lid panel digerakkan kepada kedudukan 90 darjah menegak , LCD jadi WSOD (hanya backlight berfungsi, signal video tiada).Biasanya LCD netbook berkeadaan white screen  dan netbook akan berkeadaan begitu sehingga netbook off.

    Biasanya jika korang kena masalah intermitent signal video LCD rosak ni. Ada 3 kemungkinan
    1. Kabel riben LCD rosak / rengang di connector.
    2. Kabel riben LCD putus separuh kerna terkepit engsel (hinges)/ kabel reput
    3. LCD rosak 

     


    SOLUTION :
    Lcd aku check berada dalam keadaan baik dan netbook telah ditest di external monitor.Jadi masalah, berkemungkinan berpunca dari riben kabel LCD ke motherbord.Jadi kena buka housing netbook untuk pastikan kerosakkan.Untuk netbook ini kerosakkan adalah pada riben LCD (repair).






      


    BAIK PULIH SIAP:


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...