Saturday, 16 April 2011

TIPS MENJAGA LCD LAPTOP SUPAYA TAHAN LAMA

Macamana nak jaga Laptop LCD supaya tahan lama.LCD laptop adalah komponen ke2 penting selepas motherboard dan harganya boleh kira mahal jika tukar yang baru(sebaiknya yang baru jika pakai 2nd cepat rosak).

MASALAH LCD PECAH/VIDEO PELANGI(RAINBOW)

  1. Jangan tinggal Laptop korang dalam but kereta seharian(lagi-lagi dalam but kereta yang biasa berjemur tengah panas).Nanti tunggu la jadi macam gambar kat atas tu.
  2. Elakkan dari menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakan ( death) pixel pada screen atau kesan calar yang tak boleh hilang.
  3. Tutup Laptop dengan perlahan serta check betul-betul tiada barang yang tertinggal di atas keypad laptop.Kalau tak jadi macam gambar kat bawah ni. 
  4. Masukkan laptop dengan mengadap belakang laptop dulu supaya semasa masuk Laptop tiada barang dalam beg masuk kecelah antara LCD dan keypad Laptop.


MASALAH LCD BERKULAT/BERKURAP

Amaran jangan letak laptop korang kat bilik atau beg yang berhawa panas serta tempat lembab yang pengaliran udara tak begitu baik .Bila selalu letak di tempat yang sebegitu LCD akan defect (rosak) perlahan-lahan mula-mula korang akan perasan LCD laptop mengeluakan bau pengngik.Nanti selepas LCD jadi macam tu(berbau), LCD akan mengalami masalah permukaan BERKURAP/BERKULAT(biasanya bermula kat dalam Panel LCD-memang takakan perasan selagi tak buka panel LCD).Dan lama kelamaan korang akan perasan permukaan LCD pecah dan mengeluarkan cecair(bau(pengik) akan lebih kuat).
  1. Kalau kena masalah macam ni kena tukar la seketul.Biasa masalah ini berlaku jika simpan laptop di tempat (bilik)  yang berhawa panas serta tempat lembab yang mempunyai pengaliran udara tak begitu baik  .
Ok.nanti aku sambung lagi jika ada masa.Jika nak repair boleh hubung hafizam(0122411959).

Thursday, 14 April 2011

BELAJAR MENGESAN MASALAH PADA COMPAQ PRESARIO CQ40

Masalah pada Compaq Presario CQ40 ni dah macam ulangan masalah pada Compaq Presario V3000 atau model HP Tx atau model HP DV yang problem dia overheating dulu, dah macam drama (bersiri) pulak.

Tapi masalah overheating yang dibincangkan dipost ini adalah untuk model Compaq CQ40 yang pakai CPU AMD dengan GPU ATI sahaja bukan yang pakai CPU Intel serta chipset intel (kalau masalah CQ40 intel boleh pakai juga jadual ni, tapi perlu diberitahu yang model Compaq pakai chipset intel tak ada masalah overheating).Jangan keliru, ok.
Makna Kerosakkan Berdasarkan Blink Codes Untuk Sebahagian EFI Notebooks
Number of Blinks or Beeps
Location of Blinking LEDs
Component Being Checked
Error Condition
Continuous glow
Battery power LED
Battery
The AC adapter is attached and the battery is charging, but does not yet have sufficient charge to power the notebook.
1
Caps Lock/Num Lock
CPU
CPU not functional
2
Caps Lock/Num Lock
BIOS
BIOS corruption failure
3
Caps Lock/Num Lock
Memory
Module error not functional
4
Caps Lock/Num Lock
Graphics
Graphics controller not functional
5
Caps Lock/Num Lock
System board
General system board failure
6
Caps Lock/Num Lock
BIOS
BIOS authentication failure
Continuous blink
AC power adapter LED
Power adapter
Insufficient power

Jadual Eror blinking Codes update 2012 Link


Biasanya masalah yang berlaku pada model Compaq Presario CQ40(AMD) ini adalah masalah pada chipset ATI GPU overheat (tengok kat jadual 4 blinking).Tapi kadang-kadang ada  juga, masalah pada CPU AMD Turion X2 RM70 defect(rosak).Masalah yang sama juga berlaku pada model Compaq terdahulu iaitu Compaq Presario V3000 (AMD).

Kalau rosak GPU chipset 1st time boleh cuba hantar untuk repair dengan saya (rm100 + waranty 1bulan).Tapi kalau dah rosak 2nd atau banyak kali dengan masalah yang sama, jika owner hendak pakai lama lagi, saya nasihatkan tukar motherboard yang betul-betul baru (rm600++) atau pakai 1 cara lagi yang memang takkan ada masalah GPU atau CPU  lagi.

Untuk pemilik model Compaq CQ 40(yang tak pernah rosak lagi) ini , aku nasihatkan korang monitor temp CPU dan Gpu korang dan kalau rasa Laptop kipas Cpu berbunyi kuat sila buat maintence dengan cuci kipas CPU dan letak thermal paste baru pada heatsink (HSF).

Dan sila buat senggaraan secara tetap untuk laptop model ini sekerap mungkin (6 bulan sekali).
Sebab Laptop ini mudah dapat problem overheating.Rosak GPU memang mahal dan jika ada kedai offer tukar chipset aku nasihat jangan buat sebab penyakit (GPU chipset overheat) akan datang balik.

Sila buat lubang dibawah Laptop supaya haba dari heatsink boleh disedut keluar oleh Cooling Pad.Jika hendak repair laptop boleh hubungi saya hafizam(0122411959).

Tuesday, 5 April 2011

DIY SUN multimeter XB-51 KEPADA MULTIMETER TWEZZER




BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN:
1.Multimeter SUN XB-51(multimeter ni aku beli rm20.00 je-Brand China)
2.
Sand Paper
3.HDD SANDER kalau takda guna gergaji besi
4.Buzzer 1.5 - 3volt
5.SCREW DRIVER(PRECISION)
6.SOLDER IRON/LEAD
7.DOUBLE SIDED TAPE
8.Kepingan Tembaga(ambil dari PLUG soket outlet 3 side extention rosak)
9.Wayar 
Smart Tweezer Multimeter(harga dalam rm500++ keatas  jika beli yang branded)berguna untuk menguji smd komponen atau komponen elektronik bersize kecil pada motherboard.Design yang agak praktikal untuk melakukan ujian pada PCB board yang mempunyai komponen elektonik kecil yang banyak.

MODIFIED














PERHATIAN: 
Entry ini akan dipindah ke section DIY pages blog ini buat masa yang terdekat.Jika korang nak tengok pasal DIY ni sila ke DIY pages.OK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...