Saturday, 26 March 2011

MACAMANA NAK SETEL TOSHIBA SATELLITE M200/L200/L300 ASYIK HANG APABILA ON GUNA AC LAPTOP CHARGER ADAPTER





MASALAH:
Laptop Toshiba Satellite M200 ini masalah dia akan hang(freezing) apabila loading windows atau masa windows tengah running atau mengalami screen biru(bsod).Kadang - kadang screen Laptop akan mengalami masalah pixel pecah dan hang(freezing) serta reboot dengan sendiri(auto restart).Tetapi bila Laptop running menggunakan bateri laptop sahaja atau jika guna power adapter tapi hanya boleh run dalam Windows safe mode, Laptop tidak mengalami masalah-masalah yang aku sebutkan tadi.Tetapi apabila Laptop adapter charger disambung ke Laptop,Windows akan hang dan laptop terpaksa direstart.Laptop terpaksa menggunakan bateri jika hendak digunakan(maximum 2jam)lepastu Laptop bateri kena charge bagi penuh.


SOLUTION:
Boot Windows dalam safe mode, restart laptop dan tekan F8 key sebelum windows logo keluar sehingga keluar List booting


  1. Pilih start Windows dengan safe mode  
  2. Pergi ke device manager (dalam My Computer) 
  3. Disable driver processor intel core Duo(ada 2,mula-mula disable 1 dulu jika tak jadi baru disable kedua-dua driver processor tu) 
  4. Restart laptop (normal startup).

Boleh juga disabled  multi core feature CPU dekat bios Laptop Toshiba M200.Tapi cuba dulu step-step diatas.

JIKA MASALAH LAPTOP KORANG LEBIH SERIUS DARI MASALAH YANG KAT ATAS(Laptop hanya boleh on guna bateri je guna power adapter charger langsung laptop tak mau hidup) MOTHERBOARD KORANG DAH ADA KOMPONEN DIMOTHERBOARD YANG FAULTY, KENA GANTI ATAU KENA HANTAR REPAIR macam kat Laptop Toshiba Satellite M200 bawah ni.Untuk baikpulih laptop boleh call/sms aku di 0122411959.Hafizam  

















Monday, 21 March 2011

MACAMANA NAK BAIK PULIH MASALAH HINGES(ENGSEL) LCD LAPTOP TERLAMPAU KETAT

 

MASALAH:
Masalah laptop ni adalah bila buka LCD panel Lid punya la susah(siap berbunyi krak-krak dekat hinges (engsel Laptop).Masalah ni berlaku apabila hinges LCD terlalu ketat dan kehilangan gris dibahagian tempat gerakkan hinges.Masalah ini jika dibiarkan terlalu lama akan menyebabkan Hinges patah serta Lid panel (cover LCD) patah/pecah/retak atau lebih parah lagi LCD panel boleh patah dan rosak.
 

SOLUTION:
Penyelasaian untuk masalah ini adalah buka cover LCD panel untuk check hinges yang rosak.Setiap laptop cara penyelesaiannya adalah berbeza-beza.Untuk hinges laptop ini aku perasan ada 2 bahagian yang bergerak pada hinges ini.Hanya 1 bahagian yang terlau teruk(tak dapat pusing jika tak guna sepenuh tenaga untuk pusingkannya).Jadi aku ambil keputusan potong bahagian yang rosak.


SELESAI:
*Laptop telah dibaiki (kipas & Air ventilation juga telah cuci).  



Thursday, 17 March 2011

DELL INSPIRON 510m LAPTOP CHARGER ADAPTER OFF SENDIRI BILA SAMBUNG KE LAPTOP

MASALAH:
  1. Masalah Laptop ini adalah masih boleh Power-On bila guna bateri tapi tak boleh  Power-On  apabila hanya menggunakan adapter charger .Masalah lain pula adalah, apabila  jack dari power adater charger laptop disambung ke Laptop. Led power charger akan mati dan bila ditest pada jack power adapter, menggunakan multimeter tiada sumber kuasa elektrik yang mengalir(voltan tiada).Dari simptom-simptom yang ditujukkan ini, aku masalah berpunca dari motherboard Laptop kerana adapter charger laptop di matikan oleh laptop ketika disambung. 









SOLUTION:
  1. CPU / RAM / ADAPTER CHARGER telah diperiksa berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect motherboard defect pada bahagian blok(bahagian) power.
  2. Laptop ini aku check (bukak casing) dan memang betul ada komponen elektronik pada bahagian blok (bahagian) power motherboard laptop tu yang telah rosak.Jadi kena GANTI komponen elektronik YANG ROSAK pada motherboard.
SELESAI:
*Laptop telah dibaiki (kipas & Air ventilation juga telah cuci). Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959

Tuesday, 15 March 2011

Saturday, 12 March 2011

ACER ASPIRE 3640 POWER ADAPTER CHARGER BLINKING, LAPTOP TAK BOLEH POWER ON

MASALAH:
  1. Masalah laptop ni adalah tak boleh power on.Apabila jack dari power adater charger laptop disambung ke Laptop .Led power charger berkelip-kelip(blinking) dan Laptop akan berkeadaan begitu dan masih tak boleh power on pada suis start .Laptop LCD blank screen (tidak keluar apa-apa).
 SOLUTION :
  1. CPU/RAM/ADAPTER CHARGER berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect motherboard defect pada bahagian blok(bahagian) power.
  2. Laptop ini aku check (bukak casing) dan memang betul ada komponen elektronik  pada bahagian blok (bahagian) power motherboard laptop tu yang telah rosak.Jadi kena TUKAR komponen elektronik YANG ROSAK pada motherboard.

SELESAI:
*Laptop telah dibaiki (kipas & Air ventilation juga telah cuci).
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...