Friday, 27 September 2013

BAIKPULIH LENOVO IDEAPAD Z470 MASALAH DUAL BIOS CORRUPT

MASALAH
Masalah Laptop LENOVO IDEAPAD Z470 ini, Laptop lansung tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.
video

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi apabila selepas dia cuba upgrade BIOS Laptop ini.Semasa kerja upgrade BIOS dilakukan Laptop terus hang dan dia telah Power-Off Laptop supaya Laptop reset.Selepas itu, Laptop bermasalah seperti yang diceritakan. 

Owner cuba untuk hantar ke kedai repair di sekitar kawasan tempat tinggal, tetapi semua kedai yang dia pergi tak dapat selesaikan masalah ini dan menyarankan untuk menukar motherboard yang kosnya antara rm400-500.

Jadi dia cari alternative lain dan pos laptopnya ke Wangsa Maju untuk dibaiki.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON  disebabkan BIOS ini, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  boleh menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.
Tapi untuk model LENOVO IDEAPAD Z470  ini ada masalah lain pula semasa nak program BIOS i.c Laptop, ini adalah disebabkan motherboard ini menggunakan sistem dua i.c Bios (Dual Bios).

Sistem dual Bios I.C pada motherboard Laptop tidak sama seperti pada motherboard PC yang juga menggunakan sistem dual bios.

Pada motherboard Pc yang menggunakan Dual Bios, i.c bios kedua adalah copy atau backup pada i.c bios pertama (master bios) di Motherboard.Jadi jika Bios corrupt pada motherboard PC yang menggunakan dual bios, technician hanya perlu swap i.c bios atau copy dari i.c bios ke2 untuk baiki masalah tersebut.

Di motherboard Laptop yang menggunakan Dual Bios pula file bios yang ada didalam kedua-dua i.c bios itu tidak sama dan belainan size, dan ia melengkapi diantara satu dengan yang lain, iaitu jika salah satu i.c bios tersebut corrupt atau hilang, motherboard Laptop tidak dapat dihidupkan.

Di website pengeluar biasanya, hanya file bios untuk 1 i.c sahaja yang diberikan, dan biasanya memang tiada file bios untuk i.c bios yang ke 2 diberikan walaupun model tersebut menggunakan sistem Dual bios.

Jika tiada ke-2 file i.c bios ini di internet.Jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah ini biasanya ialah dengan menyalin kedua-dua file bios yang berkenaan dari motherboard model yang sama yang telah dipastikan hidup.

Masalah LENOVO IDEAPAD Z470 berjaya diselesaikan selepas ke-2 i.c BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.
video
Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.


2 comments:

Faizan Mazhar said...

plz help me this problem
contact me
mobilemastr@yahoo.com

Faizan Mazhar said...

plz help me
this problem
contact me
mobilemastr@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...