Monday 26 November 2012

BOLEH KE UPGRADE GRAFIK CARD LAPTOP?

Salam, aku terpanggil untuk buat POST ini, apabila lihat banyak pertanyaan di email aku yang bertanyakan tentang masalah upgrade grafik untuk Laptop ataupun netbook .

Biasanya, apa yang sudah kita ketahuai, untuk Laptop, hardware yang biasa dan senang untuk upgrade adalah Ram, Hardisk atau yang agak susah sikit dalam kerja upgrade ini adalah  Processor/CPU.

Untuk info, Laptop yang mengunakan Grafik chipset adalah samada dari NVIDIA atau AMD/ATI RADEON, dan kebanyakkan Laptop jenis ini yang berharga RM3k kebawah tidak boleh di upgrade Grafik chipsetnya kerana beberapa faktor yak akan aku terangkan.

Untuk Laptop atau netbook yang hanya menggunakan intel dedicated grafik (Intel GMA, Intel HD) untuk display processornya, jawapanya untuk persolan diatas adalah TIDAK BOLEH.

BEZA GRAFIK CHIPSET BOLEH UPGRADE VS TAK BOLEH UPGRADE

Laptop yang menggunakan Grafik chipset ini yang aku tau ada 2 jenis, iaitu:
1) Menggunakan Display chipset (Video chip / Grafik chipset)  dan disolder di motherboard + heatsink berkongsi dengan processor + chipset lain.(jenis ni video chipset boleh tukar dengan chipset baru atau used yang sama jenis dan tidak boleh di upgrade dan guna Video chipset siri lain - penukaran chipset memerlukan mesin khas - IR BGA Rework Station)


2) Mengunakan Display card slot MXM + heatsink berkongsi dengan processor + chipset lain atau berlainan sistem Heatsink atau kipas.


Ok. berbalik pada persoalan tajuk POST ini, adakah pertanyaan tu merujuk pada tukar Grafik atau Upgrade grafik.

Kalau tukar grafik chipset (GPU) yang rosak, boleh dilakukan tapi perlu mesin khas seperti yang aku sebutkan diatas, tapi perlu tukar dengan chipset model yang sama la, dan tak boleh tukar chipset GPU yang lain.

Hmm, jika persoalan tu , untuk upgrade Grafik pula.Dibawah ini adalah jawapan aku.
Jawapan untuk Soalan ini adalah: Boleh jikalau spesifikasi Laptop mempunyai ciri yang berikut:

1) Laptop  perlu ada atau mempunyai slot MXM.Kalau takda, lupakan la niat tersebut. 


Apa itu slot MXM. (MXM) adalah singkatan daripada Mobile PCI Express Module. Ianya adalah seperti  PCI-E x16 interface yang ada desktop PC untuk memasang Grafik card.

MXM interface ini telah diperkenalkan oleh  Nvidia  untuk menjadi interface bagi laptop yang menggunakan GC untuk beberapa tahun dahulu, tapi tidak banyak model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar Laptop yang menggunakan teknologi MXM ini.

Untuk info, tidak seperti  PCI-E x16, MXM ini mempunyai banyak type dan tak semua type boleh di rojak dipasang pada motherboard Laptop, contohnya Type IV cards hanya boleh  fit pada Type IV interface di  motherboard  dan  tidak untuk motherboard type lain .

  1. MXM type I (value cards): HD 3450 and 9300M GS
  2. MXM 2.1 type II (mainstream card): Nvidia GeForce 9600m GT ddr3, ATI HD 3650, ATI Radeon 4670 512MB ddr3 / 1GB DDR2
  3. MXM 2.1 type III/HE: Nvidia GeForce GTX 280m, Nvidia  9700M GT , ATI Radeon 4870
  4. MXM 2.1 type IV : 9800M GTX

 Version terkini (Q4 2011):

  1. MXM 3.0 type A: Nvidia Quadro 2000m, AMD Radeon 6770m GDDR5
  2. MXM 3.0 type B: Nvidia GeForce GTX 680m, AMD Radeon 7970m
  3. Rare/nonstandard MXM 2.1 type II cards: Asus g60 GTX 260m & GTS 360m, Toshiba GT 240m

Ada beberapa hal, yang korang kena faham, jika korang nak upgrade GC korang ini.
  1. Warranti mungkin akan void serta merta, apabila korang cuba buka dan upgrade laptop
  2. Mencari GC ini agak sukar dipasaran Malaysia, walaupun tidak mustahil
  3. GC mungkin tidak  compatible dengan motherboard Laptop korang walaupun  TYPE MXM card yang hendak digunakan sama famili dengan card MXM asal.
  4. BIOS update mungkin dapat solve problem compatibiliti tersebut, tapi  upgrade BIOS update juga ada risiko nya.
  5. Heatsink perlu berada betul-betul diatas chipset.
  6. Walaupun korang boleh  Power-ON dan  boot Windows, GC mungkin akan mengalami  overheating ,kerana laptop tidak di designed  untuk menggunakan GC yang baru korang upgrade itu.
Kebaikan untuk Laptop yang mempunyai slot ini pula, adalah;
  1. Kebolehupayaan untuk upgrade Grafic card sekira ada penguluaraan card baru bagi Type card yang disupport oleh motherboard laptop.
  2. Kebanyakkan Laptop yang menngunakan GPU ini biasanya selalu mengalami overheating, dan cara solution, adalah dengan menukar GPU yang baru, jika ada slot MXM ni, pembaikkan menjadi lebih mudah kerana hanya perlu beli card MXM GPU yang baru dan slotkanya sahaja seperti PC. 
Dibawah ini adalah List senarai brand/model laptop yang menggunakan teknologi MXM.

18 comments:

Unknown said...

salam, tumpang tanya boleh? tau tak kat mana bleh beli grafik card amd 6990m atau 7970m? Mekasih

Unknown said...

ape beza intel hd 4000 graphics dgan intel intergrated hd 4000 graphics

HAFIZAM said...

hi, obert flare, beza intel hd 4000 graphics dgan intel intergrated hd 4000 graphics adalah takda beza, sama je, tu markiting gimik je.

Tapi jika nak beli laptop yang buat utk main games, lebih baik elakkan laptop yang guna intel HD, kerana memang akan legging

Rasyid Latiff said...

hello bro.. saya ada lenovo g500s (nvidia geforce gt 720m .. saya nk tanya boleh x upgrade gpu sbb kt saya ada nmpk kt internet laptop saya ni boleh support AMD Radeon HD8750 .....ni link nya http://shopap.lenovo.com/in/en/laptops/lenovo/g-series/g500/#tab-tech_specs

Rasyid Latiff said...

hello... sy nk tanya...laptop sy lenovo g500s (nvidia geforce gt 720m 2gb) .. sy ad jumpa kt internet ckp laptop sy ni bleh support graphic lain contoh mcm
AMD Radeon HD8750 2GB... jadi sy nk tanya laptop sy ni bleh ke klo upgrade graphic ... kt mne sy bleh dan berapa kos untk buat ? link untk spec laptop sy http://shopap.lenovo.com/in/en/laptops/lenovo/g-series/g500/#tab-tech_specs

Unknown said...

saya pakai laptop lenovo a8 series chipset amd redeon r5,4gb ram dan 2gb graphic card,bila main game jadi lag.Specs dah tinggi tapi main game tak boleh,adakah ai bermasalah dari graphic card?

Unknown said...

hai gpu lptp bole upgrade double rate data ke abg .☺

Unknown said...

klau bole add la mai di apps link idmaisarah_cinta

Unknown said...

mungkin sbb ram low speed atau kapasiti..biasanya 4gb ram x cukup..tuk smoot multitask ram jga mesti besar kadang2 klau ad dua anti virus buat gaming lag

Mu'ammar said...

nak tanya , sy punya laptop lenovo ideapad 100-15 , tk ada graphic card , jd boleh tk kalau sy nk msukkan graphic card ? atau perlu tukar motherboard utk dibuat gaming ?

Unknown said...

Nak tanya bolehkah tukar processor intel i3...kepada i7?

Hafizul Stedy said...

nak tanya bang , acer aspire E 14 intel@celeron@ processor 3215U(1.7Ghz,2Mb L3 cache) boleh pasang grafik kad x?

Paipai said...

thanks gan sudah share infonya
solder uap

Unknown said...

Saya punya laptop alienware 17 nvidia geforce gtx765 4700MQ.. BOLEH UPGRADE GRAPHIC CARD TAK RASA RASA

Unknown said...

Saya punya laptop alienware 17 nvidia geforce gtx765 4700MQ.. BOLEH UPGRADE GRAPHIC CARD TAK RASA RASA

zorro said...

dah boleh upgrade grafik kad untuk semua jenis labtop yg ada grafik kad

Umar suhail said...

Nak tanya..... Saya pakai lenovo ideapad 320,boleh upgrade gpu ke? Ada kee slot MXM tuu..mcmna nak tahu ada MXM atau tak

azhar said...

laptop sye just pkai inter graphics card bleh upgate ke nvidia ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...