Thursday 4 October 2012

[NOTEBOOK] REVIEW ASUS A55VM-SX037V - RM2300




REVIEW

Baru-baru ni, aku dapat peluang untuk buat review tentang Laptop  ASUS A55VM-SX037V harga di Kula Lumpur dalam RM 2,300 + 6 free gift .

ASUS A55VM-SX037
• Intel® Core™ i5-3210M Processor (2.5GHz Turbo up to 3.1) 
• Genuine Windows® 7 Home Premium 
• 15.6" HD Color Shine(LED) Screen
• 750GB Hard Disk 
• 4GB DDR3 RAM
• NVIDIA® GeForce® GT630M with 2GB DDR3 VRAM 
• Built-in Speaker and Microphone 
• Integrated Webcam,Bluetooth,Wi-Fi , usb 3.0
• DVD Super Multi
• 6-Cell 5200mAH Battery


Antara ciri-ciri yang menjadi pilihan aku adalah dalam lingkungan pada post ini http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/03/tips-membeli-laptop-baru-yang-tahan.html
  1. Chipset yang digunakan oleh Laptop.
  2. Waranti yang ditawarkan pada Laptop (manufacture waranti).
  3. Spareparts senang dicari serta design Laptop yang senang untuk upgrade . 
  4. Hardware contohnya Audio, Wifi , Bateri memenuhi kualiti dan standard serta tahan lama.
  5. Kualiti Body/Housing/Hinges(Engsel Design) Laptop.
  6. Design housing laptop senang untuk penyenggaraan, contohnya bersihkan kipas dan heatsink.

 
HARDISK & RAM & ADAPTER CHARGER  6/10




CASING DAN LUARAN LAPTOP  9/10




LAPTOP BIOS  9/10



LCD SKRIN & WEBCAM RESOLUTION & SOUND  6/10














TEMPRETURE / PERFORMANCE  6/10

Dari penelitian  aku untuk Laptop ASUS A55VM-SX037V  ini, dari segi webcam Laptop gambar agak kabur dan tak tajam, sound dari speaker laptop juga biasa-biasa sahaja kerana ada Laptop yang murah pada Laptop ini mempunyai sound yang lebih kuat dan sedap.

Dari segi kualiti binaan Laptop, aku rasa agak bagus dan kuat. Adapter charger aku rasa agak besar designnya dan tak selesa jika untuk orang yang suka Laptop yang portable.

Suhu untuk processor jika Windows baru loading untuk processor  45c-46c tapi jika Gaming atau guna Software yang guna Grafik tinggi  suhu boleh mencapai 65c-66c.Agak boleh diterima untuk Laptop ini.

Untuk shu bagi grafik chipset Nvidia GT630, aku rasa antara yang rendah iaitu 55c(masa stress test) dan untuk keadaan  biasa 49c.

Keyboard untuk Laptop ini adalah jenis full size seperti keyboard PC dengan tambahan key number disebelah kanan. Keypad selesa dan luas.

Pada aku, laptop ini sesuai untuk owner yang bukan jenis bawa Laptop untuk kemana-mana, yang hanya guna Laptop ini dibilik atau dirumah sahaja, kerana Laptop ini besar dan adapternya juga besar serta berat.

Untuk range harga sama dengan Laptop ini (Rm2300 - Rm2400), aku  sarankan korang cuba cari Laptop Lenovo Y480 ini http://www.lelong.com.my/original-lenovo-y480-59341161-59341372-m3com-I1215810B-2007-01-Sale-I.htm.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...