Wednesday, 9 March 2011

MENGENALI PERBEZAAN LCD PAPARAN CCFL / LED / OLED & KOMPONENNYA

LCD
Liquid Crystal Display menggunakan kristal liquid (LCs) yang akan bercahaya terang apabila ada cahaya lampu memancar melaluainya. Kristal cair merupakan molekul organik pepejal yang mengalir seperti cecair, tetapi memiliki struktur special seperti kristal tetapi tidak mengeluarkan bercahaya tanpa ada cahaya. (ditemuai oleh pakar Botani Austria – Rjeinitzer) pada tahun 1888. 

LCD PAPARAN CCFL 

CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps atau juga dipanggil lampu neon) berbentuk seperti lampu kalimantang panjang yang biasa(tetapi pada skala yang lebih kecil ), mermelukan rangkaian inverter (fungsi seperti chock untuk lampu kalimantang)untuk menyalakan lampunya dan perlu menunggu beberapa saat untuk menyalakannya, gunakan lebih kuasa dari LCD paparan LED.

Mengenal Komponen LCD paparan CCFL
LCD TFT PANEL yang telah diasingkan dari layar .Ada 3 bahagian LCD controler(logic board)berfungsi sebagai pengawal pergerakkan pixel secara menegak atau mendatar jika rosak TFT panel akan dapat video tak normal.Riben berfungsi sebagai penyambung antara Logic board dan TFT panel jika rosak akan keluar garis-garis di TFT panel.TFT panel(didalamnya ada LC)berfungsi sebagai perumah bagi cecair kristal(LC)yang akan bergerak jika ada arus elektrik mengalir melaluainya.
CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps)(sumber cahaya backlight ) 
LCD layar (backlight/reflector)perlu CCFL untuk berfungsi 
Belakang LCD panel (ada sambungan untuk riben(kabel) dari motherboard)
Kabel (riben) antara LCD panel dengan Motherboard 
Inverter CCFL(sumber kuasa CCFL berfungsi seperti chock/balast pada lampu kalimantang berfungsi dengan menukarkan voltan rendah (DC) dari motherboard ke voltan tinggi (DC) yang diperlukan lampu CCFL)jika rosak, lampu CCFL akan gagal berfungsi



LCD PAPARAN LED 
LED (Light-emitting diode) Tidak memerlukan  rangkaian inverter untuk menyalakannya, lebih lama jangka hayatnya dari Ccfl, terusg menyala jika di power ON, lebih nipis, jimat bateri,20-30% rendah penggunaan kuasa.

 LCD Led Panel
 LCD Controller Drive Board (logic board)berfungsi sebagai pengawal pergerakkan pixel secara menegak atau mendatar jika rosak TFT panel akan dapat video tak normal
  
 LCD layar (backlight/reflector)perlu LED backlight untuk berfungsi .Berfungsi sebagai Pemantul cahaya pada TFT LCD panel. 
LED Backlight (Light Emmiting Diode Lamps)(sumber cahaya backlight ) tidak perlu gunakan inverter seperti LCD Paparn CCFL.Sumber kuasa diambil terus dari Riben penyambung LCD ke Motherboard.

2 comments:

syed hafizan(9W2KWE) said...
This comment has been removed by the author.
budakpandai said...

info yg sgt bgus..dulu mse skrin laptop sy problem sy gunakan blog ni sbgi pnduan.tq so much!suka dengan org yg xkedekut ilmu ni..smoga terus success ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...