Thursday 22 August 2013

BAIKPULIH COMPAQ PRESARIO CQ42-INTEL DUAL CORE MOTHERBOARD MASALAH TAK BOLEH POWER-ON

MASALAH
Masalah Laptop  COMPAQ PRESARIO CQ42 - INTEL DUAL CORE ini  tak boleh nak Power-On.

Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger langsung tidak menyala dan Laptop lansung tak boleh di Power-On.



TROUBLESHOOTING
Dari pemerhatian pada simptom dan tanda pada kerosakkan Laptop ini, aku suspek masalah mungkin berpunca dari bahagian Power Mosfet serta bahagian I.C chipset PWM  motherboard  ataupun pada BIOS.

SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati ada komponen pada bahagian litar pembahagi kuasa serta I.C chipset PWM  motherboard Laptop telah rosak. serta BIOS telah corupt.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Thursday 15 August 2013

TIPS DIY SERTA BAIK PULIH BATERI CMOS UNTUK LAPTOP / NETBOOK / ULTRABOOK

Masalah bateri CMOS atau nama panjangnya (Complementary Metal Oxide Semiconductor) yang hilang charge atau kong sering terjadi pada PC atau Laptop lama, biasanya masalah ini terjadi pada Komputer yang berusia 3 tahun keatas.

Bateri ini juga dipanggil sebagai bateri RTC.

Kesan yang  biasanya  terjadi pada sistem Komputer akibat masalah tersebut adalah masa dan tarikh sistem paparan serta BIOS komputer ter reset pada nilai yang tidak tepat dari masa dan tarikh sebenar, ini berlaku apabila bekalan kuasa Komputer di matikan.

Masalah ini tetap akan terjadi, walaupun kemudian korang perbetulkan beberapa banyak kali pun ia akan lari semula seperti yang aku jelaskan tadi.

Selain itu, untuk sesetengah model Laptop atau PC,terjadi  masalah untuk komputer Power-On disebabkan masalah bateri CMOS. Ataupun masalah error masa POST BIOS.
Jika masalah ini terjadi, penyelesaian yang  betul adalah dengan menukar bateri CMOS yang baru.Untuk menukar bateri CMOS baru pada motherboard PC adalah senang dan boleh dibuat sendiri.

Tapi untuk tukar bateri CMOS baru pada Laptop agak sukar.Jika korang bawa ke kedai, caj untuk menukar bateri CMOS baru untuk Laptop adalah antara RM30.00 atau RM50.00. Ini bukan sekadar harga bateri itu tapi charge untuk buka cover housing Laptop.

Ini kerana, sesetengah Laptop, akses pada bateri CMOS kadang kala terletak di bawah motherboard yang untuk mencapainya perlu buka keseluruhan Housing Laptop.

Harga bateri CMOS kecil yang belum ada wayar penyambung ini cuma RM5.00 boleh dibeli di kedai hardware atau jam. Biasa jenis jenis CMOS bateri yang digunakan adalah CR 2032.
Tapi ada juga yang model laptop yang guna saiz yang berlainan  dari  CR 2032  untuk itu sila lihat kod pada bateri asal itu.Tapi kebiasaanya bateri-bateri ini mempunyai voltan 3v
Ok, aku ada sebut yang harga bateri CMOS CR2032 baru hanya berharga rm5.Tapi korang akan dapat hanya bateri cahaja, tanpa wayar penyambung, kalau korang cari yang baru, harga biasa tak termasuk pasang rm25. Lihat Sini

Bagaimana nak menyambung wayar sambungan pada bateri CMOS CR2032 baru, korang perlu faham, permukaan   bateri CMOS CR2032 adalah di perbuat dari logam nikel. 

Permukaan nikel susah untuk di pateri dengan timah solder biasa.Dan  bateri CMOS CR2032 ini tak boleh terlalu panas kerana Lithium mudah meletup jika terlalu panas.

Jika korang salotep atau gam kan, boleh juga, tapi sambungan wayar hanya sekejap, apabila suhu didalam housing Laptop panas, sambungan bateri menjadi longgar.Dan masalah masa/tarikh akan terjadi lagi.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk sambung bateri CMOS CR2032 adalah:
  1. Solder Iron dengan Timah - RM10.00 - RM30.00
  2. Gunting - RM1.00 - RM3.00
  3. Bateri CMOS CR2032  - RM5.00
  4. Tape Aluminium atau Cooper Tape -  RM1.00 - RM3.00
  5. Salotape -  RM1.00
DIY ini mudah dan boleh dibuat sendiri. Aku telah mencuba dan berkesan, tiada masalah. Apabila selesai tukar bateri baru, cuba ukur voltan menggunakan multimeter, dapatkan bacaan 3v pada bateri CMOS baru sebelum pasang ke Motherboard.

 Jika berminat nak baiki  masalah pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Wednesday 14 August 2013

TIPS RESET PASSWORD BIOS UNTUK LAPTOP ACER ASPIRE 1650/1690/5510 MENGUNAKAN CMOS POINT JUMPER

Salam, sebelum ini aku pernah ceritakan dan huraikan masalah tentang BIOS Password cara bagaimana nak reset BIOS Password ini dengan cara Jumper point RTC CMOS klik disini .


Seperti yang telah aku ceritakan pada Post yang terdahulu sebelum ini, Sebelum ini, BIOS Password untuk Laptop Acer yang model terdahulu dapat dibuang dengan hanya mencabut sementara bateri CMOS Laptop untuk seketika (cara ini amat berjaya untuk buang Password BIOS pada motherboard PC).

Tapi untuk motherboard Laptop Acer yang  terkini, tips  mencabut sementara bateri CMOS Laptop untuk seketika  tidak dapat untuk reset  BIOS Password yang telah disimpan dalam I.C bios motherboard laptop.


Ini kerana IC BIOS yang digunakan oleh Laptop Acer terkini menggunaka jenis I.C EEPROM yang dapat menyimpan memori walaupun tiada bekalan  voltan dari bateri CMOS.

Tapi ada tips yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebuat, kerana motherboard Acer terdapat point jumper clear CMOS yang boleh digunakan untuk reset  BIOS Password



Cara Reset Bios Password Laptop Acer 1650-1690-5510
  1. Power-Off Laptop, buka HDD, AC dan Bateri dari Laptop
  2. Buka bateri RTC dan cari lokasi 2 titik jumper seperti yang ditunjuk pada gambar dibawah
  3. Guna tweezer atau wayar untuk jumperkan kedua-dua titik point tersebut
  4. Power-On Laptop dengan kedua titik berkeadaan short.Tekan Power button sehingga BIOS POST selesai, buka jumper yang di buat tadi.
  5. .Restart system Laptop.Tekan key F2 dan enter BIOS menu
  6. .Jika sudah tiada Password yang diminta semasa masuk BIOS menu setup, Password telah berjaya direset.Jika tidak cara lain adalah seperti yang aku ceritakan sebelum ini.

Cara ini biasanya 50%-90% untuk berjaya, dan boleh digunakan untuk model Laptop, brand yang lain, jika korang jumpa point jumper CMOS yang aku huraikan.

Cara yang lain yang 100% gerenti success,  ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual menggunakan   EEPROM Programmer .

Harap post ini membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.

Jika berminat nak baiki masalah password bios atau masalah bios corrupted ataupun nak beli I.C bios yang telah di program baru untuk Laptop/PC , boleh hubungi  0122411959 / Hafizam.

Monday 5 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H/2013M

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada pembaca dan custemer blog Wangsa maju Computer Repair.Segala kesalahan (perbuatan,perkataan) jika ada, harap dimaafkan.Semoga korang menyambut hari yang mulia ini dengan penuh ceria dan penuh keberkatan.


Wangsa Maju Computer Repair  akan bercuti selama 1 minggu 3hb August 2013 dari sehingga 12hb August 2013 mulai hari ini.

Untuk menghubungi Admin sila Call 0122411959 atau email ke pakarpcrepair@gmail.com

Terima kasih kerana membaca dan mengikuti blog aku yang tak seberapa ini.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...