Tuesday 21 May 2013

KERJA CONVERT MOTHERBOARD COMPAQ V3000 AMD / NVIDIA DISPLAY KEPADA MOTHERBOARD COMPAQ V3000 - INTEL DISPLAY

MASALAH

Masalah laptop COMPAQ  V3000 AMD / NVIDIA ini adalah GPU NVIDIA chipset display overheating, antara tanda-tanda kerosakkan ini adalah  LCD blank , tak boleh Power-On (dan ada lagi tanda yang lain).

Laptop ini sebenarnya dah lama, iaitu keluaran tahun 2007.Dan pada tahun 2009-2010 amat famous pasal masalah kerosakkan  GPU NVIDIA chipset display overheating

Masalah ini selalunya akan berulang samada pembaikan hanya dengan repair/reflow chipset ataupun dengan menukar chipset GPU baru.

Korang boleh lihat detail kerosakkan kerosakan pada Laptop Compaq V3000 disini dan lihat disini.

Penukaran chipset NVIDIA baru biasanya, masalah overheating GPU kadang-kadang akan berulang balik dan akan terjadi juga (ini adalah dari kes-kes yang aku jumpa).
 

Jadi boleh aku terangkan di POST untuk kali ini, samada pembaikan hanya dengan reflow/reball/tukar chipset baru ataupun tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish), masalah overheating chipset tetap akan berlaku, cepat atau lambat (bergantung pada nasib owner serta penjagaan laptop) .

Ini adalah kerana  COMPAQ  V3000 AMD / NVIDIA  ini walaupun telah ditukar dengan GPU chipset baru atau tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish)  pun akan masih menggunakan chipset NVIDIA Display yang sama serta sistem cooling HeatSink yang sama, jadi masalah yang akan dihadapi laptop pun akan sama dan akan berulang lagi.


Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk jangka masa lebih 2-4 tahun bagi masalah NVIDIA chipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU itu dengan motherboard yang baru (yang betul-betul baru - berada dalam kotak lihat disini) atau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop model ni.
Contoh Motherboard baru.

Untuk masalah Laptop COMPAQ V3000 AMD - NVIDIA ini, Laptop ini pernah rosak sebelum ini, masalah chipset overheating, lepas repair, hanya bertahan untuk masa yang singkat sahaja dan rosak balik dengan masalah yang sama iaitu chipset GPU chipset overheating

Laptop ini, sebenarnya kepunyaan adik owner dan telah rosak dan dibiarkan pada masa yang agak lama (kira-kira 1 tahun sudah rosak balik).Adiknya telah bagi free sahaja pada owner laptop ini untuk dibaiki.

Jadi, owner ambil keputusan untuk convert ke motherboard  COMPAQ  V3000 Intel selepas mendengar nasihat dari aku.



CONVERT MOTHERBOARD  COMPAQ V3000-AMD / NVIDIA DISPLAY KE COMPAQ V3000-INTEL

Convert motherboard yang berlainan chipset dan Processor untuk laptop ini bukan semudah atau sesenang yang disangkakan, sebelum ini aku pernah convert beberapa model laptop lihat sini. Jadi pastikan korang jika nak convert hanta pada thecnician yang biasa buat, kerana takut kos akan meningkat akibat penambahan hardware yang perlu tukar.

Untuk kerja convert ini ada beberapa Hardware yang perlu ditukar sekali, antaranya:

  1. Heatsink Processor tak sama (perlu tukar heatsink untuk intel processor)
  2. Processor perlu tukar 
  3. Touchpad / mousepad tak sama riben conector (perlu tukar  Touchpad / mousepad sama riben conector)  
PERBEZAAN  MOTHERBOARD V3000-AMD  DAN  V3000-INTEL



Laptop berkeadaan baik.Heat Sink serta kipas telah dicuci.Laptop telah di test dan berada didalam keadaan stabil.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




Monday 13 May 2013

BAIKPULIH ACER ASPIRE 4738 LED SKRIN BERMASALAH WHITE SCREEN (WSOD)

MASALAH  
ACER ASPIRE 4738 ini ada masalah white screen (WSOD) dan owner sudah test di external monitor dan ada signal video).Laptop boleh Power-On macam biasa.

Owner juga telah beli Led skrin baru kerana beranggapan skrin telah rosak, tapi masalah white screen (WSOD) ini masih berlaku. 

Biasanya jika korang kena white screen (WSOD)  ni. Ini kerana hanya Backlight LCD (LED/CCFL) itu sahaja yang berfungsi.Video signal pada LCD tiada  Dan ada 3 kemungkinan:
  1. Kabel riben LCD/LED rosak / rengang di connector
  2. LCD/LED skrin rosak
  3. Voltan untuk Signal video Skrin di motherboard tiada.

PENYELESAIAN:
Ada beberapa cara penyelesaian, Salah satunya Laptop terpaksa dibuka untuk mencari kerosakkan dan dibaik pulih.

Skrin Led tester (guna skrin yang masih nampak video) perlu untuk memastikan, kerosakan bukan pada skrin asal.

Problem(masalah) LED Laptop white screen (WSOD) masih sama (tiada signal dari motherboard laptop ke LED skrin) walaupun apabila di test dengan LED skrin tester.Antara penyebab White Screen problem biasanya disebabkan voltan ke lampu LED atau inverter ada, tapi signal video tiada, kerosakkan ini, aku rasa terjadi pada pembahagi signal video di LCD connector kerana external monitor pada Projektor port ada video.
Untuk masalah pada  ACER ASPIRE 4738 ini, kerosakan terjadi pada 2 hardware, iaitu pada Led Skrin asal serta pada bahagian  komponen electronic yang membekalkan  voltan ke logic controller LED skrin.

Masalah  LED Laptop white screen (WSOD) ini dapat diselesaikan setelah menukar  dan membaiki kerosakkan pada  hardware yang telah disebutkan tadi.
Laptop berkeadaan baik.Heat Sink serta kipas telah dicuci.Laptop telah di test dan berada didalam keadaan stabil.

Jika berminat nak baiki  masalah power pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Friday 10 May 2013

KERJA CONVERT MOTHERBOARD COMPAQ CQ40 AMD / AMD RADEON DISPLAY KEPADA MOTHERBOARD COMPAQ CQ40-INTEL DISPLAY

MASALAH

Masalah laptop COMPAQ CQ40 AMD ni adalah GPU AMD Radeon chipset display overheating, antara tanda-tanda kerosakkan ini adalah  LCD blank serta key Caps Lock dan Numlock blinking (ada lagi tanda yang lain). Masalah ini selalunya akan berulang samada pembaikan hanya dengan repair/reflow chipset ataupun dengan menukar chipset GPU baru.

Korang boleh belajar bagaimana nak kenal kerosakan pada Laptop Compaq-HP disini

Penukaran chipset AMD Radeon baru biasanya, masalah overheating GPU kadang-kadang akan berulang balik dan akan terjadi juga (ini adalah dari kes-kes yang aku jumpa).
 

Jadi boleh aku terangkan di POST untuk kali ini, samada pembaikan hanya dengan reflow/reball/tukar chipset baru ataupun tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish), masalah overheating chipset tetap akan berlaku, cepat atau lambat (bergantung pada nasib owner serta penjagaan laptop) .

Ini adalah kerana  COMPAQ CQ40 AMD  ini walaupun telah ditukar dengan GPU chipset baru atau tukar motherboard AMD (secondhand atau refurbish)  pun akan masih menggunakan chipset AMD Radeon Display yang sama serta sistem cooling HeatSink yang sama, jadi masalah yang akan dihadapi laptop pun akan sama dan akan berulang lagi.


Biasanya solution yang terbaik serta bertahan lama untuk jangka masa lebih 2-4 tahun bagi masalah AMD Radeon chipset overheating ni adalah menukar motherboard yang bermasalah GPU itu dengan motherboard yang baru (yang betul-betul baru - berada dalam kotak lihat disini) atau convert kepada motherboard intel yang guna intel chipset sahaja, ini adalah berdasarkan pada pengalaman aku baiki masalah Laptop model ni.
Contoh Motherboard baru.

Untuk masalah Laptop COMPAQ CQ40 AMD ini, Laptop pernah rosak sebelum ini, masalah chipset overheating, lepas repair, hanya bertahan beberapa bulan sahaja dan rosak balik dengan masalah yang sama iaitu chipset GPU chipset overheating

Jadi, owner ambil keputusan untuk convert ke motherboard  COMPAQ CQ40 Intel selepas mendengar nasihat dari aku.



CONVERT MOTHERBOARD CQ40-AMD  KE  CQ40-INTEL

Convert motherboard yang berlainan chipset dan Processor untuk laptop ini bukan semudah atau sesenang yang disangkakan, sebelum ini aku pernah convert beberapa model laptop lihat sini. Jadi pastikan korang jika nak convert hantar pada thecnician yang biasa buat, kerana takut kos akan meningkat akibat penambahan hardware yang perlu tukar.

Untuk kerja convert ini ada beberapa Hardware yang perlu ditukar sekali, antaranya:
  1. Heatsink Processor tak sama (perlu tukar heatsink untuk intel processor)
  2. Processor perlu tukar 


PERBEZAAN  MOTHERBOARD CQ40-AMD  DAN  CQ40-INTEL

Laptop berkeadaan baik.Heat Sink serta kipas telah dicuci.Laptop telah di test dan berada didalam keadaan stabil.
Jika berminat nak baiki  masalah Hardware pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...