Wednesday 9 October 2013

BAIKPULIH ASUS A42SJ BERMASALAH SCREEN ARTIFAK (PECAH-PECAH)

MASALAH NO.1
Masalah Laptop ASUS  A42SJ ini, Laptop boleh Power-ON, tetapi video skrin mengalami masalah Artifak dan tidak beberapa lama kemudian auto shutdown sendiri jika dibiarkan Power-On dalam masa tidak kurang 10 saat.

Serba sedikit tentang Specification Laptop ini:
  • Processor Intel® Core™ i5-430M Processor (2.26 GHz, Cache 3 MB)
  • Chipset Intel HM55
  • Standard Memory 4 GB (2x 2GB) DDR3 SDRAM PC-8500
  • Max. Memory 8 GB (2 DIMMs)
  • Video Type ATI Mobility Radeon HD 5470 1GB
  • Display Size 14" WXGA LED
  • Display Max. Resolution 1366 x 768
SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop boleh Power-ON tapi bermasalah video skrin mengalami masalah Artifak ini hanya ada 1 Hardware yang perlu di periksa.Iaitu chipset display ATI Mobility Radeon® HD 5470.

Jadi, aku suspek yang masalah adalah berpunca dari kerosakkan chipsetATI Mobility Radeon® HD 5470 Graphics yang overheating, kerana aku perasan semasa Laptop Power-On, udara keluar dari ventalation Laptop terlalu panas dari biasa.

Untuk masalah overheat yang pertama kali rosak membaiki dengan cara reflow  atau reball chipset yang rosak akibat masalah overheating boleh digunakan.

Tapi jika Laptop bermasalah sama untuk kali ke-2 atau banyak kali rosak, cara menganti chipset baru yang paling baik, tapi masalah overheat sebenarnya tidak akan selesai juga.Cuma owner perlu membuat servis dan cuci secara tetap sekurangnya 6bulan sekali atau 1 tahun sekali untuk mengelakkan masalah overheat berlaku dengan cepat selepas pembaikkan.

Kebersanan ketiga cara yang aku sarankan tadi adalah bergantung pada nasib dan cara penjagaan owner Laptop. 

MASALAH NO.2
Laptop ASUS  A42SJ  ini juga mengalami masalah mouse pad riben flex koyak, kerana owner cuba untuk baiki sendiri Laptopnya.

Masalah Laptop ASUS  A42SJ  ini dapat di selesaikan dengan me reflow chipset ATI Mobility Radeon® HD 5470

Cara pembaikan reflow ini adalah pilihan dari owner LaptopPengujian chipset juga dilakukan.

Riben mouse pad yang koyak terpaksa diganti baru selepas cubaan membaiki riben asal tidak berjaya.

Jika berminat nak baiki  masalah blankscreen atau masalah Display pada Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Friday 4 October 2013

BAGAIMANA MENGENAL PASTI KEROSAKAN LAPTOP YANG BERPUNCA DARI HARD DISK

Korang kenal tak macamana rupa hardisk?
Kalau korang guna Laptop atau PC, mesti ada benda ni...
Ada yang masih tak kenal apa itu hardisk? 

APA ITU HARDISK
Hardisk atau singkatannya hdd ini berfungsi sebagai tempat penyimpanan segala jenis data-data contohnya gambar, video, games atau pun application termasuk juga sistem operasi (Windows, Linux, iOS) di Laptop atau PC korang.

Kerosakkan pada hardisk akan menyebabkan Laptop korang tak boleh digunakan.Dan kerosakkan Hardisk ada 2 jenis iaitu 
  1. Kerosakan pada Mechanical Parts (cakera calar, head reader slip, logic board burn).
  2. Kerosakan pada Soft Parts (Boot corrupted, Bad sector).
Kerosakkan Soft Parts (Boot corrupted, Bad sector) biasanya dapat dibaiki tetapi sudah tidak elok untuk digunakan sebagai Hard disk Master bagi sistem operasi kerana kemungkinan untuk rosak lagi adalah tinggi.

Manakala kerosakkan Mechanical Parts pula biasanya tidak dapat dibaiki dan Hardisk tidak dapat digunakan lagi.Biasanya, akan ada bunyi keluar dari Hardisk.

CONTOH BUNYI HARDISK ROSAK MECHANICHAL PARTS

Ada beberapa tanda yang korang boleh pastikan yang Hardisk ada Bad sector serta Problem Mechanical.
  1. Windows loading amat lambat tidak seperti kebiasaan dan aktiviti untuk pemindahan Data amat perlahan dari kebiasaan, masalah ini terjadi walaupun Windows baru di format.
  2. Laptop selalu mengalami masalah Windows BlueScreen Error (BSOD).
  3. Operasi kerja di Windows terasa terlalu lambat seperti terkena virus walaupun telah di format baru.
  4. Data File, gambar atau pun video sering mengalami kerosakkan serta error tidak dapat dibuka.
  5. Hardisk mengeluarkan bunyi seperti cengkerik (krip..krip) atau (klik..klik)
  6. Laptop tak dapat boating dan hanya keluar tanda _ bekelip-kelip di skrin.
  7. Hardisk langsung tak dapat dikesan pada sistem BIOS.
Jika korang ada mengalami masalah seperti yang aku terangkan diatsa, sila buat Backup untuk Data penting ke Storan yang lain sebelum Hardisk failure sepenuhnya.

Dibawah ini ada beberapa Laptop yang bermasalah Hardisk yang pernah aku baiki dan betulkan.


MASALAH ACER ASPIRE 4738 TAK BOLEH POWER-ON MENGGUNAKAN BATERI & HARDISK TAK DAPAT SETUP DI PARTITION WINDOWS 
MASALAH 
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4738 ini boleh Power-On, tapi jika mengguna kan bateri sahaja tak boleh pula.

Semasa process nak format windows pula, ia fail untuk setup windows pada partition yang telah dibuat. 

Low level format telah dilakukan dan masalah masih sama, Hardisk di pastikan ada masalah "delay" oleh HDD regenator.Hanya boleh digunakan sebagai secondary storage Hardisk.

MASALAH HP PAVILLION G4 KELUAR HURUF PELIK SEMASA BOOT SERTA TAK DAPAT BOOT WINDOWS
MASALAH 
Masalah Laptop HP PAVILLION G4 ini pula, owner nak downgrade dari Windows 8 ke Windows 7, tapi selepas di format baru, Windows tak dapat boot.
Selepas beberapakali di Format serta Low level, keluar huruf pelik.

Hardisk di pastikan ada masalah "delay" oleh HDD regenator.Hanya boleh digunakan sebagai secondary storage Hardisk.

MASALAH ACER ASPIRE 4530 BERMASALAH BSOD WALAUPUN BARU FORMAT WINDOWS
MASALAH 
Masalah Laptop ACER ASPIRE4530 ini pula, owner mengadu tak boleh boot Windows, bila aku check, Laptop selalu mengalami BlueScreen , format baru juga sama. 

Hardisk di pastikan ada masalah "Bad sector" oleh HDD regenator.Hanya boleh digunakan sebagai secondary storage Hardisk.


 LENOVO IDEAPAD S100 MASALAH FREEZE DI LOGO BIOS & TAK BOLEH BOOT
MASALAH
Masalah Laptop LENOVO IDEAPAD S100 ini boleh Power-On.Tapi FREEZE / HANG masa BIOS POST (Power-On Self Test) hanya cuma paparkan LOGO Lenovo sahaja dan tak boleh boot.


Jika berminat nak baiki  masalah Hardware pada Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Wednesday 2 October 2013

BAIKPULIH ASUS EeePC 1201T BERMASALAH SCREEN BLANK

MASALAH
Masalah Netbook ASUS EeePC 1201T ini, Laptop boleh Power-ON, tetapi skrin blank tanpa keluar video walaupun  suis power start button ditekan banyak kali pun ataupun ram telah dibersihkan serta di servis, Netbook ini tetap blankscreen.
Serba sedikit tentang Specification Laptop ini:
  • Windows 7 Home Premium or other editions available
  • Genuine Windows® 7 Home Premium
  • AMD MV-40 CPU and RS780MN chipset provide superior processing and graphics performance
  • Smooth 1080p HD video experience
  • 12.1" widescreen display with HD (1366x768) resolution
  • Long battery life of up to 6 hours*
  • Large Ergonomic chiclet keyboard for unsurpassed comfort
SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop boleh Power-ON tapi bermasalah Blank Screen ada beberapa Hardware yang perlu di periksa.

  1. Ram
  2. Bios
  3. LCD
  4. Chipset

Untuk Netbook ini, Ram aku dah cuci serta servis, LCD skrin aku dah check, Bios juga aku dah re-Program baru.Tapi Masalah masih sama.
Jadi, aku suspek yang masalah adalah berpunca dari kerosakkan chipset RS780M/RS780MN (Radeon HD 3200 Graphics) yang overheating, kerana aku perasan semasa Netbook Power-On, chipset ini terlalu panas dari biasa.

Aku cuba baiki dengan cara reflow chipset tersebut, tapi masalah Netbook masih sama walaupun banyak kali di cuba.

Masalah Netbook ASUS EeePC 1201T ini dapat di selesaikan dengan menukar chipset RS780M/RS780MN (Radeon HD 3200 Graphics).

Jika berminat nak baiki  masalah blankscreen atau masalah bios corrupted pada Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...