Monday 23 September 2013

BAIKPULIH LAPTOP ASUS A43S & A53SV DC POWER JACK PATAH


MASALAH 
Masalah Laptop  ASUS A43S & A53S ini adalah DC POWER JACK telah PATAH pada bahagian belakang DC POWER JACK pada motherboard Laptop ini.

Kerosakkan adalah berpunca dari kecuaian owner ASUS A43S menggunakan secara paksa Power Adapter Charger Acer yang berlubang kecil pada Laptop nya.

Manakala owner ASUS A53S pula, tersepak kepala Power Adapter Charger Laptopnya, menyebabkan patah dibahagian dalam.

ASUS A43S

ASUS A53S

Kedua-dua owner telah cuba untuk baiki sendiri  DC POWER JACK yang PATAH pada Motherboard laptop masing-masing. Tapi usaha tersebut tidak berjaya kerana aliran Voltan dan Arus Adapter Charger tidak dapat menyambung dengan betul pada DC Power jack yang rosak tersebut.



BAIKPULIH LAPTOP ASUS A43SD CHARGING INTERMITTENT
LAPTOP ASUS A43S ini pula bermasalah bateri Laptop intermittent charging, kepala DC power jack perlu dipegang serta di tekan, baru Laptop dapat charge bateri dengan baik.



SOLUTION
Biasanya untuk masalah DC POWER JACK yang telah PATAH ni, ia perlu ditukar dengan DC POWER JACK yang baru.

Cara membaiki DC POWER JACK yang telah PATAH atau Rosak ini, kadang kala tidak bertahan lama dan akan mengalami kerosakkan lagi.

Harga spareparts ini biasanya berbeza-beza, untuk kedai atau lokasi yang berlainan.


DIY 
Korang boleh cuba untuk DIY sendiri. Kat bawah ni aku tunjukkan antara cara untuk buka dan solder balik DC POWER JACK yang PATAH untuk Laptop Asus.

Tapi segala risiko, aku tak tangung, jadi jika nak buat sendiri, faham kan step-step dan buat dengan berhati-hati.Jika tidak, akan merosakkan motherboard laptop.

Motherboard track amat halus dan sensitif, motherboard ada multiple trak bukan hanya pada permukaan PCB tapi didalam PCB juga.

Jika, korang tak confident untuk buat, pilihan yang paling baik, hantar pada kedai atau technician yang biasa buat kerja ini.

dari pengalaman aku, cara membaiki DC Power jack yang bermasalah ini boleh dilakukan, tapi hanya bertahan untuk sementara saja, jadi penyelesaian yang terbaik adalah dengan menukar DC Jack yang baru.

Laptop-laptop ini telah ditukar DC Power jack baru, dan berkeadaan baik serta stabil, heatsink serta kipas telah dicuci.Testing Laptop dilakukan.

Jika berminat nak baiki  masalah DC POWER JACK PATAH atau Hardware lain pada Laptop/PC, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

7 comments:

Afie said...

salam bro.

saya rasa laptop saya ni pn ade masalah sama dgn yg kepala DC Jack kena pegang/tekan tu. Dah la ASUS A43S jugak. Ni nak tanye la, anggaran kos repair berapa ni? Harap bro jawab. hehe. Thanks!

HAFIZAM said...

Salam, Afie, call/ sms saya di 0122411959 jika berminat nak baiki masalah power jack tu.TQ

ady.ahmad said...

bos,,nk servis lptop asus A43S ni berapa?

ismuhar said...

Saya nak beli kepala DC Jack ASUS A43S ade tak?

HAFIZAM said...

Salam, ismuhar, call/ sms saya di 0122411959 jika berminat nak baiki masalah power jack tu.TQ

Umai said...

Salam bro masih ada ka servis utk repair notebook a43s ni, nak tnya price repair ni

HAFIZAM said...

sila whatsapp atau msej 0122411959.sebab saya tak selalu online.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...