Thursday 21 February 2013

TIPS BAGI MENAMBAH HARDISK KE DUA PADA LAPTOP

Salam, pada Post untuk kali ini, aku nak perkenalkan accessories Laptop yang agak berguna jika korang ingin menambah bilangan hardisk laptop korang yang sedia ada tanpa perlu menggunakan external hardisk.

Nama untuk  accessories Laptop ini adalah  Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter.

Biasanya untuk Laptop atau notebook, bilangan hardisk yang boleh digunakan didalam  adalah 1 sahaja, kecuali untuk Laptop kategori High End yang  dapat menggunakan 2 hardisk didalam Laptop.

Dengan menggunakan hardisk caddy yang berbentuk CD/DVD Laptop ini, korang dapat menambah kapasiti asal Laptop, terutamanya untuk Laptop lama yang hanya dapat menggunakan maximum 160GB  Kapasiti hardisk laptop.Ataupun jika korang hadapi masalah mencari Hardisk baru jenis Type IDE untuk mengganti hardisk lama yang rosak, accessories ini amat berguna.

Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ada 2 jenis interface, IDE atau SATA.Jadi jika korang nak guna  accessories pastikan korang tahu interface  DVD/CD drive serta hardisk yang ingin korang pasang untuk secondary terlebih dahulu.

Cara gunanya senang sahaja, pasang hardisk secondary yang ingin dipasang ke dalam caddy ini.Buka DVD/CD drive dan slot kan sahaja  accessories ini ke dalam compartment CD/DVD Laptop ini. 

Tapi dengan menggunakan Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ini, korang terpaksa mengorban CD/DVD Laptop kerana ruang untuk hardware telah digunakan bagi accessories ini.

Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ini juga dapat merendahkan temperature dalaman keseluruhan serta tempreture hardisk itu sendiri.

Perubahan kedudukan hardisk ini  juga untuk sesetengah Laptop yang mempunyai design Hardisk terletak terlalu dekat dengan Heatsink serta Kipas Processor Laptop amat membantu mengurangkan masalah overheating.Caranya adalah dengan memindah hardisk asal ke  Universal SATA Optical Bay Hard Drive Adapter ini.Contoh


2 comments:

Anonymous said...

berapa harga adaptor ni bang? - zul

HAFIZAM said...

Adapter ni harga dalam rm50 rasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...