Thursday 12 December 2013

MEMBAIKI HP MINI 110 MASALAH ERROR (90B) SYSTEM FAN & OVERHEATING


MASALAH
Baru-baru ini, custemer aku dari Terengganu ada hantar 1 Netbook HP mini 110 yang katanya rosak kipas dan Netbook itu bermasalah overheating.

Apabila Netbook ini di cuba untuk Power-On, terdapat error (90B) yang menyatakan kipas tak normal dan Netbook Power-Off dengan sendiri selepas 5 saat.

Eror (90B) ini disebabkan motherboard tidak dapat mengesan atau mengesan kipas berada dalam keadaan tak normal.

Sebelum ni, custemer aku ini dah hantar netbook ini untuk di baiki di kedai sekitar tempat tinggalnya.Tapi masalah tak selesai dan kipas asal Netbook juga telah rosak kerana, juruteknik tersebut telah tersalah supply voltan pada kipas Netbook.
Masalah yang lain pula ialah, pin connector untuk Kipas Netbook ini juga telah terkopek dan track untuk solder semula conector juga telah tercabut.

Masalah ini bermakna pin conector asal tak boleh digunakan dan kipas baru perlu di wiring baru.


TROUBLESHOOTING
Jadi, untuk selesaikan masalah netbook ini, aku terpaksa trace wiring menggunakan schematic drawing Netbook ini.
Untuk Kipas Laptop & Netbook kebiasaanya ada 3 kabel, merah untuk +ve, hitam untuk -ve, kuning untuk signal kipas.

Biasanya kipas Laptop & Netbook menggunakan voltan 5v. 

Untuk voltan +ve dan -ve 5v kipas Netbook aku ambil dari voltan usb port. Untuk signal kipas aku terpaksa trace dari lukisan sekamatik Motherboard.Signal kipas aku dapat trace berpunca dari chipset controller motherboard.


SOLUTION

Jadi selepas mengantikan kipas yang rosak dengan yang baru serta proceses re wiring baru di lakukan, masalah Netbook HP mini berjaya diatasi.


Netbook ini berkeadaan baik serta telah di uji kestabilan dan bahagian kipas Heatsink telah di cuci bersih.

Jika berminat nak baiki  masalah Kipas serta Overheating pada Laptop/PC/Netbook , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.





BAIKPULIH DELL INSPIRON N5010 DISPLAY INTEL TAK BOLEH POWER-ON & ADAPTER CHARGER OFF SENDIRI BILA SAMBUNG KE LAPTOP

MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N5010 ini langsung tak boleh Power-On.Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger akan mati dan bila ditest mengunakan multimeter pada jack power adapter, tiada arus elektrik yang mengalir(voltan tiada). Masalah ini terjadi walaupun guna adapter yang lain.

Masalah ini seakan sama dengan kerosakkan pada Laptop Dell Latitude 510m  & Dell Inspiron N4030 yang pernah aku baiki dulu. Boleh lihat di Link  Link ini.


TROUBLESHOOTING
Jadi, aku suspek masalah adalah berpunca di motherboard kerana semua charger Laptop Dell yang di test di matikan oleh laptop ketika disambung. Untuk masalah shorting ini, beberapa hardware yang perlu diperiksa, antaranya:

  1. CPU / RAM / ADAPTER CHARGER diperiksa berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect ada komponen di motherboard yang shorting pada bahagian blok(bahagian) litar pembahagi kuasa.
  2. Untuk mencari komponen yang bermasalah tersebut, Laptop ini, aku lakukan pemeriksaan dengan menyeluruh  (bukak casing housing Laptop) dengan hanya tinggal motherboard sahaja. 
  3. Bahagian Komponen Power blok(bahagian) litar pembahagi kuasa  perlu di buka & di periksa satu per satu untuk mencari punca kerosakan ini.

SOLUTION
Dari pemeriksaan yang dilakukan, didapati ada komponen pada bahagian litar pembahagi kuasa motherboard Laptop tu yang telah rosak.

Jadi kena GANTI komponen elektronik YANG TELAH ROSAK tersebut.
Laptop berkeadaan baik serta telah di uji kestabilan dan bahagian kipas Heatsink telah di cuci bersih.

Jika berminat nak baiki  masalah power / takleh Power-ON pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Friday 6 December 2013

BAIKPULIH BENQ JOYBOOK U105i BERMASALAH SCREEN MALAP

MASALAH
Masalah Netbook BENQ JOYBOOK U105i ini, Laptop boleh Power-ON, tetapi skrin keluar video, tapi terlau malap dan gelap.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah Netbook atau Laptop yang  bermasalah sebegini ada beberapa Hardware yang perlu di periksa.

  1. Skrin LCD
  2. Riben Kabel LVDS
  3. Motherboard Chipset / I.C

Untuk Netbook ini, Ram aku dah cuci serta servis, LCD skrin aku dah check, Kabel LCD juga di check. Tapi Masalah masih sama.

Dan dari pemeriksaan, didapati PIN conector Riben Kabel LVDS Netbook telah patah di bahagian dalam.

Masalah Netbook BENQ JOYBOOK U105i  ini dapat di selesaikan dengan membaiki PIN conector Kabel LVDS Netbook yang patah itu.

Netbook di format baru kerana, didapati ada virus. Kos format Windows baru adalah percuma.

Jika berminat nak baiki  masalah blankscreen atau masalah blakscreen pada LCD Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.



Monday 2 December 2013

BAIKPULIH ACER ASPIRE 4310 ROSAK TAK BOLEH POWER - ON

MASALAH
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4310 ini, Laptop lansung tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.

Dari  info yang diberi oleh owner, beliau telah menghantar laptop ini untuk dibaiki ke beberapa kedai di sekitar tempat tinggalnya.

Kebanyakkan kedai itu tak dapat selesaikan masalah ini dab menyatakan yang motherboard Laptopnya telah rosak serta perlu di ganti baru yang kosnya antara rm400-500.. ada pula kedai menyatakan yang kerosakkan terjadi pada bahagian chipset dan power I.C serta meminta kos pembaikkan yang tinggi.

Jadi dia cari alternative lain dan pos laptopnya ke Wangsa Maju untuk dibaiki.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON ini, ada beberapa komponen yang perlu diperiksa terlebih dahulu, sebelum menyatakan apa komponen yang rosak.
  1. Bios I.C
  2. Motherboard  Power Komponen contohnya I.C / Diode / Mosfet
  3. Motherboard Chipset 
Untuk disebabkan Laptop ACER ASPIRE 4310 ini, aku dapat mengesan yang kerosakan berpunca dari BIOS  I.C yang telah corrupted. Kerosakkan bukan berpunca dari chipset atau komponen power motherboard.

Hanya cara Flash atau program balik  I.C BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  boleh menyelesaikan masalah ini, jika sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.
Laptop ACER ASPIRE 4310 ini juga ada masalah pada bahagian riben LCD, kerana jika Laptop LCD berada dalam keadaan tertentu, video LCD akan bergoyang.

Masalah ini aku selesaikan dengan menyelit sekeping plastik nipis di bahagian conector kabel LCD. 
Masalah ACER ASPIRE 4310 ini berjaya diselesaikan selepas i.c BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.


Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.



Tuesday 19 November 2013

CARA MENYALIN ORIGINAL FACTORY WINDOWS RECOVERY PARTITION UNTUK HARDISK BARU

MASALAH
Masalah Laptop ASUS A43S ini boleh Power-On.Tapi FREEZE / HANG masa BIOS POST (Power-On Self Test) hanya cuma paparkan Logo ASUS sahaja dan tak boleh booting Windows.

Logo ASUS ini hang paparan skrin Laptop walaupun dibiarkan Power-On dalam 10minit.Lampu power led laptop yang menyala . Kena Tekan key-key pada keyboard contohnya key F2 , F9, F10 untuk boleh Boot pada Hardisk.
Bios menu boleh di akses.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah Netbook atau Laptop yang  bermasalah sebegini ada beberapa Hardware yang perlu di periksa.

  1. Hardisk
  2. Bios
  3. Motherboard Chipset / I.C
Dan dari pemeriksaan yang aku lakukan, didapati Hardisk Laptop ini telah rosak dibahagian Logic Controller Board Hardisk .

Data- data didalam Hardisk masih dapat di akses, dan hardisk masih dapat di gunakan sebagai Secondary Storage tetapi tidak sebagai Master Hardisk bagi run OS.

Owner Laptop dah bersetuju untuk ganti Hardisk baru, tetapi dia minta aku masukkan Windows original dari hardisk lamanya ke Hardisk baru.

Untuk menyalin ORIGINAL FACTORY WINDOWS RECOVERY PARTITION ke Hardisk baru, ada beberapa cara dan software yang korang boleh guna. 

Tetapi untuk Post ini, aku hanya huraikan pengunaan software WD true image bagi kerja menyalin partition Recovery Windows dari Hardisk asal yang problem tadi.

WD true image ini adalah sama dengan software Acronis true image. Software dari Acronis ini ada yang dalam bentuk Live CDklik Sini

Untuk korang guna software ini, salah 1 hardisk iaitu Hardisk baru atau Hardisk asal perlu dari jenama Wester Digital.

Jika korang takda Acronis true image version Live CD. Korang kena install dulu Windows pada Laptop.Selepas selesai baru install software WD true image ini. klik sini

1) Buka Software WD true image, pilih option clone disk.
2) Pilih option Manual
3) Pilih distinasi Hardisk baru yang hendak di clone kan.
4) Jika Hardisk yang hendak di clonekan itu baru, abaikan arahan ini, jika ada data penting, sila copy dulu pada storage data yang lain.
5) Mula kerja copy.
6) Tunggu kerja mengcopy selesai. Reboot laptop selepas selesai kerja copy

Masalah Laptop ASUS A43S ini dapat di selesaikan dengan menukar Hardisk yang baru dan kerja cloning serta recovery Install Windows original dilakukan.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.


Jika berminat nak baiki  masalah Hang di Bios , password Bios atau masalah Bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.






Friday 8 November 2013

BAIKPULIH COMPAQ PRESARIO CQ45 MASALAH FREEZE DI LOGO BIOS & TAK BOLEH BOOT

MASALAH
Masalah Laptop COMPAQ PRESARIO CQ45 ini boleh Power-On.Tapi FREEZE / HANG masa BIOS POST (Power-On Self Test) hanya cuma paparkan Logo Compaq sahaja dan tak boleh booting Windows.

Logo Compaq ini display di paparan skrin Laptop walaupun dibiarkan Power-On dalam 10minit.Lampu power led laptop yang menyala . Tekan kunci Delete , F9, F10 untuk masuk menu Boot option serta Bios pun tidak boleh.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah Netbook atau Laptop yang  bermasalah sebegini ada beberapa Hardware yang perlu di periksa.

  1. Hardisk
  2. Bios
  3. Motherboard Chipset / I.C

Dan dari pemeriksaan yang aku lakukan, didapati Hardisk Laptop ini telah rosak dibahagian Logic Controller Board Hardisk .

Masalah Laptop COMPAQ PRESARIO CQ45 ini dapat di selesaikan dengan menukar Hardisk yang baru dan kerja Format serta Install Windows baru dilakukan.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.
Jika berminat nak baiki  masalah Hang di Biospassword Bios atau masalah Bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

BAIKPULIH ASUS EeePC 1005PE BERMASALAH SCREEN MALAP

MASALAH
Masalah Netbook ASUS EeePC 1005PE ini, Netbook boleh Power-ON, tetapi skrin terlalu malap dan gelap dengan keluar video.

Masalah ini terjadi walaupun  kedudukan Skrin netbook di ubah-ubah serta netbook di Power-On dan restart banyak kali pun.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah Netbook atau Laptop yang  bermasalah sebegini ada beberapa Hardware yang perlu di periksa.

  1. Skrin LCD
  2. Riben Kabel LVDS
  3. Motherboard Chipset / I.C

Untuk Netbook ini, Ram aku dah cuci serta servis, LCD skrin aku dah check, Tapi Masalah masih sama.

Dan dari pemeriksaan, didapati Riben Kabel LVDS Netbook ada bahagian yang terputus

Masalah Netbook ASUS EeePC 1005PE ini dapat di selesaikan dengan membaiki Riben Kabel LVDS Netbook yang terputus itu.


Biasanya kos untuk menukar Riben Kabel LVDS baru ini adalah dalam harga antara RM150-200 berdasarkan model dan stock serta kedai yang membaiki .

Jika berminat nak baiki  masalah blankscreen atau masalah blakscreen pada LCD Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Wednesday 9 October 2013

BAIKPULIH ASUS A42SJ BERMASALAH SCREEN ARTIFAK (PECAH-PECAH)

MASALAH NO.1
Masalah Laptop ASUS  A42SJ ini, Laptop boleh Power-ON, tetapi video skrin mengalami masalah Artifak dan tidak beberapa lama kemudian auto shutdown sendiri jika dibiarkan Power-On dalam masa tidak kurang 10 saat.

Serba sedikit tentang Specification Laptop ini:
  • Processor Intel® Core™ i5-430M Processor (2.26 GHz, Cache 3 MB)
  • Chipset Intel HM55
  • Standard Memory 4 GB (2x 2GB) DDR3 SDRAM PC-8500
  • Max. Memory 8 GB (2 DIMMs)
  • Video Type ATI Mobility Radeon HD 5470 1GB
  • Display Size 14" WXGA LED
  • Display Max. Resolution 1366 x 768
SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop boleh Power-ON tapi bermasalah video skrin mengalami masalah Artifak ini hanya ada 1 Hardware yang perlu di periksa.Iaitu chipset display ATI Mobility Radeon® HD 5470.

Jadi, aku suspek yang masalah adalah berpunca dari kerosakkan chipsetATI Mobility Radeon® HD 5470 Graphics yang overheating, kerana aku perasan semasa Laptop Power-On, udara keluar dari ventalation Laptop terlalu panas dari biasa.

Untuk masalah overheat yang pertama kali rosak membaiki dengan cara reflow  atau reball chipset yang rosak akibat masalah overheating boleh digunakan.

Tapi jika Laptop bermasalah sama untuk kali ke-2 atau banyak kali rosak, cara menganti chipset baru yang paling baik, tapi masalah overheat sebenarnya tidak akan selesai juga.Cuma owner perlu membuat servis dan cuci secara tetap sekurangnya 6bulan sekali atau 1 tahun sekali untuk mengelakkan masalah overheat berlaku dengan cepat selepas pembaikkan.

Kebersanan ketiga cara yang aku sarankan tadi adalah bergantung pada nasib dan cara penjagaan owner Laptop. 

MASALAH NO.2
Laptop ASUS  A42SJ  ini juga mengalami masalah mouse pad riben flex koyak, kerana owner cuba untuk baiki sendiri Laptopnya.

Masalah Laptop ASUS  A42SJ  ini dapat di selesaikan dengan me reflow chipset ATI Mobility Radeon® HD 5470

Cara pembaikan reflow ini adalah pilihan dari owner LaptopPengujian chipset juga dilakukan.

Riben mouse pad yang koyak terpaksa diganti baru selepas cubaan membaiki riben asal tidak berjaya.

Jika berminat nak baiki  masalah blankscreen atau masalah Display pada Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Friday 4 October 2013

BAGAIMANA MENGENAL PASTI KEROSAKAN LAPTOP YANG BERPUNCA DARI HARD DISK

Korang kenal tak macamana rupa hardisk?
Kalau korang guna Laptop atau PC, mesti ada benda ni...
Ada yang masih tak kenal apa itu hardisk? 

APA ITU HARDISK
Hardisk atau singkatannya hdd ini berfungsi sebagai tempat penyimpanan segala jenis data-data contohnya gambar, video, games atau pun application termasuk juga sistem operasi (Windows, Linux, iOS) di Laptop atau PC korang.

Kerosakkan pada hardisk akan menyebabkan Laptop korang tak boleh digunakan.Dan kerosakkan Hardisk ada 2 jenis iaitu 
  1. Kerosakan pada Mechanical Parts (cakera calar, head reader slip, logic board burn).
  2. Kerosakan pada Soft Parts (Boot corrupted, Bad sector).
Kerosakkan Soft Parts (Boot corrupted, Bad sector) biasanya dapat dibaiki tetapi sudah tidak elok untuk digunakan sebagai Hard disk Master bagi sistem operasi kerana kemungkinan untuk rosak lagi adalah tinggi.

Manakala kerosakkan Mechanical Parts pula biasanya tidak dapat dibaiki dan Hardisk tidak dapat digunakan lagi.Biasanya, akan ada bunyi keluar dari Hardisk.

CONTOH BUNYI HARDISK ROSAK MECHANICHAL PARTS

Ada beberapa tanda yang korang boleh pastikan yang Hardisk ada Bad sector serta Problem Mechanical.
  1. Windows loading amat lambat tidak seperti kebiasaan dan aktiviti untuk pemindahan Data amat perlahan dari kebiasaan, masalah ini terjadi walaupun Windows baru di format.
  2. Laptop selalu mengalami masalah Windows BlueScreen Error (BSOD).
  3. Operasi kerja di Windows terasa terlalu lambat seperti terkena virus walaupun telah di format baru.
  4. Data File, gambar atau pun video sering mengalami kerosakkan serta error tidak dapat dibuka.
  5. Hardisk mengeluarkan bunyi seperti cengkerik (krip..krip) atau (klik..klik)
  6. Laptop tak dapat boating dan hanya keluar tanda _ bekelip-kelip di skrin.
  7. Hardisk langsung tak dapat dikesan pada sistem BIOS.
Jika korang ada mengalami masalah seperti yang aku terangkan diatsa, sila buat Backup untuk Data penting ke Storan yang lain sebelum Hardisk failure sepenuhnya.

Dibawah ini ada beberapa Laptop yang bermasalah Hardisk yang pernah aku baiki dan betulkan.


MASALAH ACER ASPIRE 4738 TAK BOLEH POWER-ON MENGGUNAKAN BATERI & HARDISK TAK DAPAT SETUP DI PARTITION WINDOWS 
MASALAH 
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4738 ini boleh Power-On, tapi jika mengguna kan bateri sahaja tak boleh pula.

Semasa process nak format windows pula, ia fail untuk setup windows pada partition yang telah dibuat. 

Low level format telah dilakukan dan masalah masih sama, Hardisk di pastikan ada masalah "delay" oleh HDD regenator.Hanya boleh digunakan sebagai secondary storage Hardisk.

MASALAH HP PAVILLION G4 KELUAR HURUF PELIK SEMASA BOOT SERTA TAK DAPAT BOOT WINDOWS
MASALAH 
Masalah Laptop HP PAVILLION G4 ini pula, owner nak downgrade dari Windows 8 ke Windows 7, tapi selepas di format baru, Windows tak dapat boot.
Selepas beberapakali di Format serta Low level, keluar huruf pelik.

Hardisk di pastikan ada masalah "delay" oleh HDD regenator.Hanya boleh digunakan sebagai secondary storage Hardisk.

MASALAH ACER ASPIRE 4530 BERMASALAH BSOD WALAUPUN BARU FORMAT WINDOWS
MASALAH 
Masalah Laptop ACER ASPIRE4530 ini pula, owner mengadu tak boleh boot Windows, bila aku check, Laptop selalu mengalami BlueScreen , format baru juga sama. 

Hardisk di pastikan ada masalah "Bad sector" oleh HDD regenator.Hanya boleh digunakan sebagai secondary storage Hardisk.


 LENOVO IDEAPAD S100 MASALAH FREEZE DI LOGO BIOS & TAK BOLEH BOOT
MASALAH
Masalah Laptop LENOVO IDEAPAD S100 ini boleh Power-On.Tapi FREEZE / HANG masa BIOS POST (Power-On Self Test) hanya cuma paparkan LOGO Lenovo sahaja dan tak boleh boot.


Jika berminat nak baiki  masalah Hardware pada Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Wednesday 2 October 2013

BAIKPULIH ASUS EeePC 1201T BERMASALAH SCREEN BLANK

MASALAH
Masalah Netbook ASUS EeePC 1201T ini, Laptop boleh Power-ON, tetapi skrin blank tanpa keluar video walaupun  suis power start button ditekan banyak kali pun ataupun ram telah dibersihkan serta di servis, Netbook ini tetap blankscreen.
Serba sedikit tentang Specification Laptop ini:
  • Windows 7 Home Premium or other editions available
  • Genuine Windows® 7 Home Premium
  • AMD MV-40 CPU and RS780MN chipset provide superior processing and graphics performance
  • Smooth 1080p HD video experience
  • 12.1" widescreen display with HD (1366x768) resolution
  • Long battery life of up to 6 hours*
  • Large Ergonomic chiclet keyboard for unsurpassed comfort
SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop boleh Power-ON tapi bermasalah Blank Screen ada beberapa Hardware yang perlu di periksa.

  1. Ram
  2. Bios
  3. LCD
  4. Chipset

Untuk Netbook ini, Ram aku dah cuci serta servis, LCD skrin aku dah check, Bios juga aku dah re-Program baru.Tapi Masalah masih sama.
Jadi, aku suspek yang masalah adalah berpunca dari kerosakkan chipset RS780M/RS780MN (Radeon HD 3200 Graphics) yang overheating, kerana aku perasan semasa Netbook Power-On, chipset ini terlalu panas dari biasa.

Aku cuba baiki dengan cara reflow chipset tersebut, tapi masalah Netbook masih sama walaupun banyak kali di cuba.

Masalah Netbook ASUS EeePC 1201T ini dapat di selesaikan dengan menukar chipset RS780M/RS780MN (Radeon HD 3200 Graphics).

Jika berminat nak baiki  masalah blankscreen atau masalah bios corrupted pada Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Friday 27 September 2013

BAIKPULIH LENOVO IDEAPAD Z470 MASALAH DUAL BIOS CORRUPT

MASALAH
Masalah Laptop LENOVO IDEAPAD Z470 ini, Laptop lansung tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi apabila selepas dia cuba upgrade BIOS Laptop ini.Semasa kerja upgrade BIOS dilakukan Laptop terus hang dan dia telah Power-Off Laptop supaya Laptop reset.Selepas itu, Laptop bermasalah seperti yang diceritakan. 

Owner cuba untuk hantar ke kedai repair di sekitar kawasan tempat tinggal, tetapi semua kedai yang dia pergi tak dapat selesaikan masalah ini dan menyarankan untuk menukar motherboard yang kosnya antara rm400-500.

Jadi dia cari alternative lain dan pos laptopnya ke Wangsa Maju untuk dibaiki.

SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON  disebabkan BIOS ini, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  boleh menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.
Tapi untuk model LENOVO IDEAPAD Z470  ini ada masalah lain pula semasa nak program BIOS i.c Laptop, ini adalah disebabkan motherboard ini menggunakan sistem dua i.c Bios (Dual Bios).

Sistem dual Bios I.C pada motherboard Laptop tidak sama seperti pada motherboard PC yang juga menggunakan sistem dual bios.

Pada motherboard Pc yang menggunakan Dual Bios, i.c bios kedua adalah copy atau backup pada i.c bios pertama (master bios) di Motherboard.Jadi jika Bios corrupt pada motherboard PC yang menggunakan dual bios, technician hanya perlu swap i.c bios atau copy dari i.c bios ke2 untuk baiki masalah tersebut.

Di motherboard Laptop yang menggunakan Dual Bios pula file bios yang ada didalam kedua-dua i.c bios itu tidak sama dan belainan size, dan ia melengkapi diantara satu dengan yang lain, iaitu jika salah satu i.c bios tersebut corrupt atau hilang, motherboard Laptop tidak dapat dihidupkan.

Di website pengeluar biasanya, hanya file bios untuk 1 i.c sahaja yang diberikan, dan biasanya memang tiada file bios untuk i.c bios yang ke 2 diberikan walaupun model tersebut menggunakan sistem Dual bios.

Jika tiada ke-2 file i.c bios ini di internet.Jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah ini biasanya ialah dengan menyalin kedua-dua file bios yang berkenaan dari motherboard model yang sama yang telah dipastikan hidup.

Masalah LENOVO IDEAPAD Z470 berjaya diselesaikan selepas ke-2 i.c BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.
Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.


Monday 23 September 2013

BAIKPULIH LAPTOP ASUS A43S & A53SV DC POWER JACK PATAH


MASALAH 
Masalah Laptop  ASUS A43S & A53S ini adalah DC POWER JACK telah PATAH pada bahagian belakang DC POWER JACK pada motherboard Laptop ini.

Kerosakkan adalah berpunca dari kecuaian owner ASUS A43S menggunakan secara paksa Power Adapter Charger Acer yang berlubang kecil pada Laptop nya.

Manakala owner ASUS A53S pula, tersepak kepala Power Adapter Charger Laptopnya, menyebabkan patah dibahagian dalam.

ASUS A43S

ASUS A53S

Kedua-dua owner telah cuba untuk baiki sendiri  DC POWER JACK yang PATAH pada Motherboard laptop masing-masing. Tapi usaha tersebut tidak berjaya kerana aliran Voltan dan Arus Adapter Charger tidak dapat menyambung dengan betul pada DC Power jack yang rosak tersebut.



BAIKPULIH LAPTOP ASUS A43SD CHARGING INTERMITTENT
LAPTOP ASUS A43S ini pula bermasalah bateri Laptop intermittent charging, kepala DC power jack perlu dipegang serta di tekan, baru Laptop dapat charge bateri dengan baik.



SOLUTION
Biasanya untuk masalah DC POWER JACK yang telah PATAH ni, ia perlu ditukar dengan DC POWER JACK yang baru.

Cara membaiki DC POWER JACK yang telah PATAH atau Rosak ini, kadang kala tidak bertahan lama dan akan mengalami kerosakkan lagi.

Harga spareparts ini biasanya berbeza-beza, untuk kedai atau lokasi yang berlainan.


DIY 
Korang boleh cuba untuk DIY sendiri. Kat bawah ni aku tunjukkan antara cara untuk buka dan solder balik DC POWER JACK yang PATAH untuk Laptop Asus.

Tapi segala risiko, aku tak tangung, jadi jika nak buat sendiri, faham kan step-step dan buat dengan berhati-hati.Jika tidak, akan merosakkan motherboard laptop.

Motherboard track amat halus dan sensitif, motherboard ada multiple trak bukan hanya pada permukaan PCB tapi didalam PCB juga.

Jika, korang tak confident untuk buat, pilihan yang paling baik, hantar pada kedai atau technician yang biasa buat kerja ini.

dari pengalaman aku, cara membaiki DC Power jack yang bermasalah ini boleh dilakukan, tapi hanya bertahan untuk sementara saja, jadi penyelesaian yang terbaik adalah dengan menukar DC Jack yang baru.

Laptop-laptop ini telah ditukar DC Power jack baru, dan berkeadaan baik serta stabil, heatsink serta kipas telah dicuci.Testing Laptop dilakukan.

Jika berminat nak baiki  masalah DC POWER JACK PATAH atau Hardware lain pada Laptop/PC, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...