Tuesday 18 December 2012

BAIKPULIH ACER ASPIRE 6935G MASALAH BIOS CORRUPT

Masalah Laptop ACER ASPIRE 6935G ini, Laptop tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi apabila selepas dia cuba upgrade BIOS Laptop ini.Semasa kerja upgrade BIOS dilakukan Laptop terus hang dan dia telah Power-Off Laptop supaya Laptop reset.Selepas itu, Laptop bermasalah seperti yang diceritakan. 


SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON  disebabkan BIOS ini, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  boleh menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.

Masalah ACER ASPIRE 6935G berjaya diselesaikan selepas IC BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

2 comments:

Anonymous said...

Hai En Zam laptop saya ada masalah macam ni la tanya2 kedai semua cakap motherboard rosak betul ke? Macam saya saya upgrade BIOS ok je. Tapi bila saya ada ubah setting2 kat BIOS terus bila on dia cuma nyala lampu biru kat power on tu je la lepas tu gelap je. Kalau hadapi masalah macam ni motherboard rosak ke? Satu lagi nak tnya harga laptop model ni agak mahal RM4599 dan ia limited edition sebab tak banyak jual. Nak tanya dari segi value oleh En Zam yg berpengalaman ni, rasa2nya kalau jual balik berapa value yg layak boleh jual maksud saya nak jual dlm harga tinggi sikit la?

Hope reply ya...

TQ

HAFIZAM said...

Salam, kalau Laptop blank ni, banyak kemungkinan hardware yang menyebabkan rosak sedemikian rupa.Bawa untuk saya periksa dulu.Untuk model ni, saya tau ada masalah lain yang menyebabkan masalah blank screen tersebut.

Boleh hubungi saya di 0122411959.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...