Tuesday 18 December 2012

BAIKPULIH ACER ASPIRE 6935G MASALAH BIOS CORRUPT

Masalah Laptop ACER ASPIRE 6935G ini, Laptop tak boleh Power-ON, tekan suis power start button banyak kali pun , laptop tak nak hidup.

Dari  info yang diberi oleh owner, masalah terjadi apabila selepas dia cuba upgrade BIOS Laptop ini.Semasa kerja upgrade BIOS dilakukan Laptop terus hang dan dia telah Power-Off Laptop supaya Laptop reset.Selepas itu, Laptop bermasalah seperti yang diceritakan. 


SOLUTION
Biasanya untuk masalah Laptop tak boleh Power-ON  disebabkan BIOS ini, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  boleh menyelesaikan masalah ini, sekiranya cara mencabut bateri Cmos dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard Laptop tidak berjaya dilakukan.

Masalah ACER ASPIRE 6935G berjaya diselesaikan selepas IC BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Thursday 13 December 2012

TIPS UPGRADE WINDOWS 8 UNTUK TABLET HP SLATE 2 WINDOWS 7


Salam, baru-baru ni, ada custemer aku minta untuk upgradekan  Tablet HP Slate 2 nya dari OS asal Windows 7 kepada Windows 8.

Alasan owner  Tablet HP Slate 2  ini, untuk upgrade OS Tablet ini kepada Win 8 adalah disebabkan OS  Windows 7 asalnya terlalu slow.

Alasan ini aku bersependapat, kerana untuk kebanyakkan tablet di pasaran yang menggunakan Windows 7 memang agak laging serta lambat dan fungsi touchscreen pada tablet amat tidak sensitif  dan lambat response(kena tekan beberapa kali baru berfungsi).

Ok, pada post ini aku akan ceritakan serba sedikit cara bagaimana untuk membuat USB Windows8 installer serta upgrade Windows 8 bagi tablet atau netbook atau laptop korang.

Bahan-bahan yang korang perlukan adalah:
  1. Usb Pendrive 4GB
  2. File installer Windows 8
  3. Software Windows 8 RTM USB disk creator
CARA  UNTUK MEMBUAT USB WINDOWS 8 INSTALLER
Mula-mula korang download installer Windows 8 ini.Installer ini adalah dalam bentuk iso file.Untuk info, Windows 8 ada 2 versi.
  1. Windows8 x86 (32 bit dan 64bit)
  2. Windows8 x Arm
Kedua-dua versi ini adalah berlainan platform atau hardware.Untuk Windows8 x86 (32 bit dan 64bit), ini adalah untuk Laptop dan Tablet windows yang kita biasa guna sebelum ini.Software yang boleh install seperti Microsoft Office adalah sama seperti untuk komputer korang guna sebelum ini. 

 Tetapi untuk Windows8 x Arm adalah versi untuk Tablet yang menggunakan processor ARM contohnya Samsung Galaksi Tab ataupun Ipad.Software seperti Microsoft Office adalah yang spsial punya yang telah didesignt untuk processor ARM.

Baca di LINK ini untuk lebih info pasal Windows 8

Lepas tu korang, cari USB pendrive (sekurang-kurangnya perlu ada 4GB).

Korang download  Windows 8 RTM USB disk creator.Utiliti ini perlu ada .NET FRAMEWORK 4 

Selepas siap, cucuk sahaja pendrive yang telah dibuat tadi pada slot tablet korang.Pilih boot menu/ boot pendrive.Format dan install Windows 8 ini sama seperti untuk Windows Vista atau 7.Pilih untuk buat clean format.
Selepas berjaya Format dan Install,  perlu diingatkan, ada sesetengah Tablet/Laptop/Netbook memerlukan driver installation yang perlu korang download di website pengeluar asalnya kerana driver yang sedia ada di dalam installer Win8 kadang kala tidak disupport untuk hardware tersebut.Selamat mencuba.

Jika berminat nak baiki  masalah  pada Tablet atau tab serta Laptop atau Netbook, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.











Monday 3 December 2012

BAIKPULIH TOSHIBA SATELLITE L640D MASALAH BLANK SCREEN

MASALAH
Masalah Laptop TOSHIBA SATELLITE L640D ini boleh Power-On.Tapi Blank Screen masa BIOS POST (Power-On Self Test) .

Logo Toshiba tu tak keluar langsung, walaupun dibiarkan Power-On dalam 10minit.Hanya ada lampu led laptop yang menyala.
SOLUTION
Biasanya untuk masalah BIOS tak keluar ni, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  sudah boleh menyelesaikan masalah BIOS tidak POST jika cara mencabut bateri CMOS dan cara reset pin jumper reset RTC motherboard tidak berjaya dilakukan.

Tapi untuk masalah Laptop ini, ic bios asal terpaksa ditukar kerana motherboard Laptop gagal POST Bios walaupun IC telah beberapa kali di program semula.
Masalah TOSHIBA SATELLITE L640D berjaya diselesaikan selepas IC BIOS di program baru dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...