Wednesday 17 October 2012

TIPS RESET PASSWORD BIOS UNTUK LAPTOP ACER MENGUNAKAN CMOS JUMPER



Salam, sebelum ini aku pernah ceritakan masalah tentang BIOS Password Link .Masalah ini
terjadi akibat owner terlupa Password atau owner beli laptop secondhand tanpa menyedari 
BIOS telah dikunci dengan Passwoword.

Seperti yang telah aku ceritakan pada Post yang terdahulu sebelum ini, ada beberapa cara untuk membuang Password bios ini.

Sebelum ini, BIOS Password untuk Laptop Acer yang model terdahulu dapat dibuang dengan hanya mencabut sementara bateri CMOS Laptop untuk seketika (cara ini amat berjaya untuk buang Password BIOS pada motherboard PC).

Atau ada cara menggunakan utiliti seperti Master password generator atau guna utiliti crack password berbentuk Dos (biasanya korang boleh jumpa utiliti ini didalam CD Hiren).

Untuk guna password generator korang kena da kod unik yang degenerate oleh laptop selepas menekan  password 3 kali.Tapi kalau tak ada keluar kod tu hanya ada gambar lock kunci, cara ini tak dapat digunakan.

Tetapi untuk model Acer terkini cara yang disebutkan tiada kesan kerana IC BIOS yang digunakan oleh Laptop Acer terkini menggunaka jenis IC EEPROM yang dapat menyimpan memori tanpa voltage dari bateri CMOS.

Walaubagaimanapun, ada beberapa cara yang owner boleh cuba untuk buang Password BIOS ini tanpa mengeluarkan duit , antaranya cara yang aku huraikan pada Post ini. 


Cara Untuk Clearkan/Reset Bios Password Laptop Acer
  1. Power-Off Laptop, buka HDD, AC dan Bateri dari Laptop
  2. Buka bateri RTC dan cari lokasi jumper J1 dan J2 atau CLRP2 atau HW Gap
  3. Guna tweezer atau wayar untuk jumperkan kedua JI dan J2
  4. Power-On Laptop dengan kedua J1/J2 berkeadaan short.Tekan Power button sehingga BIOS POST selesai, buka jumper J1/J2.
  5. .Restart system Laptop.Tekan key F2 dan enter BIOS menu
  6. .Jika sudah tiada Password yang diminta semasa masuk BIOS menu setup, Password telah berjaya direset.Jika tidak cara lain adalah seperti yang aku ceritakan sebelum ini.



Cara ini biasanya 50%-90% untuk berjaya, dan boleh digunakan untuk model Laptop, brand yang lain, jika korang jumpa point jumper CMOS yang aku huraikan.

Cara yang lain yang 100% gerenti success,  ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual menggunakan   EEPROM Programmer .

Harap post ini membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.

Jika berminat nak baiki masalah password bios atau masalah bios corrupted ataupun nak beli I.C bios yang telah di program baru untuk Laptop/PC , boleh hubungi  0122411959 / Hafizam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...