Tuesday 30 October 2012

BAIKPULIH DELL INSPIRON N4010 TAK BOLEH POWER-ON



MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N4010 ini langsung tak boleh Power-On.Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger akan mati dan bila ditest mengunakan multimeter pada jack power adapter, tiada arus elektrik yang mengalir(voltan tiada). Masalah ini terjadi walaupun guna adapter yang lain.

Info dari owner, mengatakan, masalah terjadi apabila dia guna laptop sambil charge handset di usb port Laptop, tiba-tiba ada bau hangit keluar dari dalam laptop dan ada bunyi spark elektrik dari laptop. Dan selepas kejadian, Laptop tak boleh Power-On.

Masalah ini seakan sama dengan kerosakkan pada Laptop Dell Inspiron 1420 serta Dell Latitude 510m yang pernah aku baiki dulu. Boleh lihat di Link / Link2 ini.

Dell Inspiron N4010 (Production Date : 2010)
Specification:-
* Intel Core i3-350M, Turbo Boost.
* 14' Inch HD LED LCD Widescreen True Cinematic.
* SRS Surround Speaker System.
* 1GB ATI RADEON Graphic Card.
* 320GB HDD.
* 2GB RAM.
* DVD Writer.
* Dell Wireless 1501 802.11b/g/n.
* Bluetooth.
* 7 in 1 Card Reader.
* HDMI Port.
* 2.0 Megapixels Webcam.
* Peacock Blue High Glossiness Color Outer Body.
* Dark Stylish Chronium Color Inner Body.
* Dell Original Targus Bag.
* Genuine Windows 7 Home Premium.
* 1 Year Warranty.


TROUBLESHOOTING
Jadi, aku suspek masalah adalah berpunca di motherboard kerana semua charger Laptop Dell yang ditest di matikan oleh laptop ketika disambung. Untuk masalah shorting ini, beberapa hardware yang perlu diperiksa, antaranya:
  1. CPU / RAM / ADAPTER CHARGER diperiksa berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect ada komponen di motherboard yang shorting pada bahagian blok(bahagian) litar pembahagi kuasa.
  2. Untuk mencari komponen yang bermasalah tersebut, Laptop ini, aku lakukan pemeriksaan dengan menyeluruh  (bukak casing housing Laptop) dengan hanya tinggal motherboard sahaja. 



SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, ada komponen dibahagian bekalan kuasa moherboard laptop telah mengalami shorting atau leakage.

Tanda - tanda motherboard short adalah power adapter led indication akan blinking atau terpadam terus bila di sambung pada connector jack power Laptop.
Selepas penukaran komponen yang faulty dan shorting dilakukan pada kedua-dua Laptop ini, motherboard Laptop dapat dihidupkan seperti biasa.

Jika berminat nak baiki  masalah Laptop tak boleh Power-On, dan adapter power blinking atau mati pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...