Tuesday 30 October 2012

BAIKPULIH DELL INSPIRON N4010 TAK BOLEH POWER-ON



MASALAH
Masalah Laptop DELL INSPIRON N4010 ini langsung tak boleh Power-On.Apabila  jack dari adapter charger Laptop disambung ke connector Laptop. Led indicator adapter power charger akan mati dan bila ditest mengunakan multimeter pada jack power adapter, tiada arus elektrik yang mengalir(voltan tiada). Masalah ini terjadi walaupun guna adapter yang lain.

Info dari owner, mengatakan, masalah terjadi apabila dia guna laptop sambil charge handset di usb port Laptop, tiba-tiba ada bau hangit keluar dari dalam laptop dan ada bunyi spark elektrik dari laptop. Dan selepas kejadian, Laptop tak boleh Power-On.

Masalah ini seakan sama dengan kerosakkan pada Laptop Dell Inspiron 1420 serta Dell Latitude 510m yang pernah aku baiki dulu. Boleh lihat di Link / Link2 ini.

Dell Inspiron N4010 (Production Date : 2010)
Specification:-
* Intel Core i3-350M, Turbo Boost.
* 14' Inch HD LED LCD Widescreen True Cinematic.
* SRS Surround Speaker System.
* 1GB ATI RADEON Graphic Card.
* 320GB HDD.
* 2GB RAM.
* DVD Writer.
* Dell Wireless 1501 802.11b/g/n.
* Bluetooth.
* 7 in 1 Card Reader.
* HDMI Port.
* 2.0 Megapixels Webcam.
* Peacock Blue High Glossiness Color Outer Body.
* Dark Stylish Chronium Color Inner Body.
* Dell Original Targus Bag.
* Genuine Windows 7 Home Premium.
* 1 Year Warranty.


TROUBLESHOOTING
Jadi, aku suspek masalah adalah berpunca di motherboard kerana semua charger Laptop Dell yang ditest di matikan oleh laptop ketika disambung. Untuk masalah shorting ini, beberapa hardware yang perlu diperiksa, antaranya:
  1. CPU / RAM / ADAPTER CHARGER diperiksa berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Aku suspect ada komponen di motherboard yang shorting pada bahagian blok(bahagian) litar pembahagi kuasa.
  2. Untuk mencari komponen yang bermasalah tersebut, Laptop ini, aku lakukan pemeriksaan dengan menyeluruh  (bukak casing housing Laptop) dengan hanya tinggal motherboard sahaja. 



SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, ada komponen dibahagian bekalan kuasa moherboard laptop telah mengalami shorting atau leakage.

Tanda - tanda motherboard short adalah power adapter led indication akan blinking atau terpadam terus bila di sambung pada connector jack power Laptop.
Selepas penukaran komponen yang faulty dan shorting dilakukan pada kedua-dua Laptop ini, motherboard Laptop dapat dihidupkan seperti biasa.

Jika berminat nak baiki  masalah Laptop tak boleh Power-On, dan adapter power blinking atau mati pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.



Monday 22 October 2012

BAIKPULIH LAPTOP HP 520 TAK BOLEH POWER-ON DAN MOTHERBOARD MATI SEPENUHNYA

MASALAH

Masalah laptop HP 520 ni adalah, tak boleh power (ON )..Kawasan led indication pada Laptop ini juga tiada led biru atau oren yang menyala yang menunjukkan motherboard menerima voltage dari power adapter yang membekalkan power pada laptop .


 

SOLUTION :
Aku buka housing laptop dan check motherboard laptop.Laptop charger telah di check dan berada dalam keadaan baik (18.5V/3.45A).

Konector power di motherboard juga telah diperiksa berada dalam keadaan baik.Tapi bila diukur voltage pada bahagian I.C mosfet motherboard, tiada voltage dibekalkan dibahagian itu.

Penggantian komponen-komponen di bahagian  power  yang membekalkan voltage pada mosfet dilakukan  pada laptop dan masalah berjaya diselasaikan.

Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC yang bermasalah Power atau tak hidup , boleh hubungi 0122411959/HAFIZAM




BAIK PULIH BENQ JOYBOOK S32 TAK BOLEH POWER ON DAN ADAPTER BLINKING

Masalah Laptop BENQ JOYBOOK S32  ni adalah tak boleh power on , menurut info dari owner, masalah disebabkan kerana kemungkinan, terkena petir.

Apabila jack dari power adapter charger Laptop disambung ke Laptop, Led power charger berkelip-kelip(blinking) continuously dan Laptop akan berkeadaan begitu dan masih tak boleh power on pada start suis . Laptop LCD blank screen (tidak keluar apa-apa),keadaan Laptop ini menunjukkan ada komponen di motherboard telah short.
MASALAH
  1. Laptop mengalami masalah komponen motherboard shorting (tak boleh Power-ON).
SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, ada komponen dibahagian bekalan kuasa moherboard laptop telah mengalami shorting atau leakage.

Tanda - tanda motherboard short adalah power adapter led indication akan blinking atau terpadam terus bila di sambung pada connector jack power Laptop.


Selepas penukaran komponen yang faulty dan shorting dilakukan pada Laptop ini, motherboard Laptop dapat dihidupkan seperti biasa.

Jika berminat nak baiki  masalah Laptop tak boleh Power-On, dan adapter power blinking atau mati pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Wednesday 17 October 2012

TIPS RESET PASSWORD BIOS UNTUK LAPTOP ACER MENGUNAKAN CMOS JUMPER



Salam, sebelum ini aku pernah ceritakan masalah tentang BIOS Password Link .Masalah ini
terjadi akibat owner terlupa Password atau owner beli laptop secondhand tanpa menyedari 
BIOS telah dikunci dengan Passwoword.

Seperti yang telah aku ceritakan pada Post yang terdahulu sebelum ini, ada beberapa cara untuk membuang Password bios ini.

Sebelum ini, BIOS Password untuk Laptop Acer yang model terdahulu dapat dibuang dengan hanya mencabut sementara bateri CMOS Laptop untuk seketika (cara ini amat berjaya untuk buang Password BIOS pada motherboard PC).

Atau ada cara menggunakan utiliti seperti Master password generator atau guna utiliti crack password berbentuk Dos (biasanya korang boleh jumpa utiliti ini didalam CD Hiren).

Untuk guna password generator korang kena da kod unik yang degenerate oleh laptop selepas menekan  password 3 kali.Tapi kalau tak ada keluar kod tu hanya ada gambar lock kunci, cara ini tak dapat digunakan.

Tetapi untuk model Acer terkini cara yang disebutkan tiada kesan kerana IC BIOS yang digunakan oleh Laptop Acer terkini menggunaka jenis IC EEPROM yang dapat menyimpan memori tanpa voltage dari bateri CMOS.

Walaubagaimanapun, ada beberapa cara yang owner boleh cuba untuk buang Password BIOS ini tanpa mengeluarkan duit , antaranya cara yang aku huraikan pada Post ini. 


Cara Untuk Clearkan/Reset Bios Password Laptop Acer
  1. Power-Off Laptop, buka HDD, AC dan Bateri dari Laptop
  2. Buka bateri RTC dan cari lokasi jumper J1 dan J2 atau CLRP2 atau HW Gap
  3. Guna tweezer atau wayar untuk jumperkan kedua JI dan J2
  4. Power-On Laptop dengan kedua J1/J2 berkeadaan short.Tekan Power button sehingga BIOS POST selesai, buka jumper J1/J2.
  5. .Restart system Laptop.Tekan key F2 dan enter BIOS menu
  6. .Jika sudah tiada Password yang diminta semasa masuk BIOS menu setup, Password telah berjaya direset.Jika tidak cara lain adalah seperti yang aku ceritakan sebelum ini.



Cara ini biasanya 50%-90% untuk berjaya, dan boleh digunakan untuk model Laptop, brand yang lain, jika korang jumpa point jumper CMOS yang aku huraikan.

Cara yang lain yang 100% gerenti success,  ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual menggunakan   EEPROM Programmer .

Harap post ini membantu dan Selamat mencuba.Tapi disini aku ingin beri Amaran jangan cuba pada Laptop yang tiada mengalami masalah BIOS, dan aku tidak bertangungjawab jika Laptop korang mengalami kerosakan atau masalah selepas membuat TIPS yang aku terangkan ini.

Jika berminat nak baiki masalah password bios atau masalah bios corrupted ataupun nak beli I.C bios yang telah di program baru untuk Laptop/PC , boleh hubungi  0122411959 / Hafizam.

Tuesday 9 October 2012

BAIKPULIH DELL OPTIPLEX SX270 TAK BOLEH POWER ON



Masalah Laptop DELL OPTIPLEX SX270 ini, komputer ini tidak boleh Power-On , serta skrin tak keluar apa, Bios juga tak POST.


MASALAH
  1. Komputer ini tidak boleh Power-On , serta skrin tak keluar apa, Bios juga tak POST.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah sebegini, selalunya aku akan reset sistem Cmos/Bios motherboard dengan menggunakan Clear RTC jumper serta keluarkan bateri CR2032 .Jumper ini biasanya ada disetiap motherboard computer PC.

Untuk malumat lanjut untuk reset sistem Cmos/Bios, boleh ke Post ini.Link

Tetapi, untuk masalah komputer ini, cara tersebut tidak berjaya dilakukan, PC tetap tidak boleh POwer-ON dan Post Bios.
Selepas aku melakukan penelitian pada motherboard PC DELL OPTIPLEX SX270 ini, didapati 2 kapasitor di motherboard telah bocor. 

2 kapasitor ini aku cabut dari motherboard dan di test, kerosakkan telah terjadi dan pengantian dengan Kapasitor baru perlu dilakukan.

Sebelum ini, aku ada baiki PC yang bermasalah sama, baca di Post ini Link

Pengantian bateri Cmos/Bios CR2032 juga dilakukan, sebab bateri yang lama dah kong.






Jika berminat nak baiki  masalah PC atau Laptop tak boleh Power-On, boleh hubungi 0122411959/Hafizam.



Thursday 4 October 2012

[NOTEBOOK] REVIEW ASUS A55VM-SX037V - RM2300




REVIEW

Baru-baru ni, aku dapat peluang untuk buat review tentang Laptop  ASUS A55VM-SX037V harga di Kula Lumpur dalam RM 2,300 + 6 free gift .

ASUS A55VM-SX037
• Intel® Core™ i5-3210M Processor (2.5GHz Turbo up to 3.1) 
• Genuine Windows® 7 Home Premium 
• 15.6" HD Color Shine(LED) Screen
• 750GB Hard Disk 
• 4GB DDR3 RAM
• NVIDIA® GeForce® GT630M with 2GB DDR3 VRAM 
• Built-in Speaker and Microphone 
• Integrated Webcam,Bluetooth,Wi-Fi , usb 3.0
• DVD Super Multi
• 6-Cell 5200mAH Battery


Antara ciri-ciri yang menjadi pilihan aku adalah dalam lingkungan pada post ini http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/03/tips-membeli-laptop-baru-yang-tahan.html
  1. Chipset yang digunakan oleh Laptop.
  2. Waranti yang ditawarkan pada Laptop (manufacture waranti).
  3. Spareparts senang dicari serta design Laptop yang senang untuk upgrade . 
  4. Hardware contohnya Audio, Wifi , Bateri memenuhi kualiti dan standard serta tahan lama.
  5. Kualiti Body/Housing/Hinges(Engsel Design) Laptop.
  6. Design housing laptop senang untuk penyenggaraan, contohnya bersihkan kipas dan heatsink.

 
HARDISK & RAM & ADAPTER CHARGER  6/10




CASING DAN LUARAN LAPTOP  9/10




LAPTOP BIOS  9/10



LCD SKRIN & WEBCAM RESOLUTION & SOUND  6/10














TEMPRETURE / PERFORMANCE  6/10

Dari penelitian  aku untuk Laptop ASUS A55VM-SX037V  ini, dari segi webcam Laptop gambar agak kabur dan tak tajam, sound dari speaker laptop juga biasa-biasa sahaja kerana ada Laptop yang murah pada Laptop ini mempunyai sound yang lebih kuat dan sedap.

Dari segi kualiti binaan Laptop, aku rasa agak bagus dan kuat. Adapter charger aku rasa agak besar designnya dan tak selesa jika untuk orang yang suka Laptop yang portable.

Suhu untuk processor jika Windows baru loading untuk processor  45c-46c tapi jika Gaming atau guna Software yang guna Grafik tinggi  suhu boleh mencapai 65c-66c.Agak boleh diterima untuk Laptop ini.

Untuk shu bagi grafik chipset Nvidia GT630, aku rasa antara yang rendah iaitu 55c(masa stress test) dan untuk keadaan  biasa 49c.

Keyboard untuk Laptop ini adalah jenis full size seperti keyboard PC dengan tambahan key number disebelah kanan. Keypad selesa dan luas.

Pada aku, laptop ini sesuai untuk owner yang bukan jenis bawa Laptop untuk kemana-mana, yang hanya guna Laptop ini dibilik atau dirumah sahaja, kerana Laptop ini besar dan adapternya juga besar serta berat.

Untuk range harga sama dengan Laptop ini (Rm2300 - Rm2400), aku  sarankan korang cuba cari Laptop Lenovo Y480 ini http://www.lelong.com.my/original-lenovo-y480-59341161-59341372-m3com-I1215810B-2007-01-Sale-I.htm.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...