Friday 20 April 2012

BAIK PULIH ACER ASPIRE 2920 MASALAH HANG & VIDEO LCD PECAH-PECAH


MASALAH

Masalah laptop ACER ASPIRE 2920 ni adalah window jamn dan kadang-kadang restart, dan LCD screen keluar gambar video pecah-pecah serta separuh je ada signal video.




Owner laptop ACER ASPIRE 2920 berasal dari Sibu Serawak.,dia hantar Laptop ke KL sebab kat Sibu, harga kos untuk baiki mahal dan diagnostic kerosakkan yang dilakukan agak tak munasabah.

Ada kedai yang minta tukar motherboard dalam harga rm500 dan ada kedai minta tukar LCD rm450.Jadi dia cuba cari alternative lain yang lebih murah dan terjumpa diagnostic kerosakkan  sama model dengan laptop dia di blog aku Database Kerosakkan Laptop 




SOLUTION :
Masalah yang selalu dialami
1.Bila Loading Windows jamm atau hang, LCD screen keluar gambar pecah-pecah
2.Laptop Autorestart atau Autoshutdown
Penyebab Kerosakkan
1.Komponen yang bekalkan dan stabilkan voltage untuk Processor telah fail/faulty.
Penyelesaian Masalah
1.Kena tukar komponen yang menyebabkan sistem motherboard mengalami masalah.



Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


Monday 16 April 2012

BAIKPULIH MASALAH POWER-ON PASSWORD PADA HP 520


MASALAH

Masalah laptop HP 520 ni adalah tak boleh boot windows sebab, bila power ON , masa nak loading atau masuk ke sistem Windows atau sistem Bios, motherboard laptop minta password Administrator Bios.

Owner laptop, lupa pula  password bios Laptop ni.


SOLUTION :
Aku cuba, reset bios Laptop dengan cabut bateri Cmos/RTC, tapi masalah tersebut masih  ada juga.Biasanya, untuk laptop HP-Compaq, jika ada masalah untuk reset bios password, cara cabut bateri Cmos adalah yang paling efektif.

Tapi untuk Laptop HP 520 ni ada 2 cara nak setting untuk set password bios, masalahnya owner telah set kat Power-on password dengan Strigent Security telah di enable di bawah Security -> Password options  , jika Strigent Security ni di aktifkan ,memang cara cabut bateri cmos tak akan berjaya, sebab  password  bios telah di simpan dalam ic eeprom bios motherboard laptop ni .


EEPROM adalah singakatan dari 
Electrically Erasable Programmable Read Only Memory.IC ini berfungsi boleh simpan 

bits data code yang boleh di tulis dan dipadamkan dengan electrical charge, untuk satu masa.


EEPROM juga tidak memerlukan sumber power untuk mengekal data nya.Jadi walaupun tiada voltage dibekalkan, password tetap tersimpan dalam  ic bios.

Apa itu Stringent Security?

Strigent Security adalah salah satu utiliti bios yang berfungsi menguatkan lagi password Owner laptop.Option ini dicipta oleh manufacture Laptop bagi menghalang pencuri dari acceses data Owner laptop.

Tapi masalah , bila Strigent Security di enable, jika owner terlupa password, biasanya solution yang disarankan oleh Manufacture adalah menukar dengan Motherboard yang baru.

Baca bawah ni:



As long as the stringent security option was not selected in the bios, the steps are as follows. If stringent security was enabled, only replacing the whole board would work according to the maintenance & service manual.


 * remove power cord and battery
 * remove the keyboard
 * unplug the rtc battery for about five minutes
 * plugin the rtc battery once again
 * plugin the power cord, but leave the battery outside its bay.
 * switch the notebook on
 * now the bios was cleared
 *enter bios and restore to factory defaults



Tapi ada 2 Solution boleh digunakan jika masalah ini terjadi:

  1. Flash balik EEPROM bios 
  2. Tukar dengan EEPROM bios yang lain jika yang asal telah corrupt








Aku buka cover bawah Laptop ni dan cabut EEPROM bios Laptop selepas cara jumper kaki Bios juga tak berjaya.Aku flash balik EEPROM Bios tu guna universal Programmer

Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959





PENUKARAN 10.1 " LED SKRIN BARU UNTUK NETBOOK

Awal bulan ini, aku telah terima beberapa netbook yang bermasalah pecah untuk diganti dengan skrin LED yang baru.Jika ada pembaca blog aku yang ada masalah dengan panel skrin LED boleh hubungi 0122411959.
Disini aku telah letak harga panel Skrin Laptop klik sini. Jika ada pertanyaan atau masalah boleh hubungi no diatas.

FUJITSU LIFEBOOK MH330




HP MINI 110-310




HP MINI 110-350



Tuesday 3 April 2012

BAIK PULIH HP COMPAQ NX6120 BERMASALAH TAK DETECT HARDISK

MASALAH

Masalah laptop HP COMPAQ NX6120 ni adalah kadang-kadang bile ON normal je, kekadang ON  tak detect hardisk pula.
SOLUTION :
Aku suspek masalah kemungkinan berpunca dari  conecter HDD atau hardisk tu sendiri atau kemungkinan masalah yang lebih teruk adalah berpunca dari Southbridge chipset controller intel(jarang berlaku pada chipset intel).

Aku buka cover bawah Laptop ni untuk test hdd Laptop.HDD laptop tu di sambung pada external usb adapter dan aku test pada Komputer lain. Hardisk berkeadaan baik.Jadi bermakna masalah adalah berpunca pada Komponen di Motherboard laptop.

Selepas, diperiksa, didapati conector HDD mempunyai masalah,selesai servis dan baiki conector HDD.
Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci kerana habuk telah banyak menghalang aliran udara kipas.
Administrator Password Windows terpaksa di crack, untuk memeriksa dan menguji device atau hardware laptop supaya berada dalam keadaan baik.
Selain masalah Hardisk, sistem windows juga bermasalah kerana selalu run CHKDSK apabila nak Startup Windows walaupun CHKDSK dah run sebelum ini.
Masalah CHKDSK berulang ini agak menggangu kelancaran startup Windows kerana terpaksa menunggu lama.


Jadi aku nak bagi tips kat korang, macamana nak atasi masalah CHKDSK selalu run masa start Windows.

Start>>run>>regedit>>HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Session Manager >>double click(edit) BootExecute tambah /K:C dibelakang  sebelum tanda *

( /K switch akan disable autocheck pada C: drive masa Windows startup)
Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...