Wednesday 8 February 2012

KEPENTINGAN SERVIS CUCI RAM DAN SLOT RAM LAPTOP/PC

Aku nak bantu dan terangkan mengenai macamana cara nak repair/servis RAM Laptop.Mungkin sebelum ni korang pernah tahu cara servis/repair RAM menggunakan pemadam pensil.

Kenapa guna pemadam pensil?, sebab nak hilangkan kesan oxidation pada permukaan kontak RAM (kalau korang perasan, ram yang problem biasanya berwarna gelap berbeza dengan warna RAM baru dan berkeadaan baik yang berwarna gold bersinar).

Bila permukaan RAM dah oxidation (kotor), kontak dah tak bagus pada motherboard.
Tips mengenal RAM Rosak

Macam mana nak tahu Laptop/PC korang tak boleh hidup disebabkan problem RAM?

  1. Laptop/PC yang sebelum ni tiada apa-apa masalah, bila korang ON boleh dengar bunyi  'buzer' 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!' 'Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttt!', berulang-ulang kali pada speaker semasa Laptop/PC tu baru dihidupkan. 
  2. Laptop/PC yang sebelum ni tiada apa-apa masalah, bila korang ON, LCD/monitor blankscreen takda response hanya power LED yang menyala. 
  3. Laptop/PC yang sebelum ni tiada apa-apa masalah, bila korang ON, LCD/monitor blankscreen takda response tapi key CAPSLOCK dan NUMLOCK blinking.
  4. Korang ada RAM 2 keping misalnya 4GB.Tapi bila korang run windows rasa lembab dari biasa, pergi MyComputer>>System Properties>>Cuba periksa jumlah RAM jika hanya ada 2GB, mungkin salah satu RAM dah problem.

Tips jika tak berjaya baiki guna cara diatas.

Tapi kadang-kadang tak jadi juga dengan cara gosok kontak RAM dengan pemadam pensil.Ada lagi part RAM korang kena cuci iaitu Slot RAM motherboard Laptop/PC.

Slot RAM juga boleh mengalami oxidation (kotor) selain mungkin sebab habuk atau karbon yang terperangkap.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk cuci adalah:
  1. Alcohol pencuci head CD/DVD Rom - rm5.00
  2. Berus Lukisan - rm1.00
Sebenarnya korang boleh juga guna Contact Cleaner.Tapi cara yang aku ajar tu lagi murah.Kos tak sampai rm10.
Cuba korang ikut  tips dan cara yang aku bagi  ni. Kalau Laptop/PC korang hidup, jimatlah duit korang dari hantar repair dikedai repair. 

Kalau masih problem , cuba buat 2-3 kali.Jika masih problem, cuba cari RAM dengan pinjam dari rakan untuk pastikan kerosakkan memang berpunca dari RAM yang faulty (Ram rosak memang biasa juga terjadi disebabkan kerosakan dari chip RAM dan biasanya cara paling murah dan cepat dengan menganti dengan yang baru).

Jika dah pasti kerosakkan, baru beli RAM yang baru (kalau RAM komputer seperti DDR2/DDR3 rasanya sudah murah buat masa sekarang).

Aku harap tips ni, dapat membantu korang untuk menyelesaikan masalah Laptop/PC.


7 comments:

Anonymous said...

thanks..kebetulan problem pc no signal..
balik nanti nak try

Emmet said...

thx bro, nak try la

Anonymous said...

Alcohol head cleaner utk cuci slot RAM sahaja or boleh digunakan ke atas kontak RAM juga?

HAFIZAM said...

Alcohol boleh di gunakan utuk cuci slot ram atau kontak ram.Tapi untuk jimat penggunaan alcohol tu, bagi cuci kontak ram sebaiknya guna eraser.

Anonymous said...

Tengah ada masalah yang capslock n num lock tuh blinking. Camane nak bukak ram tuh smue nak cuci? Sorry! Sangat taktahu psal neh smue.

Anonymous said...

Kalau guna alkohol ke atas slot ram tak perlu cabut bateri cmos ker? Tak short ker nanti?

HAFIZAM said...

Kalau boleh, sila cabut bateri cmos tu dulu dan semua power motherboard laptop, sebelum cuci slot ram.Kerana berus ada efect electrostatic jika digosok pada permukaan pcb.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...