Wednesday, 18 January 2012

BAIKPULIH LCD LAPTOP/MONITOR YANG CALAR(SCRATCH)


LCD calar biasa terjadi, akibat kecuain atau faktor lain (mungkin anak nakal).Boleh ke masalah ini di baikpulih?

Boleh! dan ada beberapa cara boleh digunakan walaupun mungkin bukan 100% dapat hilang kesan calar tu.

Ada beberapa cara nak baikpulih masalah calar pada LCD panel ni.Antaranya

CARA 1:
Korang boleh guna vaseline(PETROLEUM JELLY) yang buat basahkan bibir tu (boleh beli kat guardian).Sapu vaseline tu kat kawasan calar tu sampai puas hati.

Lepas  tu korang lapiskan panel tu dengan screen protector (boleh beli kat kedai komputer).

                       +                


CONTOH


CARA 2:
Guna displex scratch display polish serta kertas pasir (cara ni agak merbahaya, jika calar tu tak dalam, guna displex sahaja).CD/DVD scratch remover juga boleh digunakan.Cara-caranya





  1. Tutup kawasan calar dengan musking tape.Ini supaya hanya kawasan yang calar sahaja yang terbabit dalam kerja baikpulih polish dan elakkan kawasan yang lain dari sebarang kerosakkan.
  2. Letakkan Displex pada LCD display yang calar.
  3. Dengan lembut polish kawasan calar/scratches dengan pad kapas yang bersih dan lembut atau guna kain lembut.
  4. Ulang kawasan yang calar/ scratches sehingga calar hilang.
  5. Untuk calar yang dalam guna kertas pasir dulu (gred paling halus-yang dalam gambar aku guna gred 1000).Gosok perlahan-lahan,selepas tu guna cara yang aku cerita sebelum ini.
  6. Gosok hingga puas hati, tapi kalau rasa lambat boleh guna mini drill untuk polish, selepas tu lapik dengan screen protector seperti yang aku cara 1.











Sumber:





9 comments:

muhian said...

kat mana boleh dapat paste displex tu.berminat nak beli la.

HAFIZAM said...

Boleh cari kat kedai servis handset.Kat lowya.net, ada forumer yang jual benda ni.Nanti saya bagi link.

HAFIZAM said...

Kalau rasa mahal, harga forumer tu jual, boleh beli kat saya.ok

muhian said...

berapa awak jual?

HAFIZAM said...

Salam, muhian, kalau berminat boleh call direct saya, sebenarnya saya takada jual banyak-banyak displex ni, tapi kalau nak saya boleh belikan.ok

muhian said...

ok.nanti saya contact awak.

nurRRRul AiSSSya said...

Salam. Klau body phone bleh gak ke?

wanshyn said...

Hai, kedai encik dekat wangsa maju sebelah mana? Ade tak repair screen computer asus?

Maisarah Azhar said...

Klau di LED screen laptop anti-glare berkesan ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...