Tuesday 13 December 2011

TIPS UNTUK BAIK PULIH MASALAH WINDOWS LAMBAT LOADING


salam.. baru2 ne laptop sya welcome window lambat loading..dah tunggu berjam2 dah tp still lambat loading..mula2 bila on dia ckap starup need 2 repair...boleh sya tahu kenapa masalah ini berlaku? adakah disebab kan mthrboard rosak ataupun hardisk..sya takut hardisk rosak coz laporan akhir sya ada di dalam n benda tu sgt penting untuk semester akhir saya..harap dapat bantu, seboleh2 nya macamna cara untuk copy file2 penting dalam hardisk trsebut


Ini jawapan aku:


Biasanya masalah windows lambat loading dan windows minta buat startup repair adalah salah satunya berpunca dari kerosakkan pada Boot Sector Windows, Sistem Windows Corrupt atau HDD Bad Sector ataupun HDD dah rosak disebabkan berlaku scratching pada plate.


Ok, boleh ke kita baiki masalah Boot sector windows atau HDD bad sector?


Boleh, cara paling senang, korang boleh guna software HDD regenarator

Sumber:
http://www.datarecoveryguides.org/hdd-regenerator-review
http://jomtutorial.blogspot.com/2010/06/baiki-bad-sector-pada-harddisk-hdd.html


Masalah ini juga boleh terjadi disebabkan juga oleh  software/program atau driver windows yang corrupt.
1. Buang atau Disablekan Segala Software-Program-Windows Service Yang Tidak Digunakan
Biasanya jika windows loading lambat serta minta repair startup juga disebabkan banyak sangat software atau windows service yang perlu di run semasa start windows, cuba disablekan software-program-windows service yang tak perlu untuk di run kan tu:


Macamana nak disablekan atau buang software-program-service-driver yang melambatkan windows?
Selepas on windows>> Windows loading>>F8>>safe mode>>

Korang mesti perasan yang Windows ni masa kita baru format , dia punya performance memang laju, kan? Tapi lama-kelamaan, bila korang dah masuk software itu ini, game dan macam-macam lagi lah, korang sendiri dapat rasakan yang performance laju tu dah berubah jadi slow. 
Jadi pastikan korang buang mana-mana application atau games selain dari windows service yang tidak lagi diguna. 
Click Start >> Control Panel >> Add or Remove Programs.
Jika, korang rasa program tersebut masih digunakan, sila disable kan application atau service windows tersebut
Click Start >> run >> msconfig.

2.Pastikan Desktop Serta Partition C (System)  Windows Kurang icon, file, shortcut dan segala macam data.
Pastikan desktop serta partition C (system) korang tak penuh dengan macam-macam icon, file, shortcut dan segala macam data. ianya juga menjadi sebab kesan kelembapan bila korang turn on PC-Laptop.
Jadi, sila remove mana-mana icon dan shortcut yang tak berguna kat desktop korang tu. Apa lagi file-file yang besar macam movie,mp3, executable file dan sebagainya. Letak di partitian D atau partitian backup lain asalkan bukan di desktop atau system.
3.Pastikan Hard Disk Bersih Dan Tersusun Dan Buang Program Serta Update Driver Hardware Yang Latest.
Bila hard disk korang tidak tersusun dan penuh dengan segala macam data yang tak berguna, ianya akan memberi kesan kelembapan pada PC bila mana hard disk korang gagal memberikan full performance dari tindak balas OS. Jadi tanpa perlu menggunakan apa-apa software, korang hanya perlu lakukan Disk Cleanup dan juga Disk Defragmenter.
Click Start >> All Programs >> Accessories >> System Tools

Guna CCLEANER untuk bersihkan temprory file atau uninstall program Software yang tak perlu.
Guna Driver Genius Pro untuk update driver Komputer yang paling latest.Tutorial http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/89695-joybook-lite-u1o5i/
4. Disablekan Hardware Yang Tak Diperlukan Di BIOS


Jika hardware pada sistem board korang faulty, boleh juga menjadi penyebab kenapa windows korang lambat loading.

Jadi jika berlaku masalah ini,korang boleh disablekan hardware yang rosak dan tak perlu serta jarang pakai , seperti jika korang hanya guna wifi, boleh offkan network port (RJ45) atau serial port, paralel port dibios.
Ini boleh mencepatkan lagi proses loading Windows korang kerana semasa windows loading, system akan detect dulu sistem hardware ini sebelum windows profile loading. 
Untuk masalah Backup Data Penting .
Sebaiknya untuk backup Data penting adalah dalam bentuk DVD RW.Selain dari guna external HDD atau partition backup pada laptop.Ini kerana jika buat backup dalam bentuk DVD, ketahanan data untuk bertahan lama lagi tinggi jika backup dalam bentuk softcopy dalam bentuk file data di HDD. 
Ini kerana, HDD biasanya akan ada risiko senang kena masalah seperti data corrupt atau bad sector.


Dan jika HDD Laptop langsung tak boleh boot, untuk menyelamat kan file data penting ,korang boleh guna cara di post ini : http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/05/belajar-backup-data-dari-hardisk-laptop.html 

3 comments:

trending topics said...

mantap penerangan admin...thanks berkongsi tips..

Anonymous said...

setelah gw teken safe mode layar saya hitam"
jdi gimana??

HAFIZAM said...

Hi, utk ke safe mode perlu tekan key F8 di keyboard, kalau tak jadi sekali, cuba utk beberapa kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...