Monday 14 November 2011

MASALAH LAPTOP SHORT DISEBABKAN OLEH SOKET AC/DC ADAPTER CHARGER OUTLET FAULTY ATAU KENA PETIR




  Contoh Motherboard Short Disebabkan Dipanah Petir Serta Overvoltage Dari Soket Rosak  


Motherboard Komputer serta Laptop merupakan salah satu peralatan elektronik yang amat sensitif terhadap voltan lebih kerana di motherboardnya terdapat banyak komponen - komponen elektronik kecil yang mudah rosak jika terkena voltan atau arus lebih. 

Antara komponen elektronik penting yang sensitif adalah :
  1. Smd IC
  2. Smd Transistor
  3. Smd Capacitor 
Komputer chip (i.c) biasanya bekerja dengan voltan 5volts atau lebih rendah lagi (untuk power I.C 18.5v), dan i.c ini amat sensitif dan boleh rosak walaupun jika mendapat voltan lebih sikit sahaja dari 5v.Apatah lagi jika 'over voltage' terjadi dari kejutan petir atau soket AC (240V) faulty, yang biasanya voltan serta arus terbabit amat tinggi.

Apakah, langkah yang perlu untuk mengelakkan 'over voltage' terjadi pada Komputer atau Notebook korang.

  1. Jangan gunakan universal power adapter charger yang boleh adjust voltan untuk Laptop kerana adapter ni mempunyai rating tolerence voltage yang tak stabil.Sila guna adapter original atau local khas untuk power Laptop.
  2. Jangan pasang plug adapter Laptop/Komputer  semasa suis soket AC masih dalam berkeadaan hidup (ON).
  3. Jangan guna Laptop/Komputer atau surf internet ,lebih-lebih lagi connection internet menggunakan kabel Cat5/6 (network port) semasa hujan atau petir sambung menyambung. Elakkan menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Boleh menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.
  4. Elak guna atau tutup peralatan elektrik/elektronik lain selain dari Laptop/Komputer ketika  hujan atau petir sambung menyambung  , jika pendawaian pembumian grounding (Earth) diketahuai tak elok(tak bagus).Boleh menyebabkan litar pintas dan 'overvoltage' pada komponen PSU (power supply unit) dan adapter Laptop dan wired network card bahkan keseluruhan motherboard dan komponen dalaman. Sila gunakan voltage regulator sebagai langkah berjaga-jaga.  
  5. Jangan menggunakan plug yang menunjukkan tanda-tanda ianya rosak seperti tercabut dari tempat asal, ada tanda terbakar atau wayar yang terkena air serta jangan gunakan 1 soket outlet rumah untuk menyambung banyak extension soket dan menyambung banyak peratalatan elektrik dalam satu extension soket.
  6. Jangan gunakan power adapter charger yang menunjukkan tanda kerosakkan seperti power intermitent atau ada bunyi current keluar dari adapter atau ada bau hangit seperti terbakar walaupun masih ada voltage yang diperlukan Laptop jika belum dibaiki.  
Kesan 'over voltage':
  1. Merosakkan 'power supply' di CPU Komputer serta adapter charger dan motherboard pada Laptop
  2. Power cable' (wayar dari charger ke plug) terbakar.
  3. 'Adapter' / 'charger' laptop rosak (tak hidup atau berkelip).

Situasi yang pernah terjadi kepada custemer aku:

  1. Laptop terus tak hidup dan adapter charger blinking setelah menggunakan soket yang mempunyai kesan terbakar.
  2. 'Power supply' PSU di CPU komputer rosak kerana tidak menutup komputer akibat daripada arus voltage elektrik yang kuat sewaktu berlaku ribut petir (masalah pembumian).  
  3. Network port Komputer terbakar kerana surf internet semasa berlaku ribut petir   

Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana-mana kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponen terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.Pastikan ada wayar grounding bumi (Earth) pada peralatan Komputer atau laptop korang.


Jika korang menemui lampu led adapter Laptop korang berkelip serta ada bau terbakar keluar dari laptop atau adapter, sila ambil langkah berwaspada. Biasanya kerosakkan telah terjadi pada motherboard dan adaptor Laptop korang. Jangan gunakan sementara adapter yang berkelip tersebut jika Laptop korang masih boleh hidup dengan menggunakan bateri.

Apa yang akan terjadi jika korang masih gunakan Laptop?
  1. Bateri laptop korang boleh mati atau short.
  2. Salah satu komponen pada mainboard atau adapter akan terbakar dan menyebabkan laptop mati terus(dead). (Jika laptop korang  masih ada waranti, sila hantar untuk pembaikkan atau penggantian)

Apa maksud lampu led adapter charger berkelip, ia menandakan berlaku ’short’ atau 'over voltage' pada mainboard atau pada adapter.

Tips mudah cara melakukan test untuk masalah ini adalah :

  1. Pinjam adapter lain (pastikan berkeadaan baik) yang sama model dan brand (pastikan voltage dan current sama) dari rakan untuk dicuba pada Laptop, jika terjadi kerosakkan sama pada adapter tersebut seperti lampu adapter berkelip atau tidak menyala sama sekali atau lampu led Laptop yang biasanya biru atau hijau menjadi warna lain ,dipastikan telah terjadi masalah ’short’ atau 'over voltage' pada motherboard laptop.Jika adapter berkeadaan ok dan Laptop berkeadaan baik,  telah dapat dipastikan hanya charger dapter asal yang rosak, sila ganti baru.  
  2. Gunakan multimeter untuk mengukur ,arus dan voltan masih  berkeadaan ’normal’ seperti yang tertulis label adapter yang problem. Cara ini perlu pengetahuan asas elektronik.

Jika motherboard laptop yang rosak, adakah boleh dibaiki lagi apabila ’short’ atau 'overvoltage'  ?
Boleh dibaiki, tapi sila buat seperti cara berikut:
  1. Jika masih dalam waranti, sila hantar untuk pembaikkan atau penggantian ke service center terdekat.
  2. Bawa ke Service Center atau Kedai baikpulih yang direkomen yang terbukti boleh dipercaya untuk setelkan masalah ini dengan baik. Korang boleh mencari info-info ini dengan bertanya di forum-forum seperti http://forum.lowyat.net/, http://forum.putera.com/tanya/ atau http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=236. Biasanya disana ada perkongsian masalah orang yang sudah mempunyai pengalaman dengan masalah Laptop korang.Ini adalah untuk mengelakkan korang dari tertipu atau ditipu
Adakah Adapter Laptop charger masih boleh dibaiki  jika sudah ’short’ atau 'over voltage'  ? 
Boleh dibaiki, tapi aku tak sarankan untuk baiki lagi jika adapter charger yang faulty. Adaptor yang dibaiki sangat berisiko untuk digunakan semula. Jika selepas dibaiki, adapter ini masih mengalami   short’ atau 'over voltage' atau mengalami masalh lain, mainboard Laptop korang boleh burn. Dan biasanya dapter yang telah dibaiki hanya bertahan untuk jangka masa sekejap sahaja.Lebih baik beli adapter charger baru atau secondhand original (yang belum pernah dibaiki) yang di jual dikedai komputer atau di internet (harga dalam rm50-rm120).



3 comments:

Anonymous said...

selalunya berapa kos membaiki masalah ac outlet faulty ni. model laptop MSICR400

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam, sy nak tanye laptop sy terpadam dan adapter dan power cable terus x berfungsi.sy pinjam adapter member pastu lepas main game beberape minit die terpadam.tapi bile tngok movie tak terpadam pulak...sy nak tanye sebab overheat kipas berabuk ke sbb motherboard rosak .model asus amd x550z. Tq bos😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...