Wednesday 30 November 2011

BAIK PULIH LAPTOP DELL LATITUDE D520 KENA SIRAM(CURAH) AIR


MASALAH

Masalah Laptop DELL LATITUDE D520  ini adalah tak boleh Power ON kerana motherboard laptop dah short akibat di curah dengan air.  

Owner  call aku mengatakan , Laptopnya tiba-tiba tak boleh Power On, problem terjadi setelah  dia tukar keyboard baru yang dibeli dari aku.Keyboard laptop lama dah rosak (tidak berfungsi) akibat terkena siraman air dan beberapa key hilang dicungkil oleh anak owner.


Kes ni aku agak pelik kerana 2 hari sebelum tu semasa tukar keyboard baru,  aku dah test depan owner dan tiada air yang bertakung didalam laptop .Laptop berkeadaan baik.


Pada luaran laptop didapati ada kesan air diatas permukaan keyboard dan pada permukaan LCD.Apabila dalaman laptop diperiksa, didapati air telah memasuki ke dalam ruang motherboard laptop dan sebahagian besar motherboard dan Ram sudah short.Aku tanya owner balik, dia tak pasti anaknya ada main dengan Laptop tu atau tidak.







BAIK PULIH SIAP: 
Masalah Laptop DELL LATITUDE D520 ni akhirnya berjaya diselesaikan.
Laptop telah diservis, cuci sistem HSF (heatsink fan) kerana terdapat banyak habuk terperangkap didalam housing kipas heatsink menyebabkan Laptop bermasalah mati dengan sendiri.Baik pulih selesai dan Laptop berkeadaan baik.








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...