Wednesday 5 October 2011

CUCI & SERVIS SISTEM KIPAS HEATSINK LAPTOP/NETBOOK ANDA SUPAYA BERTAHAN LAMA


Jika pakai Laptop/Notebook/Netbook, kepentingan buat maintanance cuci-servis bahagian dalam laptop secara berkala adalah perlu sama juga macam korang guna Komputer PC , sekurang-kurangnya 1 tahun sekali. KEPENTINGAN CUCI -SERVIS SISTEM HSF INI ADALAH SUPAYA LAPTOP/NETBOOK DAPAT BERTAHAN LAMA

Ini adalah untuk menjaga jangka hayat laptop korang supaya bertahan lama dan tidak mengalami masalah overheating .Ini disebabkan , apabila sistem HSF (Heatsink Fan) laptop berfungsi, ia akan menyedut udara dari luar dan udara ini ada partikel-partikel seperti debu, pasir halus bersamanya.Dan bila debu-debu ini terperangkap, didalam heatsink, ia akan berkumpul menjadi tebal serta menghalang dari udara masuk dan keluar dari heatsink.

Kadang-kadang semut halus juga, suka bersarang didalam laptop.
Kalau laptop dah ada problem baru nak buat, sediakan la duit korang banyak-banyak untuk baik pulih laptop jika tersalah hantar ke kedai Komputer yang cekik darah.Nak servis Laptop ni korang boleh buat sendiri, tak perlu nak habiskan wang rm40-60 untuk hantar kekedai Komputer untuk buat servis.

Apa tanda-tanda Laptop korang mengalami masalah overheating
  1. Fan laptop berbunyi kuat dan tiada angin keluar dari ventilation laptop
  2. Laptop selalu hang
  3. Laptop selalu dapat masalah Blue screen (BSOD) 
  4. Laptop sering OFF sendiri dan kadang-kadang restart secara tiba-tiba.
Apa yang akan terjadi jika debu serta habuk terlalu banyak didalam sistem HSF Laptop:
  1. Bilah kipas boleh patah
  2. Kipas overload dan overworking, memendekkan hayat kipas 
    Ada beberapa perkara nak kena tengok masa buat servis motherboard laptop dan sistem HSF,

    Pastikan cabut dulu battery cmos(bios) laptop selepas dah buka casing laptop, sebab untuk elakkan motherboard dari kena elektrik static dari tangan atau berus masa nak cuci habuk laptop.Ini juga boleh menyebabkan masalah yang awak kena (laptop tak boleh booting).

    Apa Tools dan Software yang perlu untuk servis-cuci bahagian dalam laptop:

    Tools: 
    1. Skru driver
    2. Berus Cat
    3. Thermal Paste/Compound
    4. Battery Pack 5V(Untuk test kipas Heatsink)
    5. Minyak Gris atau Penyebur Aerosol WD40 (sebagai pelincir dikawasan kipas berpusing)
    Software
    1. HW Monitor
    Manual untuk buka Casing housing Laptop

    1. Model/Brand Laptop Disassembly Help 
    Ada 1 lagi solution paling mudah dan cepat dan paling murah untuk selesaikan masalah overheating disebabkan pengaliran udara disekat oleh habuk yang terkumpul :
    1. Guna blower elektrik atau vakum cleaner untuk sedut debu (cara ini hanya untuk sementara sahaja dan kurang efektif untuk selesaikan masalah overheating laptop, kerana bila dah 1-3 tahun tak pernah servis cuci, debu ni akan jadi bentuk serat kain yang tebal, dan jika blow dan sedut dari luar hanya sikit sahaja debu dapat keluar semula dan biasanya bila dah 1-3 tahun tak pernah servis thermal compound akan jadi keras (thermal compound ni gunanya sebagai heat tranfer antara processor/chipset ke Heatsink) dah tak bagus untuk heat tranfer).
    Dibawah ini antara contoh  Laptop yang pernah aku servis dan mengalami masalah overheating kerana debu terkumpul di dalam heatsink sehingga menyekat pengaliran udara..

    DELL STUDIO 1535


    ACER ASPIRE 4736Z





    19 comments:

    Anonymous said...

    salam,saya ada acer aspire 4736g.kalau on dalam 1-2 saat off.kadang2 dapat juga pakai.fan dan heatsink sudah dibersih,dan thermal paste pun sudah tukar yang baru.kalau ic power yang rosak,yang mana satu hendak diganti?

    HAFIZAM said...

    Boleh email saya untuk pembaikkan , email ada di bahagian profail saya, tq.

    rijal91 said...

    salam..sy nak tny...laptop sy mmg overheating..kdg2 mati ngan sdri....klu sy just bersihkan fan tanpa tukarkan thermal paste..ok ke???

    HAFIZAM said...

    Salam, rijal91, sebaiknya tukar thermal paste jika didapati telah keras (jika masih ok, tak perlu tukar), thermal paste fungsinya adalah heat transfer antara processor atau chipset ke Heatsink(HSF)penyejuk sistem Laptop, jika telah keras, heat transfer dah tak bagus.harap membantu

    rijal91 said...

    satu lg pertanyaan sy sbb sy tgk cara manual lbh senang berbanding hantar ke kedai...apakah jnis pelincir yg sesuai digunakan untuk membuang kotoran lama sblm meletekkan tharmal paste??

    HAFIZAM said...

    Guna scraper plastik untuk buang thermal paste yang dah keras pada permukaan heatsink serta processor/chipset.ok

    rijal91 said...

    jnis minyak pelincir?atau minyak msak pon boleh ke?

    rijal91 said...

    mksd sy penyembur aerosol td...minyak msak pon bole jgak ke?

    HAFIZAM said...

    Seeloknya, pakai griss untuk komponen mini motor elektrik, warna putih, kalau takda gris mekanikal (warna coklat, hitam, merah)pun ok atau guna minyak mesin.

    HAFIZAM said...

    Aerosol tu WD40 untuk servis kipas laptop bukan untuk buang kotoran pada heatsink.Buang kotoran perlu guna blower elektrik atau berus.

    haliza said...

    salam dan selmt pagi.sy nk ty.sy ada n/book.jnis acer aspire 4736z.windows7.mslh sy skrg sy nk format n/book sy ttp patition2 nye xblh delete.sy dh cb gunakan software easus partition home edition utk delete partition n create partition ttp usaha gagal.

    apa ye maslahnye???

    Anonymous said...

    assalamuaikum.. masalah pc aku.. bila on xsmpi 3 saat mati.. mobo athlon 64 3000+..mcm power tak cukup smpi.. bila aku try tukar power supply still sama gk walhai aku try power supply yg masalah tu ke pc lain ok lak. adakah di sbbkn mobo dia rosak? meter kt tepi cmos bateri tu menunjukkn 8.7 apa sbb ekk ?

    HAFIZAM said...

    Salam,
    Pasal masalah mobo athlon 64 3000+ mati dalam 3 saat, cuba pergi ke bios dan tengok tempreture CPU dengan hardware lain, kalau lebih pada 90 celseuis, kena check balik sistem HFS motherboard.

    syafiq said...

    salam..sya punya masalah laptop slalu blackout tapi saya dah cuci hsf tapi bila dah siap pasang balik test main game lagi cepat blackout.angin hsf ok je asa.tapi time pasang 2 sy pakai thermal yang murah ja..masalah thermal yg murah ke menyebabkan laptop lagi truk dr yg asal..?

    Anonymous said...

    salam saya nak tanye...laptop sye ade masalah overheating...
    kalau antar baiki agak2 dalam anggaran berapa ye kosnye...??

    Anonymous said...

    Bateri 5v jer ker boleh guna untuk test kipas laptop? kalau 6v/9v boleh guna tak? Biasanya kipas laptop berapa volt? Wayar merah positif, wayar hitam negetif betul? Wayar kuning tu sensor kipas ker?

    Anonymous said...

    Salam..kalau setakat guna thermal paste yang murah rm 4.++ ok ka??..atau pkai yg lagi brand mcm artic silver atau tuniq??

    HAFIZAM said...

    Salam, guna thermal paste yang biasa pun takpa, beza dengan yang braded tak jauh beza.Cuma jika yang murah jangka hayat lebih pendek kerana senang jadi kering dan keras.

    Anonymous said...

    Kalau tuka kipas laptop dell bpe harga?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...