Thursday 26 May 2011

BAIK PULIH ACER ASPIRE 3620 LID LCD HOUSING PECAH DAN HINGES(ENGSEL) PATAH

Aku dapat 1 Laptop, model  Acer Aspire 3620 dari custemer.Laptop dia ni 2-2(sepasang) hinges patah dan Lid LCD housing dia patah sebelah(agak teruk rosak nya) dan jarang kedai nak repair rosak macam ni(selalu ganti terus je) dan kos agak mahal selalunya(kalau korang dapat murah, rezeki korangla).Hinges ni kalau beli kat kedai memang mahal dalam rm150 untuk 1 batang jadi kalau 2 batang (sepasang) dah kena rm300 belum kira Cover Lid LCD housing tu .Nak murah tu boleh (RM80-50) tapi kena cari 2nd dan bergantung pada nasib juga(lambat dapat parts, kadang-kadang berbulan ).

















SELEPAS DIBAIK-PULIH 

  
 MOTHERBOARD 3620 KENA SERVICE SEBAB BILA DI FORMAT LAPTOP HANG



 ACER ASPIRE 3620 YANG TELAH DIBAIK PULIH


 


Kerosakkan Laptop telah dibaik pulih, antaranya adalah:
1. Hinges (2 Batang)LCD yang patah di baik pulih
2.Crack Lid LCD housing laptop di baik pulih
3.Bateri cmos Bios diganti(sebab yang lama dah kong)
4.Motherboard laptop diservis (cuci kipas dan letak thermal paste baru)
5.Body Housing laptop ditouchup
6.Format Windows(OS asal error boot MBR)

Masa yang lama diperlukan untuk compelete post ini, kerana sekarang aku banyak kerja kena buat,Untuk cantikkkan lagi body laptop Acer Aspire 3620 ini aku dah suggest owner beli Laptop Skin yang dia suka dan tampal kat body laptop(rm20 rasanya).Untuk baik pulih laptop atau PC boleh hubungi aku,hafizam 0122411959.

Saturday 21 May 2011

LAPTOP TERTUMPAH AIR DAN TINDAKAN YANG PERLU UNTUK MEMBAIK PULIH





KEROSAKKAN YANG BAKAL DI ALAMI LAPTOP TERTUMPAH AIR MINUMAN
 

Kecuaian memang tidak dapat dielakkan berlaku apabila kita selalu menggunakan komputer atau Laptop dalam kerja seharian.Cuai,gopoh,nak cepat tidak mungkin dapat dielakkan berlaku, makan dan minum di depan komputer juga biasa dalam kerja seharian dan kejadian air dan makanan tertumpah di atas keyboard komputer atau keatas keypad laptop mungkin terjadi..Kalau air atau makanan tertumpah diatas keyboard komputer mungkin kerosakkan hanya melibatkan pada keyboard tersebut sahaja, tapi bagaimana pula terjadi pada laptop kesayangan korang  Jadi apa yang perlu korang lakukan jika laptop korang terkena atau tertumpah air minuman. 

1.Tutup serta merta laptop dan cabut adapter atau charger jika dipasang dan cabut bateri laptop korang dengan segera9pantas) jangan tungu-tungu dah. Ini perlu untuk mengelakkan kejutan atau litar pintas berlaku pada laptop korang.

2.Segera terbalikkan laptop seperti gambar kat bawah ni serta letakkan kain tebal atau tuala yang dapat menyerap air dengan efective dan cepat diatas tempat yang berkenaan.Ini bertujuan membuang air yang bertakung diatas laptop dari terus mengalir kebawah bahagian motherboard laptop.




3.Lepas buang air yang dah bertakung atas laptop tu, korang kena buka bahagian yang kena air tu.Cabut semua bahagian yang kena air.Kalau kena air bergula dan air panas kat keyboard tu guna air sejuk cuci keypad laptop takut air gula tu melekat kat keypad bila dia kering nanti.Tapi kalau dah teruk sangat memang kena buka 1-1 key kat keypad tu dan cuci bahagian dalam keypad.

4.Guna hair dryer(jangan set panas sangat nanti cair keypad tu) untuk keringkan bahagian laptop yang terkena air.Kalau takda hair dryer, jemur parts yang kena air lapik atas suratkhabar dalam kereta yang parking kat tengah panas sehingga benar-benar kering.Bila dah rasa parts tu dah kering pasang balik laptop dan try ON.


5.Untuk elakkan air tertumpah kat atas laptop aku syorkan korang pasany keypad protector macam gambar ni.Benda ni selalu akan bergerak-gerak jika korang terbalikkan laptop tapi kalau korang tampal benda tu guna double sided tape memang dah tak gerak dah.



6.Tapi kalau dah buat macam kat atas tapi masih tak boleh on laptop macam video kat bawah ni atau tak tau nak buka laptop,hantar je la kekedai untuk di servis.




COMPAQ PRESARIO CQ-42 INTEL BAIK-PULIH SELEPAS TERTUMPAH AIR

Laptop ni custermer minta aku repair, dia cerita yang anak dia main dengan laptop ni sambil minum air dan tertumpah atas laptop.Aku tanya kenapa tak hantar waranty sebab dia cerita baru beli laptop tak sampai 3 bulan lagi dah rosak,dia cakap dah hantar, tapi service center nak charge ganti motherboard baru sebab rosak sebab kecuaian owner.Jadi kosnya, faham-faham je la.


KEADAAN LAPTOP SELEPAS DIBERSIHKAN KESAN TUMPAH AIR MINUMAN




COMPAQ PRESARIO CQ-42 INTEL SELEPAS DIBAIK PULIH 






Protected by Copyscape Web Plagiarism Software

Wednesday 18 May 2011

COPY & PASTE DAN ETIKA BERBLOG

Copy & Paste entry post dari blog orang lain tak salah,tapi sila minta izin & kebenaran dari tuannya dan silalah bagi kredit pada blog asal entry tersebut.

Tapi bagi aku jangan amalkan  sangat sikap copy & paste penulisan orang bulat-bulat walaupun anda terlalu berminat dengan entry tersebut.Pada pendapat aku sikap copy & paste ini akan merosakkan etika blog-blog di Malaysia ni.Jangan terlalu fikirkan keuntungan serta terlalu hendak menarik pembaca dengan mengabaikan etika sebagai seorang Islam dan manusia.

Tiada idea baru dan tips baru akan dijana dengan copy & paste dan blog-blog asal yang berusaha untuk menghasilkan idea baru dan tips baru akan hilang minat untuk menghasilkannya lagi.

Sila hargai masa dan tenaga Pemilik blog yang berusaha untuk hasilkan idea baru dan tips baru itu.
Untuk entry tips atau baik pulih kerosakkan  peralatan (Laptop, PC, Elektronik) diharap buat entry sendiri kerana sikap copy & paste boleh menyebabkan pembaca blog tertipu dengan  keupayaan pemilik blog untuk membaik pulih peralatan berkenaan.

Wednesday 11 May 2011

TIPS BELAJAR FORMAT WINDOWS 7 TANPA DVD ROM INSTALLER(GUNA HARDISK RECOVERY)

LAPTOP ACER

Boot dari Partition.
- pergi BIOS dengan tekan F2 lepas boot dan enable recovery kat Advanced tab
- Bila Hard Disk Recovery enabled, restart system dan tekan ALT (kanan) +F10 .


Korang akan lihat screen untuk pilih Operating System. enter recovery nanti dia minta password tekan 000000 dan tunggu sampai habis.


Sebelum buat tu backup semua data penting ke external hardisk.Jangan di partition pada hardisk laptop(selalunya ada function untuk backup data dengan burn DVD dulu sebelum buat factory recovery windows).Nanti bila dia buat recovery semua data,software,setting akan hilang dan sistem akan jadi asal balik.Ok.Selamat mencuba.

LAPTOP HP








Boot dari Partition.
- Lepas laptop Boot(keluar logo HP) tekan Esc.
- Bila pilihan start menu keluar, pilih recovery partition tekan F11.


Sebelum buat tu backup semua data penting ke external hardisk.Jangan di partition pada hardisk laptop(selalunya ada function untuk backup data dengan burn DVD dulu sebelum buat factory recovery windows).Nanti bila dia buat recovery semua data,software,setting akan hilang dan sistem akan jadi asal balik.Ok.Selamat mencuba.

LIST KEKUNCI UNTUK AKTIFKAN RECOVERY PARTITION LAPTOP

Toshiba – Tekan berterusan kekunci ’0′.

Dell – Tekan F8 atau Ctrl+F11.

Acer – Tekan Alt+F10.

Compaq – Tekan F11.

BenQ – Tekan Alt+F10.

Asus – Tekan F9.

Sony Vaio – Tekan Alt+F10.

 

 
MACAMANA NAK CHECK RECOVERY PARTITION ADA KE TAKDA
-Pergi Windows Start button,Pilih ke Control panel-Administrative Tools-Computer Management-Storage.
-Dekat storage cuba lihat ada ke tak recovery partition.Tapi kalau korang beli freeDos punya memang confirm takda.Kena cari DVD windows installer la.
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...