Tuesday 12 October 2010

AMARAN & LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK PEMILIK LAPTOP YANG GUNA NVIDIA & ATI GPU CHIPSET











Aku dah lama nak posting mengenai tajuk diatas.Masalahnya takada masa nak cerita.Ini adalah berdasarkan pada pengalaman repair laptop dan pembacaan melalui internetlah.Kalau sesiapa yang baca entri ni tak boleh terima takpa la.Ini dari pendapat aku sahaja.Jika anda memiliki laptop yang pakai Nvidia atau Ati GPU chipset untuk display jadi anda perlu berhati-hati kerana anda akan mengalami masalah Blank Screen (Laptop boleh on/hidup tapi kat display takda keluar apa-apa, guna external monitor pun tak keluar apa).

Cara nak tau laptop anda akan jadi masalah ini adalah seperti berikut, tanda-tandanya:
1.Wifi adapater tak detect
2.Laptop hang
3.Laptop susah nak hidup(on banyak kali baru boleh)
4.Laptop suka restart (walaupun habuk kat heatsink dalam laptop dah cuci)
5.Semua usb port Laptop tak berfungsi
6.Lcd screen Laptop berbayang

Biasanya masalah ini akan berlaku selepas guna laptop 2 tahun.Tapi kalau nasib tak baik 6 bulan pakai laptop anda akan rosak.Laptop yang biasa aku tau kena efect benda ni (yang aku pernah repairla):

1.Compaq Presario v3000 nvidia Gpu
2.Acer Aspire 4520 nvidia Gpu
3.Compaq Presario F700 nvidia Gpu
4.Hp Pavillion Tx1000 Nvidia Gpu
5.Hp Pavillion tx2500 Ati Gpu
6. Hp pavillion Dv2500 Nvidia Gpu
7.Hp Pavillion 6000 Nvidia gpu
8.Compaq Presario Cq40 Ati Gpu
9.Dell Inspiron 1420 Nvidia Gpu
10.Acer Aspire 4530 Nvidia Gpu

Ini laptop yang keluar model 3 tahun dulula (2008).Yang model sekarang aku tak tau.tapi dengar-dengar nvidia dah tukar dia punya pakaging (cara chip gpu tu dibungkus-benda yang warna hitam kaca kat tengah-tengah chip).Tapi untuk laptop baru yang guna Nvidia atau Ati GPU jika anda rasa panas.Anda perlu untuk modified atau pakai cooling pad (tapi kadang-kadang tak guna juga sebab lubang Air flow dari cooling pad takda untuk setengah-setengah model laptop).Contoh ialah Compaq Presario Cq40:

Belum Modified


Sudah Modified



Masalah pada laptop-laptop tu adalah sebab chip GPU Ati/Nvidia overheat.Benda ni berlaku secara perlahan-lahan.Sebab tu dia ambil masa untuk rosak 2 tahun atau 3 tahun atau 6 bulan pun dah boleh rosak (atas cara pemakain).Overheat ni menyebabkan kaki chipset ni yang menghubungkan kepada motherboard crack.Ada 2 tempat boleh berlaku, kaki bawah atau kaki kat dalam pakaging Gpu chipset.Gpu akan panas bila anda main games, buka movie, buat 3d animator.

Cara nak atasi masalah ini adalah (untuk pemilik laptop yang belum rosak lagila-yang dah rosak kena hanta repairla):
1.Anda kena modified heatsink dan bukaan Air flow (laluan angin) Laptop anda untuk mengurangkan Gpu mengalami overheating.
2.Jangan cuba sekali-kali tweaking GPU untuk main games (ini memang cari nahas, laptop-laptop range rm3000-1500 tak sesuai untuk main games kalau tengok baik-baik spec laptop games (rm7000-9000) dia ada 2 kipas)
3.Kalau anda rasa susah nak buka laptop dan modified heat sink, anda boleh try cuba tweaking stepdown Gpu (kurangkan voltage dan speed).Kena surf internetla macamana nak buat.

Overheat memang problem besar untuk Laptop yang pakai Nvidia & Ati Gpu + Amd Cpu.Jika anda tidak ambil langkah berjaga-jaga.Anda terpaksa menganti Laptop motherboard yang baru kos dalam rm500-rm1k.

Jika anda rasa takboleh buat(tak tau,takpandai) anda boleh contact saya atau technician yang boleh buat benda-benda ini.012-2411959-HAFIZAM

Wednesday 6 October 2010

UPDATE DIY TOOL UNTUK PEMBAIKAN LAPTOP/KOMPUTER

TEST TWEEZER


a. Test Tweezer ni berguna untuk melakukan testing bagi komponen-komponen elektronik yang kecil seperti smd kapacitor, resistor,smd IC.

BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN:

1.HARDISK ROSAK
2.KABEL PROBE MULTIMETER YANG ROSAK 1SET (2 PROBE)
3.SAND PAPER
4.PISAU
5.HARDISK SCREW DRIVER
6.SOLDER IRON/LEAD
7.CONECTOR BOX
8.HARDISK SANDPAPER ATAU KALAU TAKDA SAND PAPER JE PUN TAKPA
9.KABEL WAYAR

10.BANANA JACK JIKA TIADA MULTIMETER PROBE


CONTOH SMD TWEEZER BUATAN SENDIRI





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...