Friday 29 January 2010

TIPS UNTUK MENGENAL & MENGESAN KEROSAKKAN LAPTOP ANDA BERPUNCA DARI LCD SKRIN / GPU / INVERTER / RIBEN / CCFL BULB ROSAK

29 Jan 2010
Hari ni aku rasa nak berkongsi tips, bagaimana nak mengesan/detect  kerosakkan Laptop berpunca dari LCD atau GPU atau kerosakkan yang berpunca dari hardware yang aku sebutkan tadi.

Selalu jugak aku dapat panggilan dari custemer tanya kerosakan laptop mereka.Kadang-kadang aku bertekak dengan mereka.Aku pun kadang-kadang tak faham dengan setengah-setengah customer ni.

Sesetengah dari mereka ni tak dapat terima diagnostic dari kami pembaik pulih Computer Laptop.Bila aku cakap LCD rosak mereka tak percaya.Macam mereka lebih tahu apa yang sebenarnya rosak.Kalau dah tahu tak payahla susah nak tanya.

Tapi selalunya aku minta mereka bawak Laptop untuk dilihat dulu untuk cari apa yang rosak.Jadi kat gambar yang di bawah ni aku ada letak contoh-contoh kerosakkan yang pernah aku jumpa dan repair.

LCD LOGIC CONTROLLER BOARD FAULTY/DEFECT

 
Ini contoh Laptop LCD logic board dah rosak.Kalau nak baik kena tukar baru la.Ada yang jadi LCD putih terus atau kadang-kadang putih.Kalau nak repair logic board dia boleh (sebenarnya agak rumit,kerana melibatkan chip controller pixel dibelakang LCD panel, kena cari sama dengan LCD korang) selalu jugak di sebabkan kat LCD panel riben yang sambung logic board dengan LCD panel screen, tapi tak jamin akan OK macam yang asal dan tak akan rosak balik.

Biasanya jika, kerosakkan berpunca dari panel LCD, aku nasihatkan tukar LCD baru atau secondhand yang belum pernah baiki lagi.
LCD 2nd yang telah dibaiki, ketahanan tak sama dengan yang baru atau yang belum pernah rosak.


LCD PANEL PECAH/CRACK

Laptop ni pulak LCD pecah.Confirm kena tukar seketul.

GPU CHIP DISPLAY FAULTY
Laptop ni pulak GPU motherboard rosak.Mula-mula dia blank screen.Lepas aku repair GPU dia jadi merah pulak LCD Laptop ni.Kalau GPU chipset rosak boleh try repair untuk 1st time.Tapi kalau rosak 2nd atau 3rd biasa saya nasihat tukar motherboard baru jika custemer masih nak pakai Laptop tu lagi.


INVERTER/CCFL BULB ROSAK
Contoh gambar diatas adalah kerosakkan Laptop yang bermasalah pada inverter atau kabel supply power inverter dan CCFL bulb rosak.

Antara tanda untuk untuk ketiga-tiga kersokkan adalah sama iaitu LCD jadi gelap dan kalau diteliti video masih nampak. Kalau laptop LCD gelap tapi macam ada bayang kat LCD tersebut cuba suluh dengan torchlight.

CCFL ROSAK 


CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps atau juga dipanggil lampu neon) berbentuk seperti lampu kalimantang panjang yang biasa(tetapi pada skala yang lebih kecil ) kalau nak rosak ada 3 tanda yang korang boleh ikuti:
  1. Lcd akan berkelip-kelip backlight macam lampu pendaflour kat rumah korang rosak.
  2. Bila korang adjust ke maximum keterangan LCD tiba-tiba lampu backlight terpadam (nampak macam gambar inverter rosak)tapi kalau restart balik laptop LCD berkeadaan seperti biasa
  3. LCD Laptop warna putih jadi kekuningan  . 


PROCESSOR MOTHERBOARD POWER SECTION PROBLEM

    Wednesday 27 January 2010

    DELL LATITUDE D510 TIBA-TIBA KELUAR BLUE SCREEN ERROR MESEJ


    11 Jan 2010

    Hari ni tiba-tiba laptop Dell Latitude D510 aku keluar Blue screen error.Alamak apahal pulak laptop aku ni,tak pernah laptop ni rosak atau keluar blue screen selama aku pakai.Selalunya kalau keluar blue screen ni apabila windows system file corrupt atau install driver yang tak ngam dengan system laptop.Jadi aku check hardware laptop dulu,malasla aku kalau betul system dah corrupt,kena reinstall windows balik.atau format balik laptop.Jadi aku bukak casing laptop dan check tengok cpu,rupanya banyak habuk(menghalang perjalanan kipas).Jadi aku pun bersihkanla habuk-habuk tu dan aku letak thermal paste baru(yang lama dah keras).Lepas aku dah puas hati aku pasang balik laptop dan terus ok.Siapa-siapa yang berminat nak baiki laptop boleh hubungi no 012-2411959

    Monday 25 January 2010

    DELL INSPIRON 1525 TIADA LAMPU BACKLIGHT


    3 Jan 2010
    Hari ni aku berjumpa dengan seorang customer(lelaki).Laptop dia ada masalah (backlight LCD masa mula-mula on laptop hidup lepastu tiba-tiba mati pulak).Jadi susah dia nak buat kerja sebab susah nak Nampak huruf.Jadi dia guna external monitor untuk buat kerja-kerja dia.Jadi aku pun checkla lcd dia tengok inverter cfl LCD yang rosak atau lampu cfl yang dah burn.Dan setelah aku check confirm lampu cfl dia dah burn.Hujung connector tu dah burn dah.Nak bukak lampu ni susah ooi.Benda ni letak kat bawah LCD,jadi kena bukak LCD sekeping-sekeping.Kalau tak hati-hati LCD boleh crack atau patah.Resiko amat besar.LCD kalau tukar baru dah rm500 tu pun bukan ori punya.Siapa-siapa yang berminat nak repair boleh hubungi 012-2411959





    Sunday 24 January 2010

    ACER ASPIRE 4520 LAPTOP MATI DAN LED LAPTOP BLINKING

    15 Jan 2010

    Hari ni aku berjumpa dengan seorang customer(wanita).Laptop Acer Aspire 4520 beliau mengalami masalah, tak boleh start Laptop lansung.Apabila Start button Laptop ditekan LED start button dan LED lain berkelip-kelip(blinking) dan terus mati.Laptop blank screen (tidak keluar apa-apa).Custemer ni cakap dia telah approach Acer Service Centre.Acer Service cakap beliau perlu tukar motherboard tu (Rm800 baru).Laptop dah habis waranty..Mula-mula dia ingat riben penyambung antara motherboard dengan pcb start button tu yang telah rosak.Tapi bila aku check Laptop guna riben recon yang aku dah repair dan test ok pada laptop 4520 tu, laptop tetap mengalami masalah yang sama.Kat rumah,laptop ni telah aku check (bukak casing) dan memang betul motherboard laptop tu yang telah rosak.CPU/RAM/ADAPTER CHARGER berkeadaan baik dan tak rosak.Laptop terpaksa dibuka untuk mengenal pasti komponen yang rosak.Selepas aku check 1 chip motherboard laptop tu berada dalam keadaan yang kurang ok.Dan Laptop telah diperbaiki.Aku bagi waranty 1 bulan pada custermer tu.kalau korang nak tau chip apa tak boleh bagitahu la nanti aku tak dapat cari makan pulak sebab semua orang dah tau.Kerosakkan yang aku cerita ini bukan semua sama untuk laptop 4520.Jadi kena check dulu, ada rosak sama macam aku cerita tapi rosak kat chip GPU.Jadi kalau berani boleh try repair sendiri kalau tak kena cari technician untuk repair.Siapa-siapa yang berminat nak baiki laptop boleh hubungi 012-2411959.



    Wednesday 20 January 2010

    LAPTOP & PC REPAIR SPECIALIST


    Home to Home or Office Pc/Laptop repair Services
    * Computer Crash
    * PC-Laptop Repairing
    * Internet Solution & Services
    * On site support,
    * Format HDD & detail Install OS(Windows 95,98,2000,Me,XP,Vista,Win 7 & Ubuntu Linux).
    * Install Software/Utilities
    * Backup Data
    * Windows File Corrupt / File System Error
    * Setup & Configure Network
    * Get valuable data from corrupt/crash HDD
    * Tweak Speed & re-fast slow PC/Notebook
    * Virus & Spyware Eliminator
    * Setup Streamyx & wifi Broadband
    * Upgrade Computer Hardware & O.S
    * Free Give to Lucky Customer
    * Others
    * Full Format Only 1 days(If no problem with the Computer)


    Only Rm30.00 (NO WARANTY)
    Only Rm50.00 (WARANTY 1 WEEKS)

    *LAPTOP LCD REPAIR & REPLACEMENT (INVERTER/BACK-LIGHT/SCREEN PROBLEM)
    *DEAD/BLANK/INTERMITTENT LAPTOP REPAIR & SERVICE
    *REPAIR BROKEN OR CRACK HOUSING/CASING LAPTOP & PC
    *FREE FORMAT (IF NEEDED) FOR REPAIR MAJOR LAPTOP PROBLEMS


    *Warranty for 1 weeks (for Full reformat new OS)(By Terms & Conditions)
    *Free Pickup & Delivery(By Terms & Conditions)
    *Free On-call support for customer (call only)
    *Cover Area: Wangsa Maju/Setapak/Keramat/Setiawangsa/Sri Rampai/Jalan Semarak/Gombak

    CALL/SMS NOW: 012-2411959/HAFIZAM
    E-MAIL: pakarpcrepair@gmail.com
    WEBSITE: wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...