Tuesday 12 October 2010

AMARAN & LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK PEMILIK LAPTOP YANG GUNA NVIDIA & ATI GPU CHIPSET











Aku dah lama nak posting mengenai tajuk diatas.Masalahnya takada masa nak cerita.Ini adalah berdasarkan pada pengalaman repair laptop dan pembacaan melalui internetlah.Kalau sesiapa yang baca entri ni tak boleh terima takpa la.Ini dari pendapat aku sahaja.Jika anda memiliki laptop yang pakai Nvidia atau Ati GPU chipset untuk display jadi anda perlu berhati-hati kerana anda akan mengalami masalah Blank Screen (Laptop boleh on/hidup tapi kat display takda keluar apa-apa, guna external monitor pun tak keluar apa).

Cara nak tau laptop anda akan jadi masalah ini adalah seperti berikut, tanda-tandanya:
1.Wifi adapater tak detect
2.Laptop hang
3.Laptop susah nak hidup(on banyak kali baru boleh)
4.Laptop suka restart (walaupun habuk kat heatsink dalam laptop dah cuci)
5.Semua usb port Laptop tak berfungsi
6.Lcd screen Laptop berbayang

Biasanya masalah ini akan berlaku selepas guna laptop 2 tahun.Tapi kalau nasib tak baik 6 bulan pakai laptop anda akan rosak.Laptop yang biasa aku tau kena efect benda ni (yang aku pernah repairla):

1.Compaq Presario v3000 nvidia Gpu
2.Acer Aspire 4520 nvidia Gpu
3.Compaq Presario F700 nvidia Gpu
4.Hp Pavillion Tx1000 Nvidia Gpu
5.Hp Pavillion tx2500 Ati Gpu
6. Hp pavillion Dv2500 Nvidia Gpu
7.Hp Pavillion 6000 Nvidia gpu
8.Compaq Presario Cq40 Ati Gpu
9.Dell Inspiron 1420 Nvidia Gpu
10.Acer Aspire 4530 Nvidia Gpu

Ini laptop yang keluar model 3 tahun dulula (2008).Yang model sekarang aku tak tau.tapi dengar-dengar nvidia dah tukar dia punya pakaging (cara chip gpu tu dibungkus-benda yang warna hitam kaca kat tengah-tengah chip).Tapi untuk laptop baru yang guna Nvidia atau Ati GPU jika anda rasa panas.Anda perlu untuk modified atau pakai cooling pad (tapi kadang-kadang tak guna juga sebab lubang Air flow dari cooling pad takda untuk setengah-setengah model laptop).Contoh ialah Compaq Presario Cq40:

Belum Modified


Sudah Modified



Masalah pada laptop-laptop tu adalah sebab chip GPU Ati/Nvidia overheat.Benda ni berlaku secara perlahan-lahan.Sebab tu dia ambil masa untuk rosak 2 tahun atau 3 tahun atau 6 bulan pun dah boleh rosak (atas cara pemakain).Overheat ni menyebabkan kaki chipset ni yang menghubungkan kepada motherboard crack.Ada 2 tempat boleh berlaku, kaki bawah atau kaki kat dalam pakaging Gpu chipset.Gpu akan panas bila anda main games, buka movie, buat 3d animator.

Cara nak atasi masalah ini adalah (untuk pemilik laptop yang belum rosak lagila-yang dah rosak kena hanta repairla):
1.Anda kena modified heatsink dan bukaan Air flow (laluan angin) Laptop anda untuk mengurangkan Gpu mengalami overheating.
2.Jangan cuba sekali-kali tweaking GPU untuk main games (ini memang cari nahas, laptop-laptop range rm3000-1500 tak sesuai untuk main games kalau tengok baik-baik spec laptop games (rm7000-9000) dia ada 2 kipas)
3.Kalau anda rasa susah nak buka laptop dan modified heat sink, anda boleh try cuba tweaking stepdown Gpu (kurangkan voltage dan speed).Kena surf internetla macamana nak buat.

Overheat memang problem besar untuk Laptop yang pakai Nvidia & Ati Gpu + Amd Cpu.Jika anda tidak ambil langkah berjaga-jaga.Anda terpaksa menganti Laptop motherboard yang baru kos dalam rm500-rm1k.

Jika anda rasa takboleh buat(tak tau,takpandai) anda boleh contact saya atau technician yang boleh buat benda-benda ini.012-2411959-HAFIZAM

14 comments:

Nina Mazuin said...

salam.
sy mengalami masalah ni.
geram btol.
laptop- acer 4530
ni kalo repair brape ek chrage?

paghe said...

laktop saya compaq v3k series (v3828au) mempunyai gejala2 berikut:
no audio device,x detect dvd, tgh2 format buleh padam, semakin kerap xleh on (x idop pada 1st time tekan on)..mmg gune amd+nvidia...mmg benda yg sama ke masalah mobo?

kelvin said...

salam kenal bang....
laptop aku acer travelmate 800, vga ati radeon... masalahnya screennya berbayang/bergetar.. trus ditanya ke tukang service, katanya memory modulenya yg kena, trus biaya perbaikannya katanya 250ribu... gimana pendapat abg...?

HAFIZAM said...

Salam,boleh jelaskan brapa angaran 250ribu ke ringgit malaysia.
Kalau masalah lcd bergetar atau berbayang mungkin masalahnya ada pada LCDnya atau chipset Ati.Cuba anda tanyakan pada 2-3 kedai yang lain mengenai masalah laptop anda bagi penjelasan yang lebih.lain kedai mungkin jawapannya berlainan.
Minta dia test LCD nya dulu didepan anda jika boleh.

mimo said...

sy pakai dell 1420, dah 3 tahun lebih..lepas tuko window 7, skrin bergetar..ni tengah menaip sambil skrin bergetar..apa masalah dia ek?lepastu nak repair berapa harga?
tq..

HAFIZAM said...

Hai, mino, dell 1420 LCD bergegar biasanya sebab LCD defect.

Kena tukar LCD tu dengan yang baru.Kos harga LCD baru rm350+waranty3bulan+pasang+cuci sistem heatsink+poslaju.

Jika berminat boleh call saya di 0122411959.Harap membantu.

Anonymous said...

terbaik post ni..bro, klau nak replace motherboard laptop asus k 40ab brpa cost ek? bleh singgah kedai bro nih..

BIAR betul.network said...

sy ade laptop dell xps m1330.. masalah dia cuma overheating walaupun kipas/vent dah cuci.. dgn screen dia makin lama makin malap.. ingat nk repair sebelum jual.. bro boleh tlg x?

ayie..no one else.. said...

salam..laptop saya hp pavillion tx2500 tu..power on..display xde..cmne bro..puas kat sni anta repair..sorg pn xdpt nk wt sbb spare part susa nk dpt..

HAFIZAM said...

Salam, ayie..no one else. hp pavillion tx2500 display takde ni biasanya bermasalah gpu chipset overheat.

Perlu tukar gpu chipset baru dan kos dia mahal.

Anonymous said...

Mahal gila kalo replace.cemana niiii...dhla mmg sgt nk guna laptop.nk bli lagi mane la nk dpt duit skang ni..student je pun.main game pun tak.tak letak atas tilam o ape2 yg bleh block haba dia.just doing fine.bleh plak dia osak..urghhh

Anonymous said...

Masala saya nie laptop x detect Wi-Fi slapas sya uninstall panda security sbab nk install panda security yg bru.

Mat said said...

assalamualaikum saya nak tanya,saya pakai laptop aser aspire4520 2 perkara dalam divies manager tak detect wifi dan cdrom apa masaalah dia boleh bg pencerahan tak....

zikri said...

asslm. bro.. saya zikri... nk tnye ary tu lapy saya pyh nk idup.. bila nk on pulak kene msokkn bateri bru leh idop.. pstu esoknye tros x leh on.. antr kedai tauke tu ckp motherboad rosak so saya baiki.. lps smnggu dh siap .. bila saya on blik dier susah balik nk on.. tp kena buka & tutp suis 2-3 kali la.. kenapa ye?? lappy jenis acer,aspire 4752..intel core i3..
bro leh antr dkt email saya : qqzikry@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...